Tuesday, October 25, 2011

Keramat Seorang Ibu

Assalamualaikum sume.. :)

First of all, sy nk minta maaf sangat2 sbb dh lame xupdate blog ni. Maaf ye kawan sume, mase agak xmengizinkan utk sy bcerita panjang lebar kt blog tersayang. Chewahh, haha. Smalam pon sbenarnye sy dah janji kan nk tulis kisah istimewa disebalik tarikh 24 Oktober. Tapi xtulis jugak. Maaf sangat-sangat tau. Orang Munafik je yg mungkir janji ni sbenarnye, Nauzubillah.

Untuk balas sume janji2 yang xditunaikan pd antum, kali ni sy akan post panjang-panjang. Haha, sampai antum sume xlarat dah nak bace bebelan sy yang ntah pape je arini. Tapi sebelom lebih merapu, sy nak jugak cite nape sy xsempat update blog sy smalam.

Sebenarnye smalam, 24 Oktober kan, tu birthday mama sy. Sy trpk nk tulis sume yg sy nak ckp kt dlm blog ni pastu suruh mama bace malam smalam. Tapi agaknye bukan rezeki antum sume nk bace, sbb pagi smalam sy bangon agak lewat dr biasa dn sy pening kepala. Lepas makan je, tros balut hadiah birthday utk mama drpd sy dn jugak adik sy. Sy sorg-sorg je, sbb adik skola smalam. Huhu.

Lepas siap balut hadiah, buke la lappy ni skejap. Ingatkan nk tulis la special untuk birthday mama, tapi xjadi jugak. Sebab tibe2 je abah dh balik umah, abah balik keje awal smalam. Abah rancang nk bawak mama keluar makan. Pastu kiteorg pon siap-siap la mandi dn tros nek kete gi One Utama. Jalan-jalan, dn makan-makan. Ingatkan skejap je, tapi lepas tu trlajak pegi The Curve pulak dah. Merewang-rewang smpaila maghrib baru balik rumah. Sume kepenatan dan kekenyangan, lpas mandi sume pon tido.. Blog ni pon xsempat la nk update. Hehe, maaf ea..

Panjang kan cite, ntah pape je sy mengarut. Hehe
Again and again, sorry for everything. Maaf sangat-sangat.

Tapi betul sy cakap. Spanjang kiteorg brjalan smalam, hati sy xtenang tau. Asyik pk blog je.
Maklumlah, gatal sgt mulut dh berjanji. Bile xdapat tunaikan, mule la resah sepanjang hari.
Jadi moralnya, jangan janji kalau xmampu nak tunaikan janji antum.. :)


Ha, nilah mama saya. Mase ni kiteorg holiday kat Singapore. Mama memang suke bunga-bunga ni. Hehe. Ramai orang kate muke sy same mcm mama. Xtaula betul ke x, sbb sy rse mcm x je. Sampaikan ade orang nk cari umah kiteorg, tp xingat umah kiteorg nombor berapa. Disebabkan die nampak sy kt luar umah time tu, die tros bhenti. Die kate muke sy sme mcm mama, jd die pon rse btollah umah ni umah kteorg. Haha..

Ade-ade je kan. Huhu
Ok, berhenti kat situ je. Nanti mengarut lagi. Kesian antum sume.
Fullstop..!

Tibe-tibe je ade satu puisi ni yang sy rse sy nak tuliskan dalam blog. Untuk peringatan sy dan antum yang sudi membaca. Puisi ni khas untuk insan-insan yang bernama anak. Bace la. Smoga kite sume dapat rse kasih sayang ibu, mama, mak, bonda atau yang ummi bg pd kite ni dr dulu smpai skrg xkan pernah dapat kite balas walaupon dgn segunung emas dan prmata. Wah3..

Monolog seorang ibu untuk anak-anak yang dikasihi :

Ketika aku sudah tua, aku bukan lagi aku yang dahulu...
Mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku ini...
Ketika pakaianku tertumpah sup, ketika aku lupa bagaimana untuk pakai sepatu...
Ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu semua itu...

