Thursday, August 23, 2018

Pengalaman First Trimester


Singgah sekejap kat blog ni, disebabkan mood Raya Haji masih ada. Kerja kat ofis pon tak banyak, yang banyak adalah masa terluang. Hehe. Eh, last post pasal 'Ibu Tak Jadi' ya? Allahu lamanya tak update.

Alhamdulillah direzekikan Allah sekali lagi untuk merasai pengalaman sebagai ibu hamil. Sekejap sangat masa berlalu. Selepas disahkan keguguran bulan Mac lepas, period Alhamdulillah datang macam biasa ikut timing dan tempoh masa yang sama macam waktu anak dara. Senggugut pon macam biasa juga, huhuh.

Diikuti hadirnya bulan Ramadhan, memang bersungguh-sungguh berdoa supaya Allah berikan rezeki zuriat kepada kami suami isteri. Sebab suami pon dah stabil mental dan ekonomi, rumah terasa sunyi bila kami berdua je. Waktu Ramadhan, period datang macam biasa. Alhamdulillah.

Seminggu selepas Raya, saya rasa satu perkara yang buat hati terdetik macam ni confirm pregnant lagi. Tapi taknak excited sangat waktu tu. Sebab tanda yang saya rasa ni sama 100% macam rasa waktu first pregnancy tempoh hari. Dan berhari-hari saya check dan inform suami. Suami cakap takpe balik KL nanti kite check UPT. Berbunga hati ni Allah je tahu.

Subuh-subuh macam biasa sebelum pergi kerja, check UPT lah kami berdua. Alhamdulillah, Subhanallah benar jangkaan saya. Dua garis yang sangat jelas timbul tak sampai setengah minit menunggu. Suami tersenyum-senyum. Terus dia pesan, jaga diri elok-elok, jaga baby, jaga makan, jangan buat kerja berat langsung. Update pada family suami dulu (sebab suami tak sabar dah). Berderet-deret pesanan dari ayah dan mak mertua. Paling ayah pesan, jangan bagi saya sental tandas. 

Maka bermulalah episod muntah-muntah sampai takleh nak makan apa satu. Badan rasa lemah dan sangat penat. Langsung tak boleh masuk dapur, bau peti, bau masakan pon boleh buat muntah. Bau suami, bau bilik sendiri pon dah tak lalu. Sampai tidur luar alas toto sebab taknak masuk bilik. Mood nak kerja hilang, bangun pagi macam nak nangis je ngadu kat suami taknak pergi kerja. Haha, mengadanya rasa.

Kami decide nak pergi scan kandungan masa 7 weeks pregnant. Suami tak ikut pon, wife dia tak menyempat dah turun klinik bawah ofis untuk scan. Baru je doktor letak alat ultrasound kat perut, dia cakap confirm mengandung, dah nampak kantung baby. Allahu Akbar. Dapat bekal acid folik untuk sebulan. Doktor print gambar kantung, excited tunjuk pada husband. Hehe.

Dengan gambar tu juga, bawa balik kat umah mama abah untuk inform family sendiri pulak. Waktu husband bagi tahu happy news ni kat mama abah, saya tak larat dah. Dok melepet kat atas tengok tv sambil tahan rasa nak muntah. Tiba-tiba dengar mama jerit dan gelak2. Sah dah suami dah bagitahu la tu. Hehe. Mama naik atas dan cakap tahniah. Seronok sangat. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. 

Sekarang Alhamdulillah, genap 13 minggu kandungan. Mual-mual tu masih ada tapi dah tak macam dulu. Macam kembali kepada diri sendiri semula, dah boleh mengemas so on. Cuma masak tak berani lagi, plus peti pon dah kosong sebab 3 bulan tak masak kan haha.

So guys, doakan banyak-banyak ye. 
Hopefully kali ni baby sihat dan kuat sampai akhirnya.

For those yang pernah gugur, trust me, rezeki tu Allah yang pegang. Mintalah sesungguhnya, insha Allah Dia akan bagi bila tiba masanya. Honestly memang sekarang saya rasa lebih bersedia even takut sikit-sikit. Dia dah susun cantik dah. As long as kita ada rahim, insha Allah rezeki nak pregnant tu akan menyusul. :)

Jumpa lagi lain kali. Hee ^^


Thursday, April 05, 2018

Ibu Tak Jadi


Sebelum mula menaip post kali ni, jenguk dulu post terakhir bila. Oh, rupanya sehari sebelum bernikah. 

