Sunday, May 08, 2011

utk sume kwn2 yg akn msuk universiti, matrikulasi...


Pakaian


1. Pakaian korang yang cukup untuk 3 minggu.Jangan banyak-banyak sebab mustahil korang boleh bawa semua satu almari korang tu.pandai-pandai lah ye,takkan aku nk senaraikan semua.

2. Sepasang pakaian renang.Mana tahu kot kolej korang dilengkapi swimming pool ke kan.hehe.Kalau takde pun mungkin korang nak buat trip ke public swimming pool/pantai/sungai/pulau mana-mana.

3. 2 pasang pakaian sukan. Setahu aku,semua kolej mesti ada padang/courts dan kemudahan sukan yang lain.Mungkin korang boleh bawa juga raket badminton,kasut sukan,bola dan sebagainya.

4. Sepasang pakaian solat untuk yang beragama Islam seperti kain pelekat,jubah,kopiah,baju melayu,dan telekung.Jangan dilupa senaskhah Al Quran dan Maathurat sebaik-baiknya yang bertafsir.Kita orang Islam mesti kena ada Al Quran sendiri jangan nak harapkan yang surau tu je.Jangan sesekali rasa nak tinggal solat dan biasakan diri dengan membaca Al Quran setiap hari.InsyAllah,semua ni dapat mengelakkan korang daripada terlampau lalai.

5. Pakaian formal seperti kemeja,kot,tie

6. Baju sejuk / sweaters.

7. Kasut,selipar,kasut kulit,kasut sukan,stokin


Bahagian Laundry


1. Detergen atau kalau korang ada detergen dalam bentuk tablet yang portable tu pun boleh.

2. Bleach macam Clorox ke.

3. Baldi dan Hangers

4. Portable Iron dan Mini Iron board. Portable Iron ni lebih kecil dan ringan daripda iron biasa tu.Sangat sesuai untuk korang bawa.Korang boleh cari sendiri kat kedai.


Bahagian Study & Elektronik


1. Lampu meja

2. Kipas meja

3. Laptop

4. Handphone dan chargers

5. Printer yang ada scanner sekali tu.

6. Pendrive 8gb

7. Kamera digital

8. Kalkulator

9. Alat-alat tulis,dictionary,buku tulis.


Bahagian Toilet


1. Pakaian mandi/kain basahan.

2. 3 helai tuala mandi. Supaya korang boleh guna tuala satu lagi sementara tuala yang dah diguna tengah basuh dan yang lagi satu extra untuk kot korang nak gi swimming ke.

3. Raga plastik untuk letak barangan mandi ni la.

4. Cermin muka dan sikat

5. Penyangkut bervacuum? hahaha.aku tak tahu nak cakap macam mana,korang tengok gambar sebelah ni aku letak.

6. Sabun dan Bekas sabun. Alternatif kepada sabun buku biasa yang tak best tu,korang guna shower gel,takde la messy sangat.

7. Pengesat kakiyang macam permaidani kecil tu.

8. Shampoo,conditioner,pencuci muka.

9. Krim pencukur dan pencukur.

10. Selipar Jepun.Kalau korang nak pakai selipar Korea pun boleh.


Bahagian Katil


Bawa dua set just in case yang set sebelumnya kotor,korang nak tukar.

1. Cadar dan conforter

2. Selimut

3. Sarung bantal

4. Jam loceng digital tapi sekarang orang pakai handphone je kan.

5.penyapu n kain buruk.nnt 1st day masuk aku rse berhabuk kot.


Bahagian ‘Dapur’


1. Mungkin korang tidak perlu bawa barangan elektrik lagi kerana korang belum tahu peraturan kolej korang tu.Tapi kalau korang dah tahu,tengok la kot korang boleh bawa TV kecil, microwave,toaster,mini fridge dan water heater kot korang nak buat maggi ke,bakar roti ke.Kan korang ni kuat makan.Kalau kolej yang benarkan korang memasak korang boleh bawa la rice cooker sekali (IMG:style_emoticons/default/tongue.gif)

2. Pinggan,mangkuk ,cawan,gelas,sudu,garfusemua skali la satu set sebab korang nak makan maggi guna apa kalau tak?

3. Korang boleh bawa tong sampah dan plastik sampah melainkan korang ni memang suka buang sampah merata.

4. Sabun basuh pinggan


Bahagian barangan keperluan yang lain


1. Extension plugs,sebaiknya yang ada 5 tempat plug tu.senang.

2. Pengepit kuku dan gunting

3. First Aid Kit yang basic cam panado,antiseptic semua tu la.

4. Sewing kit yang kecil tu untuk jahit seluar koyak ke.kena blajar tu

5. Hand Vacuum Kalau nak bawa kalau korang ni pembersih sangat.

6. Lampu suluh Kalau tiba-tiba blackout macam mana? Hehe

7. Locker box untuk simpan barang beharga korang cam beg duit,laptop.

8. Pewangi bilik/Air freshener.

9. Payunguntuk hari-hari hujan.Guna yang compact tu pun boleh,trend sekarang.

10. Peta poket kawasan sekitar kolej tu,tapi sekarang orang pakai google earth je.

11. Bag sandang. Tak payah la nak pakai beg galas macam budak sekolah jek

12. Mangga,bukan nama majalah/buah ni, ibu kunci tu.kalau yang ada code tu lagi baik.

13. Basic tools macam mini screwdrivers,tukul kecik,skrew,paku.


Setakat ni je la list yang aku rasa penting,mungkin aku miss something korang tambah la,Satu lagi tips dye,jangan takut nak bawa banyak-banyak barang.Kalau pihak kolej dah sediakan barang yang korang bawa tu,apa susah,kan korang datang dengan family,suruh je diorang buat balik barang-barang yang dah ada tu.sekian.

No comments: