Sunday, January 29, 2012

Coretan Rasa, sekadar mampu.

Assalamualaikum sume...!

Maaf sebab lame sangat dah xmenulis...
Insha Allah.. Kali ni sy akn tinggalkn antum dengan beberapa ayat.
Sekadar memberitahu bahawa ingatan sy masih ada pd blog.
Juga ingin khabarkan yang usaha dakwah itu takkan pernah tamat.
Hanya kini,
Masa yang tak mengizinkan.
Ilmu menuntut utk terus dicari.
Segalanya kerana Allah, Tuhanku dan juga Tuhanmu. 

:)

Untuk renungan bersama :

***

Setiap insan.
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Pasti ada beberapa perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sebahagian peristiwa yang dia ingin kongsikan.
Tak kira siapa pon dia.
Segembira mana pon dia.

Walau sekerap mana sekalipun dia tersenyum.
Dia pasti pernah menangis kerana terluka.
Ada sesuatu yang pernah buat hatinya terguris.
Pasti ada. 
Kerana dia juga manusia.

Jadi.
Janganlah kamu merasa hanya kamu sahaja yang melalui kesusahan.
Janganlah kamu merasa hanya kamu sahaja yang disakiti.
Janganlah kamu merasa hanya kamu sahaja yang pernah terluka.
Dan janganlah kamu menyangka tiada siapa yang mengerti kamu.

Kamu silap. 
Dan kamu salah.
Kerana ada orang lain yang turut sama melaluinya.
Bahkan ada orang lain yang lebih derita dari kamu.
Ada orang lain yang hidupnya lebih teruk dari apa yang kamu bayangkan.

Cuma kamu yang tak pernah tahu.
Kamu yang tak pernah nampak mereka.

Jangan selalu menganggap.
Bahawa kamulah yang paling susah, paling kerap diuji dan paling terluka.
Ada. Ada ramai lagi insan lain.
Yang lebih besar ujiannya, penderitaannya yang lebih hebat.

****

Jadi sahabatku sayang.
Kesatlah air matamu.
Hentikan tangisanmu.
Walau seberat mana kamu diuji.
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu, pujuk imanmu, pujuk jiwamu.

Yakinlah yang Dia ada.
Dan masih ada.
Malah sentiasa akan bersamamu.

Ingat pesanku.
Bila kamu menyandarkan harapanmu padaNya.
Dia takkan sekali-kali mempersiakan harapanmu.
Bila kamu mempercayai takdir dan ketentuanNya.
Dia takkan sesekali mengkhianati kepercayaanmu.

Insha Allah ~


As Salam.

2 comments:

Srikandi permata said...

jazakillahu khairan kathira..tersntuh bce entry nie..

nur_alhadi said...

syukran.. Insha Allah, mudah-mudahan ade kekuatan yang muncul.. :)