Tuesday, December 27, 2011

Hati. Sabar ya. Allah tahu apa yang terbaik.


Ntah kenapa hari ini, tangan rase macam nak menulis sesuatu tentang dia yang tersayang.
Mungkin sebab cinta dan kasih sayang. Atau mungkin sebab rindu yang semakin mendalam.
Ya. Rindu yang semakin jauh, semakin mendalam, semakin menebal.


Awak tahu x. Setiap hari, saya teringat pasal awak. Setiap pagi, petang dan malam.
Tak pernah tertinggal walaupun sesaat. Saya sedar perkara ni salah. Hanya Allah sepatutnya.
Tapi tak salah jugak, sebab perasaan ini Allah yang hadirkan. Alhamdulillah.


Bila kite berjumpa, walaupun dah lame dulu, tak sekerap pasangan lain, saya masih gembira.
Malah gembiranya dapat saya rase sampai sekarang, smpai saat ini. Sangat gembira.
Seolah-olah saya manusia yang paling bahagia dalam dunia. Betul, saya xtipu awak.




Dan saya sangat harap yang awak jugak rase mcm tu. Alangkah bahagianya kite.
Bertanya khabar hanya melalui minda. Jarang sekali dapat bersua mata. 
Tapi, hati tetap gembira dan tenang. Sebab saya tahu dalam hati awak ade saya.
Awak.. Saya xnak keluar dari hati awak. Saya xnak pergi kt orang lain, saya nak awk je.


Buat masa ni, saya tak boleh nak janjikan awak ape-ape. Doa je yg saya boleh janjikan.
Saya sentiasa doakan hubungan kite berkekalan, berpanjangan hingga ke syurga.
Kalau boleh dan kalau kite ditakdirkan syurga. Saya nak masuk bersama dengan awk.
Mcm mana nak luahkan. Saya terlalu sayangkan awak. Lebih dr awak sayang saya.


Tapi awak. Saya minta maaf. Cinta saya kepada awak tak la sehebat mane pon.
Tak macam kisah Taj Mahal dengan Mumtaz, kekasihnya. Tak macam kisah Ali dengan Fatimah.
Tak macam kisah Hajar dan Ibrahim. Jauh sekali dr kisah Muhammad dan Khadijah.
Sebab Allah tujuan utama saya. Apa-apa sekalipun, cinta Allah yang paling perdana.
Awak faham kan. Saya yakin awak pon macam tu.


Sebab tu saya sayang awak..!




Awak nak tahu tak ape yang wat saya sangat-sangat gembira. 
Hmm. Saya sangat-sangat gembira bila tengok awak senyum bahagia.
Senyuman awak kegembiraan saya. Senyuman awak pengubat hati saya.
Saya rase macam dunia ni saya yang punye bile awak ketawa tau. 


Bile awak ceritakan masalah awak pd saya, saya la pendengar yang setia smpai bile-bile.
Bile awak sedih, saya  rase macam seluruh hidup saya hilang. Awak tak tahu kan.
Sebab saya tak pernah bagitau awak perkara nih. Kite tak ada peluang bercinta macam orang lain.
Tapi saya yakin, Allah pasti akan bg kite masa yang teramat indah nanti, untuk kite bercinta puas-puas.


Awak jangan putus harap ya. Saya sentiasa tunggu awak. Selamanya, smpai akhir nyawa saya.
Dalam hati saya, dah terpahat nama awak. Hanya awak. Dan akan kekal macam tu je.


Tak ada ape yang boleh pisahkan kite kan. Sejarah lame dah buktikan segalanya.
Macam-macam dugaan dah kita hadapi bersama. Hanya maut je yang akan pisahkan kite.
Itu pon sementara je. Sebab nanti kite akan jumpe kat syurga.

Insha Allah.

As Salam.

1 comment:

Eza Boom Boom :) said...

Semoga sampai jodoh awak dengan dia :).