Thursday, April 28, 2011

Program Asasi UIAM...

Program Asasi UIAM diadakan untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Program ini adalah menepati aspirasi falsafah, visi dan nilai universiti yang diusahakan menerusi empat aspek penekanan iaitu integrasi, islamisasi, pendedahan antarabangsa dan kecemerlangan menyeluruh atau ringkasnya triple ICE atau III CE yang bermaksud integration, islamization, internationalization dan comprehensive excellence.

Dalam perlaksanaannya, UIAM menekankan pendidikan berteraskan Islam di mana pelajar-pelajar didedahkan kepada nilai-nilai dan cara hidup Islam bagi meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam secara teori dan amali dalam era globalisasi.

Struktur Kursus
Kurikulum Program Asasi UIAM adalah terdiri daripada:

  1. Kursus Wajib Universiti
    Mengandungi kursus-kursus dalam bidang Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Pengajian Islam.
  2. Kursus Wajib Fakulti (Kulliyyah)
    Mengandungi kursus yang ditawarkan oleh kulliyyah tertentu dan dirancang untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang penting bagi tujuan kemasukan ke kulliyyah tersebut di peringkat Ijazah.
  3. Kursus Umum
    Mengandungi kursus komputer bertujuan untuk memberikan pendedahan dalam pengedalian dn penggunaan komputer.

Sistem Semestar
Program Asasi UIAM menggunakan sistem dua semestar biasa dan satu semestar pendek dalam setiap tahun akademik. Bentuk sistem semestar yang dilaksanakan secara asasnya adalah seperti berikut:

Semestar Biasa

Kuliah7 minggu
Cuti Pertengahan Semestar1 minggu
Kuliah7 minggu
Ulangkaji3 hari
Peperiksaan11 hari
Cuti Antara Semestar3 minggu

Semestar Pendek

Kuliah7 minggu
Ulangkaji1 hari
Peperiksaan5 hari
Cuti3 minggu

Dalam Semestar Pendek, pelajar-pelajar dibenarkan mengambil satu atau dua mata pelajaran dan ini boleh membantu mereka menamatkan pengajian lebih awal.

Program Asasi
Program Asasi UIAM terbuka kepada mereka yang daripada Aliran Sains, Sastera atau Teknikal seperti berikut;

Aliran Sains atau Sastera

  • Asasi Undang-undang
  • Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan

Aliran Sastera Sahaja

  • Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
  • Asasi Sains Kemanusian
  • Asasi Bahasa Arab
  • Asasi Bahasa Inggeris

Aliran Sains atau Teknikal

  • Asasi Kejuruteraan
  • Asasi Sains Fizikal

Aliran Sains Sahaja

  • Asasi Perubatan
  • Asasi Pergigian
  • Asasi Sains Hayat
  • Asasi Farmasi
  • Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
  • Asasi Kejururawatan

Aliran Sains, Sastera atau Teknikal

  • Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar

Kemasukan Ke Kulliyah
Program Asasi yang perlu diikuti untuk memasuki Kulliyyah bagi mengambil program Ijazah Pertama adalah seperti berikut;

Kulliyyah (Fakulti)Program Asasi
Kulliyyah Undang-UndangAsasi Undang-Undang
Kulliyyah Ekonomi dan Sains PengurusanAsasi Ekonomi dan Sains Pengurusan
Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam, dan Sains KemanusianAsasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
Asasi Sains Kemanusian
Asasi Bahasa Arab
Asasi Bahasa Inggeris
Institut PendidikanAsasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
Asasi Bahasa Arab
Asasi Bahasa Inggeris
Kulliyyah KejuruteraanAsasi Kejuruteraan
Kulliyyah Teknologi Maklumat dan KomunikasiAsasi Kejuruteraan
Kulliyyah PerubatanAsasi Perubatan
Kulliyyah PergigianAsasi Pergigian
Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam SekitarAsasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar
Kulliyyah SainsAsasi Sains Hayat
Asasi Sains Fizikal
Kulliyyah Sains Kesihatan BersekutuAsasi Sains Kesihatan Bersekutu
Kulliyyah KejururawatanAsasi Kejururawatan
Kulliyyah FarmasiAsasi Farmasi

Semua pelajar Program Asasi UIAM mestilah memperolehi keputusan akademik yang cemerlang bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama. Penetapan PNGK (CGPA) adalah ditentukan oleh pihak Kulliyyah yang berkenaan.