Ketika aku berulang-ulang berkata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar...
Bersabarlah kau terhadapku, jangan putuskan bicaraku...
Kerana ketika kau masih kecil, aku tetap bersabar denganmu...
Mengulang cerita yang telah beribu kali kubacakan untukmu supaya kau tertidur...

Ketika aku memerlukanmu untuk memandikanku...
Janganlah kau marah padaku sayang...
Ingatkah kau semasa kecil, aku memakai pelbagai cara untuk memujukmu mandi...

Ketika aku tak mengerti tentang teknologi pada hari ini...
Janganlah kau mengejekku kerana kebodohan ibumu ini...
Fikirkan dahulu bagaimana aku bersabar menjawab setiap persoalan 'mengapa' darimu..

Ketika aku tidak dapat berjalan lagi, papahlah aku dengan tanganmu yang kuat...
Seperti aku sentiasa disampingmu saat kau belajar berjalan di waktu kecilmu...

Ketika aku seketika terlupa apa yang pernah kau katakan kepadaku...
Berilah aku waktu untuk mengingatnya kembali...
Kerana bagiku, apa yang dibicarakan itu tidak penting...
Asalkan kau ada disamping aku, aku sudah puas...

Ketika kau memandang aku yang sudah mulai tua...
Janganlah kau berduka. Fahamilah aku, bersabarlah denganku...
Sebagaimana aku mghadapimu diwaktu kau baru memulakan kehidupan...
Waktu itu aku beri kau petunjuk bagaimana ingin mnjalani kehidupan...
Sekarang, temani aku menghabiskan sisa hidupku ini...

Beri aku cintamu dan kesabaran, aku akan berikanmu doaku yang makbul...
Dalam setiap senyumku untukmu ini, terdapat cintaku padamu yang tak terkata...
Kalbu aku berkata, 'sebab cinta aku lakukan semua ini wahai anakku..'
Sungguh jika tak cinta, langkahku sudah lama terhenti..
Cintalah yang mengajar ibu supaya membuang kata lelah dan putus asa..
Dalam kamus hidupku seorang ibu...


Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya, maka terbuka dua pintu kesyurga untuknya. Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi barangsiapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredhai ibu bapanya maka terbuka pintu neraka untuknya. Begitu juga pada waktu petang.."

Nukilan kata-kata yg seterusnya ini, sy tujukan kepada antum sume.. Renungkan kata-kata yang singkat ini dn berilah kasih sayang yg berterusan kepada ibu antum.. Insha Allah..

Anakku, Bila ibu boleh memilih.
Apakah ingin berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkanmu...
Maka ibu memilih berbadan besar kerana mengandungkanmu...
Kerana ketika mengandungkanmu, ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah..
Sembilan bulan ibu mengandungkanmu sayang...
Engkau hidup dalam perut ibu, Engkau ikut kemana sahaja ibu pergi...
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan...
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau tidak selesa..
Dan perlakuanmu itu ketika ibu merasa sedih dan kecewa dengan ujian duniawi...
Ketahuilah wahai anakku yang amat kucintai...
Sewaktu ibu memilih untuk mengandungkanmu itu..
Maka ibu juga memilih untuk pertaruhkan nyawa ibu..
Hanya untuk berikanmu kehidupan yang sempurna, ibu rela mati wahai anakku...

Wallahu'alam..
As Salam..

4 comments:

h[a]ni$ said...

nice post... :)

Srikandi permata said...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..entry yg nmpk kasih sygnya..
moga dikau sentiasa menghrgai ibumu..
Moga keluargamu sentiasa bahagia dlm redha-Nya.

Azmi Khan said...

ibu tu anugerah yg tidak ternilai....
kita tidak mampu membalas jasa ibu walau sedikit pun....
hargai ibu sebelum penyesalan menjergah....

nur_alhadi said...

Insha Allah, Alhamdulillah..
Syukran ats komen2 antum sume..
Ibu adlh anugerah Allah yg xternilai..
Seorg malaikat yg ditugaskn mnjaga dn didik kite..
Diberi nama seorg ibu..