Latest update, Alhamdulillah dah hampir 2 bulan pegang gelaran isteri.
How's life? Alhamdulillah, setiap hari ada cabaran berbeza.
Seronok ke penat? Alhamdulillah, dua-dua sekali.

Harini terdetik rasa nak share, tak ramai pon yang tahu hal ni. Except family terdekat dan kawan-kawan rapat je. 2/4/2018 yang lepas, sy disahkan keguguran buat kali pertama for my first pregnancy. A very new experience for me. Baru sebulan bernikah, disahkan mengandung dan disahkan keguguran dalam jangka masa yang sangat singkat.

Waktu disahkan hamil, hari Selasa, 20/3/2018. Disebabkan dah 2 weeks lewat period, hati berdebar-debar rasa nak try check UPT (baca : Urine Pregnancy Test). Subuh bangun, gosok-gosok mata kami suami isteri, duduk depan toilet untuk check UPT. Alhamdulillah dua garisan naik dalam masa tak sampai seminit. Kami check 2x guna 2x jenis UPT dan result masih positif.

Husband punyalah blur dan kami berdua senyap je pagi tu. Rasa tak percaya, seronok dan terkejut bercampur jadi satu. Belum kenal lagi hati budi suami yang baru dinikahi, dah ada satu nyawa nak menjadi dalam perut. Allahu Akbar! Tak tahu nak describe perasaan kami waktu tu. Perkataan pertama suami sebut, Alhamdulillah. :)

Malam tu juga, kami ke klinik dan doktor cakap rahim nampak besar. Tapi kalau ikut tarikh last period which is our wedding date, baby baru dalam 5 weeks, too small to be seen. Kalau 6-7 minggu pon, bertuah sangat kalau nampak waktu scan sebab saiz baby waktu ni mcm small dot je. Highly depends on kepakaran doktor yang memeriksa dan kehebatan alat scan di klinik tu.

Esoknya hari Rabu, hari feveret sy yang sy akan paksa husband bawa ke pasar malam. Peliknya malam tu takde selera nak beli apa-apa pon. Husband offer durian taknak, tengok keropok xlalu, tengok aiskrim rasa kenyang, padahal tak lunch & dinner pon lagi. Kebetulan on that whole week, sy ada kes di Mahkamah, memang tak masuk office pon. Agaknya sebab penat, selera makan hilang. Husband teringin air tebu, jadi belilah kami suami isteri 1 cawan air tebu ais untuk minum kongsi-kongsi.

Dan seterusnya Khamis, juga waktu subuh. Sy ke tandas selepas bangun tidur. Hajatnya nak buang air kecil dan amik wudhuk. Sekali, darah keluar banyak sangat waktu kencing. Darah pekat, hitam. Tanpa bau, tanpa rasa sakit apa pon. Eh, period ke? Tapi tak senggugut. Terkejut sangat sebab kalau period memang pasti wajib senggugut sampai kena makan ubat pain killer. Jerit panggil husband. Dalam hati memang dah terfikir macam-macam. Hilang mood, taknak pergi kerja, minta husband hantar ke hospital pagi tu juga.

Air mata toksah cakap, mengalir je sepanjang jalan. 

Erm, kite sambung di post seterusnya.
Insha Allah.

Ibu tak jadi,

Friday, February 16, 2018


Maka nikmat TuhanMu yang manakah ingin kamu dustakan?

Alhamdulillah segala kesyukuran buatMu Tuhan Maha Pemberi Nikmat.
16/2/2018 - esok insha Allah saya bakal jadi isteri orang. 

Lama menyepi, tup tup update nak kahwin. Haha kawan-kawan pon ramai terkejut dengan berita ni.  Alhamdulillah jodoh dah nak sampai esok. Mohon semua yang membaca ni doakan yang baik-baik untuk selamanya. Mak nervous jugak ni nak 😬

Happy memang happy, seronok dalam hati tak tahu nak describe macam mana.
Mana taknya, orang yang kita cinta 10 tahun lepas nak jadi suami dah esok.
Orang yang dirindu sekian lama, esok akan akad nikah dengan wali kite.
Orang yang dinanti sejak sekolah, esok akan ambil kite sebagai isteri.

