Sunday, January 15, 2012

TUNANG, kontroversi. Dah ke Belom nih..?

***sikit sebanyak diambil dr Blog Sebarkan Bahagia-Fatimah Syarha.

Assalamualaikum sume.. :)

Ha, tajuk arini nak cakap pasal pertunangan. Huhu, bukan ape. Sebab sy banyak dengar komen kawan-kawan pasal tunang nih. Ade yang dh labelkan diri 'engaged' tibe-tibe je. Bila ditanye, jawapannye mcm yang Ustaz Azhar cakap tuh. Senang sgt, dijadikan hukum Islam ni liberal. Huhu, silap tu tau. Insha Allah, mudah-mudahan penerangan sy kali ni brjaya menerangkan dengan seterang-terangnye sgala yang dalam kegelapan. Chewahh. Haha

Ok, first skali. Ape beza tunang dengan pinang.

Ha, pinang ni bile lelaki bertanya kat wanita ttg kesudiannya mnjdi teman idup lelaki td, atau jadi isteri la dlm bahasa senangnye kan. Ha, ni meminang namenye. Tak kire la keluarga dan wali yang wanita ni tahu ke x, setuju ke x, itu tetap dikira sbg pinangan.

Dan, bile wanita tadi dh approve soalan dr laki tu, means die dah setuju, then barulah die mnjadi tunangan lelaki td tu. Ha, lebih kurang cmnilah kisahnye. Tapi yang ni la yang jadi bab kontroversinye. Banyak teman-teman yang tanye, "Aik, xkanlah semudah tu je bertunang..?" Ha, jom kite bace lagi. Then, antum sume boleh la judge sndri tau.
Harus diingat dan diletakkan di tempat yang paling atas sekali dalam akal fikiran antum ya.

"Syariat lebih penting daripada adat. Tapi itu tak bermakna adat tidak penting. Adat juga penting diamalkan mengikut keadaannya. Secara betulnya, adat yang tak bertentangan dengan syariat Islam. Adat ni ade kedudukan yang istimewa dalam kaedah syarak. -Al-Adat Muhakkamah-"

HUKUM DAN PERLAKSANAAN HUKUM.

"Sy nak bertunang pakai SMS jelah, ustaz kate care ni pon sah dikire sbg tunang. Nak jumpe mak ayah awak macam menyusahkan je. Lagipon, Islam tu kan mudah."

Ha, kite ni remaja. Dan masih byk sbenarnye yang kite xtahu. Remaja ramai yang keliru pasal perlaksanaan hukum ni. Hukum ni senang je nak cari sumbernye. Antum buka kitab agama, buku fekah, macam-macam hukum ade dalam tu. Tapi bab perlaksanaan hukum nih, mmg perlukan guru dan alim ulama untuk ajar dan jelaskan bnde ni.

Akidah Islam mengakui yang Rasulullah adalah contoh yg terbaik. Ha, Qudwah Hasanah, antum mesti penah dgr kan istilah ni. Jadi, nak lebih jelas, selongkarlah kisah pertunangan Rasulullah yang amat kite cintai nih. Hampir semua calon isterinya dilamar dengan pngantaraan orang tengah dari kalangan sahabat yang boleh dipercayai. Ada juga antara kisah Rasulullah meminang terus salah seorang dr isterinya yang janda iaitu Ummu Hani' binti Abu Talib walaupon akhirnya pinangan Baginda akhirnye ditolak.

Ini jelas tunjuk bahawa Rasulullah sangat mementingkan wali bakal isteri apatah lagi kalau wanita itu masih gadis dan suci.


Sy akan bg contoh sbb fatwa kat atas nih macam agak kurang faham la kot. Xpe, jangan risau, ade banyak contoh yang akan sy citer. First skali sy nak bg analogi berkenaan PAK IMAM SOLAT PAKAI SAMPIN. Hahaha, lawak kan. 

****Bayangkan sorg Pak Imam nih, datang solat kat masjid juz hanye dgn pakai sampin je. Baju xpakai, kain ke suar pon xpakai. Tapi sampinnye tu mmgla menutup dr pusat smpai lutut. Kirenye menutup aurat jugakla bagi lelaki.

Makmum asik berbisik-bisik kat belakang. Pak Imam ni wat xtau je, wat xpeduli je pon. Die terus amik posisi Imam dan imamkan solat Maghrib. Makmum ikut je bersolat walaupon dlm akal ade banyak persoalan. Mata yang sepatutnye pandang tempat sujud, skrg sibuk kire bulu kaki kat betis Imam. Imam ni plak berazam nanti lepas abes solat Maghrib, die nak terangkan kat makmum yang solat tu sah sbb die menutup aurat.

