Tuesday, October 18, 2011

Kusyukuri Kesempatan Bahagia..

Assalamualaikum sume.. =)

Post kali ni mmg agak luar biasa bg pembaca2 yg setia dgn blog sy yg xseberapa ni. Tapi, sy tetap nk tulis walaupon ini akan menyentuh hal peribadi dlm kehidupan, yang xpenah diluahkan kepada orang ramai. Insha Allah. Kepada antum yg sudi, dn berminat kepada dunia cinta, antum dipersilakan mmbace. Tapi untuk antum yang nk cri info2 duniawi yg trbaru, antum salah blog la klu antum buke blog sy nih.. Huhu

Status fb hari ni dn smalam mncetuskan kontroversi dlm kalangan sahabat2 sy. Hehe

18 Oktober 2011, ade ape dengan tarikh ni agaknye..
Haha, sy akn terangkan kt blog ni. Kejap ea, tgh susun ayat lg ni.. Hehe

Sy pasti antum sume pon mesti ade hari-hari yang terindah dlm idup antum kan. Dn bg sy, hari ni adlh hari yang trindah dlm kenangan sy. Aduhai Dayah, wat suspen plak.. Haha, bile lagi nak main2 dgn antum. Setiap hari kite bincang isu yg serius, hari ni kite santai2 plak ea.. 


18 Oktober 2011...
18 Oktober 2010...
18 Oktober 2009...
18 Oktober 2008...
dan...
18 Oktober 2007...

Alhamdulillah, syukur pd Illahi kerana pd tarikh ini Allah mengajar sy tentang erti cinta melalui seorang teman. Sy akui, cinta itu kekuatan, dan kadangkala kalo disalahguna boleh jd kelemahan seseorang. But for me, cinta adalah kekuatan yang luarbiasa. Sebagaimana Rabiatul Adawiyah cinta kepada Allah, wanita sufi ni mampu memusnahkan nafsunya, wanita ni xberkahwin spanjang idupnya. Ungkapan hikmah wanita ni, masih sy ingat shingga hari ni.

"Kegembiraanku hanyalah pada berzikir, bermunajat, dan beribadah kepada Tuhanku.."

Itulah kuasa cinta. Cinta akan memungkinkan segalanya. Sbb tu sy xpenah halang org untuk brcinta walaupon sy boleh dikatakan org yg komited dlm prjuangan dakwah. Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan dan fitrah insani. Dengan cinta, kite kenal segalanya. Cinta ini terlalu suci, beruntunglah pd sesiapa yang dapat rse nikmat cinta manusia dn gunakan cinta tu untuk bersama meraih cinta Pemilik Segala Cinta. Cinta Allah Taala, pencipta kite sume.

Alhamdulillah juga kpd Allah kerana mmpertemukan sy dgn seorg insan yang mmbuat stiap hari yang sy lalui terasa amat tenang dn indah walaupon banyak dugaan yang melanda. Insan inilah yg byk mmberi sy kata-kata semangat, menemani sy dlm setiap suka dan duka kehidupan. Bersama insan ini jugalah, sy belajar erti kehidupan satu-persatu shingga sekarang. Sy yakin, inilah yang dikatakan cinta oleh sesetengah manusia.


Ini pegangan idup sy, "Love someone who will bring you straight to Jannah.." Kite manusia, sgala yg kite lakukan di ats dunia ni adlh untuk dapatkan redha dn cinta dr Allah. Andaikata kite brcinta, maka alihkanlah cinta yg dikurniakan Allah tu untuk menggapai redha Allah. Sbb tu dikatakan, stiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Dalam kisah kami berdua, saya dan juga dia. Doa sy dan juga doa dia pasti dicelahi dengan rasa bimbang atau takut-takut tidak diperkenankan oleh Allah. Doa kami untuk bersatu dengan lafaz nikah yang mnghalalkan segalanya. Tapi sy padamkan segala perasaan itu dengan satu keyakinan bahawa doa kami pasti akan diperkenankan Allah. Yang penting pd sy, bukan hanya diperkenankan doa itu tetapi semoga Allah mempertingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kami dalam mghadapi segala takdir Allah.

Soal seorg rakan baik, "Hidayah, awak percaya ke dengan cinta jarak jauh. Mcm awk skrg, xberjumpa, jarang bersua mata, jarang dapat lihat wajah kesayangan awak, tapi awk masih setia. Awak prcaya ke pd insan yang awak sayangi tu bhw die akan balas sgala kesetiaan awk..?"

Terdiam sejenak, sejujurnya masih ada khuatir dlm diri ni. Tapi sy percaya dengan cinta jarak jauh.