Malam ni berinai kecil. Sahabat terdekat dijemput. Bukan nak bermegah atau nak bercantik-cantik. Sebenarnya aktiviti berinai kecil ni sangat bermakna, nak redakan hati yang berdebar takleh nak tido malam berhari-hari dah. Dapat sembang dengan kawan, lupa sikit takut nak jumpa bakal suami esok 😌

Mohon didoakan segala kebaikan dan rahmat Allah untuk majlis kami.
Amin, terima kasih sudi singgah ❤️

Bakal jadi isteri orang esok,


Friday, July 07, 2017

Eid Mubarak 2017

Hye everybadeeehhh, Assalamualaikum 🦋
Short post, just nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin untuk segalanya. Tak terlambat lagi kot sebab kita kan raya sebulan. Hehe. Sekarang dihujani dengan banyak invitation untuk open house dan kenduri kawin. Plus, ramainya nampak org mengandung sekarang. Semua perut besar (ke aku je ke yang kebetulan asyik nampak org pregnant?) 
Anyway, thank you for reading!

With love,

Monday, July 03, 2017

!!!Finally!!!

Assalamualaikum !

Setelah senyap bersawang berhabuk bertahun lama,
Dapat jugak reset password dan buka email gmail.
Penangan lupa password punya pasal, haihhhh

Alhamdulillah, bakal menulis semula.
Tapi lebih untuk bacaan & kepuasan sendiri.

Doakan istiqomah :)

Love,

Friday, October 17, 2014

16 Oktober 2014


Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.

:)

Apa khabar pembaca (jika ada) yang masih setia ziarah blog saya? Entah ada, entah tiada. Lama benar tak mencoret dalam 'diari' online ni. Laman Facebook juga dah lama tak update ikhlas dari hati. Kalau ada post pon, sekadar makluman penting bg mereka yang penting. Hehe.

Alhamdulillah, saya sehat-sehat sahaja. Baik-baik selalu. Insha Allah. Mohon didoakan segala kebaikan mengalir laju pada kehidupan yang sedang berlangsung. 

Tak ada apa perkongsian menarik kali ni. Seperti selalu, makluman yang saya sangatlah sibuk akhir-akhir ni. Melangkah ke Semester 5 Pengajian Undang-Undang. Selain jutaan syukur pada Tuhan, tak terkira ucapan terima kasih buat sahabat, mama abah yang kuat sekali dorongan mereka.

Adik-adik tanya, akak susah tak belajar undang-undang? Taknak tipu adik-adik, jujur akk cakap, memang susah. Even takde pon nak mengira formula, hafal nama-nama elements dlm chemistry macam sekolah dulu, takde bedah-bedah binatang sampai awak muntah kegelian, takde sume tu. Tapi percayalah, susah juga nak menghafal term undang-undang tanpa kefahaman mendalam.

Tapi Alhamdulillah, masih belom rasa menyesal menceburi bidang ni. Insha Allah sampai bila-bila pon takkan menyesal. Banyak sangat yang kita dapat belajar. Kita sebenarnya berada di dalam undang-undang. Diri kita, hidup kita, agama kita, dunia kita, semua berkait dengan undang-undang. Dan banyak hak kita, keistimewaan kita, yang kita tak tahu tanpa kita faham undang-undang.

Apa-apa pon bidang yang kita belajar, pasti ada yang menarik!

Baru-baru ni ada seorang makcik, SMS saya dan tanya pasal sejarah sekolah-sekolah saya. Saya belajar dimana, sekarang degree apa, lepas ni nak sambung master ke ape ke. Pelik juga, katanya dia dapat nombor saya dari blog dan berminat nak anaknya sambung pelajaran agama. Hehe. Tiba-tiba saya jadi perunding akademik tak bertauliah.

Rupanya masih ada yang gigih baca tulisan saya yang tak seberapa ni.
Alhamdulillah. Rasanya setakat ni je dulu coretan saya.

Ehem, Sabtu ni macam ada sesuatu yang menarik. 
Alhamdulillah!

Wassalam. ^^