Monday, September 12, 2011

Kisah Wanita Sufi


Assalamualaikum sume..

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Jangan pernah lupe utk sebut kalimah suci ni tau. Sebut selalu.
Kerana kite hamba Allah, trlalu byk nikmat yang telah Allah berikn pada kite selama ini. Dan selamanya.
Sy minx maaf kalo byk post dlm blog sy brkenaan dgn peribadi muslimah, sbb sy seorg muslimah. hehe
Kali ni pon sy nk menulis pasal wanita lagi. Kerana wanita itu berharga dan terlalu indah andai dia solehah.


Hmm, dh bace ayat-ayat kat atas ni blom..? Jangan tengok saje dn jgn pulak bace saje. Amik pengisiannya.
Masuk dlm otak, berfikir, dn terus simpan di hati yang paling dalam. In Sha Allah. Jadikan amalan.

Sy sebenarnye nk bgtau antum, sy teringin sgt nk jadi sperti Rabiatul Adawiyah. Pengabdiannya hanya untuk Tuhan, pemilik seluruh hidup dan cintanya. Terlalu agung pengorbanan srikandi Islam nih.
Kalau antum rajin, sekali skala buke la kisah Rabiatul Adawiyah ni, atau nama sbenarnye Rabiah.

Rabiatul Adawiyah ni xpernah berkahwin seumur hidupnya. Wali Allah ni pernah ckp, "berkahwin itu satu keperluan, dan aku tiada keperluan kepadanya.."
Cinta wanita ini, hanya kepada Allah. Die kasihkan Allah lebih dr sgalanya.
Asmaranya di atas tikar sejadah. Agung kn peribadi dia. Rase seronok sgt bile dpt jadi cm dia.
In Sha Allah, tiada apa yang mustahil jika Allah berkehendak. :)

Ini kisah Rabiatul Adawiyah yang masih sy igt smpai skarang. Antum bacelah pelan2, ambil iktibar.
Masih adakah insan mcm ni dlm dunia skrg ni, yang hatinya sangat mulia. Dakwahnya sgt berkesan.

Suatu malam yang sunyi sepi, di saat sume manusia sdang tidur. Rumah Rabiatul Adawiyah telah diceroboh oleh seorang pencuri lelaki.
Pencuri ni pon geledah la umah die, tp xde pape pon dlm umah ahli sufi ni.
Hanya sebuah kendi buruk je yang pencuri ni jumpa, tp die tinggalkan je sbb bnde tu xbrharga.
Saat pencuri ni nk kuar dari rumah Rabiatul Adawiyah, die terdengar suara Rabiatul Adawiyah.

"Janganlah kamu keluar dari rumahku sebelum kamu mengambil sesuatu dr rumahku."
Terkejut pencuri tu sebab die igt pondok usang tu xde penghuni. Lalu pencuri ni pon jwb la.

"Tiada apa yang boleh aku ambil dari rumahmu ini."
"Ambillah itu.." kata Rabiatul Adawiyah smbil menunjuk kendi buruk yang digunakannya utk amik air wudhuk.

Pencuri tu pelik dn berkata. "Itu hanyalah sebuah kendi buruk yg xbrharga."
Rabiatul Adawiyah berkata lagi,

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian ambillah wudhuk dgn kendi itu. Solatlah 2 rakaat kepada Allah. Dengan demikian, kau telah mengambil sesuatu yang amat berharga dari pondokku ini.."

Mendengar kata2 ini, pencuri ini rsa gementar. Hatinya tiba-tiba jd lembut dgn kuasa Allah.
Lantas die ikut sume arahan Rabiatul Adawiyah. Selepas solat 2 rakaat, kemanisan iman msuk dlm hatinya.

Rabiatul Adawiyah terus berdoa, dlm kesucian dn ketulusan hatinya. Memohon pd Allah.

"Ya Allah Ya Tuhanku.. Pencuri ini telah masuk ke dlm pondokku. Namun dia tidak menjumpai apa2 yang berharga untuk diambil dariku. Aku telah menyuruhnya berdiri di hadapanMu. Maka janganlah Engkau halang dia daripada mendapat nikmat dan rahmatMu.."

As Salam..



1 comment:

Zul Fattah said...

itulah istimewa wanita islam.. best entry