Ramai pasangan yang berpisah krn tidak cinta. Malah lebih ramai yg brpisah krn trlalu cinta. Bila cinta makhluk mmbelakangi cinta Allah Yang Esa, maka cinta itu akn khilangan daya utk bcinta sesamanya. Cinta itu pasti akn layu, ksepian dn rasa kseorangan. Pd cinta yg ilusi begini, prtemuan dirasakan sperti prpisahan. Tapi Insha Allah, jika cinta itu hakiki. Saya yakin dn percaya, berpisah pon masih bertemu. Amin.. :)

Jarak jauh antara kami berdua sbenarnye menyelamatkan. Jarak kami ini adlh mehnah yg akn kuatkan kmbali ikatan hati kami. Pergantungan kami adlh pd Allah, bukan selain drNya. Jarak kami ini jugalah Insha Allah mnjadi penyubur cinta antara kami, seandainya kami menerimanya sbg didikan dr Allah. Keyakinan kami sama, Insha Allah kami akan dipertemukan nnt dlm stu suasana yg indah dan lebih manis. Perpisahan kami yg smentara ini adlh mahar untuk saat yang kami nntkn itu. Insha Allah, perkenankanlah.


Pernah dulu sahabat terbaik pernah bertanya, " Hidayah, kenapa awk xlayan lelaki-lelaki yang nak brkenalan dengan awk..? Janganlah trlalu yakin dgn org yg jauh, belum tentu awk akn idup dgn die. Saya tengok lelaki yg nk brkenalan dengan awk ramai, rugilah kalau awk lepaskan. Lgpon skrg kn awk sndirian, bukannye milik sesiapa pon.."

Pegangan sy hanya satu, "Bercinta dalam hidup, hanya sekali shj bersama manusia. Dn lelaki yg sy cintai itulah yg akan mnjadi suami sy suatu hari nnt. Andai kata ade pape trjadi antara kami, maka itulah pngakhirannya. Xkn ade lg istilah cinta manusia utk sy. Cinta sy hanyalah milik Allah, dn asmara sy hanyalah diatas tikar sejadah.."

Buat insan yang sy maksudkan sepanjang sy menulis blog ni. Ketahuilah, awk adlh pemilik cinta sy dr dulu hingga skrg. Selepas Allah dan Rasul, awklah yg selayaknya. Insha Allah. Kasih sy hanyalah kpd ibu ayah, dan keluarga. Janganlah disia-siakan perasaan ni, krn hati wanita adlah amanah buat insan brnama lelaki.
Semoga awk mengerti segalanya.

Buat insan-insan yg bernama lelaki, yg ingin mengenali sy. Antum dialu-alukan untuk mengenali sy, tp bukan melalui sy. Antum boleh bertanya pd sahabat-sahabat sy yg lain. Tapi utk berkenalan dn brhubungan yg lebih jauh, lupakan jelah. Sbb hati sy dh trtutup untuk insan lain selain dia. Dn sy akan pastikan hati ini sentiasa dn kekal tertutup buat selamanya. Insha Allah.

Ha, kt bwh ni adlh gmbr insan yg dimaksudkan dlm post yg agk panjang kali ni. Hanya satu sje gmbr yg diizinkan untuk mnjadi tatapan semua. Gmbr sy mmg xdelah kan. Hehe. Sy mohon kpd antum semua, utk doakan kebahagiaan kami dunia dn akhirat. Smoga dengan adanya cinta ini, kami berjaya meningkatkan usaha untuk mencapai cinta Allah pulak. Insha Allah.


Seandainya dunia tiada warna, Tetap kan ku kagumi,
Indah maya alam ciptaanNya, KudratNya ku agungi..
Namun jalin warna, Zahirlah sang pelangi,
Menyisih mendung, menambat seri,
Terbias semua cahaya, Nyata ilham di alam mimpi,
Betapa kusyukuri nikmatNya, Ku pasti...

Begitu kias cinta hadir menghuni jiwa,
Menyatu sejuta rasa kurnia penuh bermakna,
Tika dalam gelita atau sepi kembara,
Dihadirkan rasa cinta sisih segala duka,
Anugerah dariNya.

Hanyalah cintaNya yang amat kuharapkan,
Tiada lain yang jadi rayuan,
Namun Dia Maha Mengerti, 
Tak mampu insan bersendiri,
Menempuh dugaan yang menguji naluri..

Begitu kias cinta hadir menghuni jiwa,
Menyatu sejuta rasa kurnia penuh bermakna,
Tak akan ku persia limpah rahmat Yang Esa,
Bagaikan jalinan warna yang menyulam cahaya,
Biasan kasihnya.

Moga tak diuji asyik cinta duniawi,
Mengharap teduh redha Ilahi,
Kerna segala kurnia hadirnya hanya pinjaman,
Sungguh kusyukuri kesempatan bahagia...


 As Salam..







7 comments:

eira haziera said...

sgt suka entry ni...

nur_alhadi said...

terima kasih.. hehe :)

yaya_saiko said...

seronoknya mnjadi spetri awak. permpuan yg bahagia. insyaAllah, awak dgn dia akn kekal dunia akhirat. amin~~

RinsyaRyc said...

untungla.. InsyaAllah jodoh bpanjangan.. ^^

shida sham (pelangi senja) said...

Alhamdulillah..semoga kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga ke akhir hayat..jejaka ini ialah Nasir Halimi dan dia adalah salah seorang rakan fb mama, mama dah go thru profile fb Hidayah..both of u are so sweet..take good care of the relationship..may Allah be with both of you always..InsyaAllah..aamiin

fieda said...

Insyaallah.

nur_alhadi said...

terima kasih atas komen brsama doa kalian.. Smoga Allah merahmati kami dn jugak antum sume.. Insha Allah..