Syarat Kemasukan ke Program Asasi
Syarat dan kelayakan untuk setiap Program Asasi adalah berbeza, maklumat mengenainya boleh diperolehi di laman web Program Asasi UIAM atau Syarat Khas Program Pengajian Kemasukan Ke IPTA. Perlu diingatkan bahawa kelayakan yang dinyatakan di situ adalah kelayakan minimum untuk memohon. Mereka yang mempunyai kelayakan lebih baik mempunyai peluang lebih tinggi untuk terpilih.

Nota
Maklumat di atas dikumpulkan pada 5 Februari 2009. Sila rujuk laman-laman web yang disebut di atas untuk mendapatkan maklumat terkini.

16 comments:

Anonymous said...

salam..program asasiu ambil masa at least 2thn kn...lpas 2, lau nk smbg degree brape thun pulak ye

nur_alhadi said...

depends on ur course.. :)

insan said...

kak klau dpt 5a utk bm,qs,si,sj,bio..tpi b+ utk fz,km,mm,+mm.ba.bi..
boleh k mntak asasi prgigian..?

♥SheTheLadyWhisper♥ said...

sis boleh ke sy masuk asasi undang2
if result dpt 3a dalm bm,bi,ag 3b utk sj,math,chem 3c+ bio,+mm,phy

Anonymous said...

salam kak kalau nak amik asasi sains hayat kita wajib amik subjek tambahan b.arab sekali ke?

Dean 15 said...

kak..kalau abiz asasi ni..kite boleh x pilih course ijazah kite sendiri?

coklatmanis said...

akak...selain Uia yang tawarkan asasi bahasa arab...U mane lagi yang tawarkan asasi bhasa arab?

Nur Fahimah said...

subjek ap yg dipelajari dlm asasi bahasa arab.. n ap aktiviti dorg? please tell me..

Anonymous said...

assalamualaikum,, asasi sains kesihatan bersekutu atau sains hayat buleh smbung medic tak?

Anonymous said...

salam,saya nak tanya..asasi sains kesihatan bersekutu 2 ada fisioterapi???harap reply ye...:)

Anonymous said...

salam...kalau amik asasi sains kesihatan bersekutu boleh sambung medic x????harap reply ye...:)

fiqaluqman94 said...

salam , nak tanya kalau nak apply asasi seni bina hanya dapat 3 a 2b 4 c rsanya dapat tak yang 3 a tu ialah bm bi sc , dan yang b itu maths dan sejarah

Anonymous said...

Asasi senibina UIA tak perlu interview ek? tr

Anonymous said...

salam,,saya nak tanya kalau kita nak ambil asasi ilmu wahyu dan warisan islam tapi masa spm saya aliran sains,boleh tak?sebab course tu untuk aliran sastera...tq

Anonymous said...

assalamualaikum kak alhadi..
saya nak tanya apa kelebihan belajar di uiam? boleh tak akak ceritakan pengalaman akak semasa study dekat uiam...sekian..syukran jazillah~

Anonymous said...

Assalamualaikum , akak ALhadi :) saya nk tanya , jika saya aliran sains tapi tak ada BIO , skolah sya tukar kpd Prinsip Perakaunan , still boleh ambil Asasi Pergigian ke tidak ? Tapi sya tetap aliran sains , belajar juga Fizik dan Kimia cuma tak de Bio je lah . boleh tak ?Syukran ya akak :)