Soalnya, adakah solat Pak Imam tu sah?

Ha, solatnya sah. Sbb syarat minima utk tutup aurat dh dipatuhi. So, xde msalah la kan. Tp sy percaya dgn sepenuh hati, kalo situasi mcm ni berlaku, ramai makmum yang akan berperang abes-abesan dengan jiwa masing2 ttg kewarasan Imam tu. Walaupon ibadahnye sah, tapi Imam ni dh mengundang masalah dn fitnah dalam kalangan orang sekeliling. 

Antum faham x setakat ni..? Ni contoh je tau.
Antum nak contoh lagi ke..? Ok2, sy akan bg contoh lg.

****Bayangkan ade sorg bapa yg sedang termenung kt umah. Bapa ni ade sorg anak, baru 6 tahun dn bapa ni risau ttg pergaulan anak perempuannya yang mungkin dh terlebih batas. Terlalu sosial, bergaul dengan lelaki sebaya dengannya. Lalu, bapa ni pon belek kitab Fekah dn teliti ttg syarat sah nikah dn prkara2 yang berkaitannya.

Satu hari, anak tu pulang dr sekolah dgn galas beg skolah. Tangannya sebelah pgg aiskrim dn sebelah lg menggenggam gula-gula kegemarannya. Di wajahnye, ade hingus yang meleleh. Bapa tadi menunggu kat tangga rumah dengan seorang lelaki dewasa. 

"Ha, kamu naik rumah tukar baju lain. Lepas salin baju, kamu ikut lelaki ni. Dia sekarang suami kamu."
Ha, amek kau. Mak yang dgr dari dapur lantas terkejut dn terus menerpa ke arah suaminya. Tapi suaminya xendahkan lagi, katanya nikah ni sah sbb ayah berhak mengahwinkan anak gadisnye walaupon tanpa prsetujuan ibu dan anak itu sndri.

Huh, kalo situasi ni berlaku. Sy yakin la satu dunia akan bangkit lawan ayah budak ni tadi. Mmg perkahwinan itu sah disisi Islam. Tapi protes besar-besaran mungkin akan terjadi atas sbb nak bela hak kanak-kanak tadi kan. Bukan kite je, orang agama lain, bangsa lain pon mungkin jugak akan mmbantah. Ni sebuah lagi contoh yang tunjukkan perkara yang sah dilakukan tapi menimbulkan masalah dn fitnah dalam perlaksanaan hukum tuh.



Jadi. Wahai sahabat-sahabatku sekalian.
Kite nak yang kukuh kan, pertunangan yang kuat, yang xmudah rapuh dan musnah.

Kalo antum pilih cara pertunangan yang simple, just guna SMS, antum boleh x bayangkan betapa rapuhnya ikatan pertunangan antum tu?

****Bayangkan situasi nih :
"Saya suka dan sayangkan awak la. Saya rasa macam nak kawin dengan awak." SMS seorg lelaki.
"Saya pon suka awak. Dan saya rasa sy mmg nak jadi isteri awak." Balas si gadis.
"Kalo cmni, kire macam kite dh brtunang. Awak jangan terima lelaki lain tau." Pinta si lelaki.
"Jumpalah mak ayah sy dlu, baru betul kite bertunang." Jawab si gadis.
"Ustaz sy kate, bertunang ni bile teruna dan dara berjanji untuk bernikah." kata si lelaki.
"Abestu, apa beza bertunang dan bercouple macam kite sekarang." soal si gadis.
"Alaa, awak ni. Jumpa mak ayah tu tradisional. Skrg ni dh xyah gune cincin, SMS jelah." bantah lelaki.
"Hmm, kalo cmtu, kite putus tunang ajelah skrg.." kata si gadis.

Ha, mudah je kan. Sbb mulanya pertunangn ini mmg dh rapuh, tak smpai lima minit pon dah boleh putus. Yang tinggal hanya hati dn perasaan yang sedih menanggung kecewa. Mcm nilah keputusannya. Jika Islam yang diambil mudah untuk kemudahan persendirian, maka akan jadi rumit dn makin susah la.

Ikatan bertunang yang sepatutnye teguh dengan komitmen keluarga, akan jadi rapuh dan bagaikan permainan lidah je kan..? Antum setuju x?



Seboleh-bolehnya, raikan adat selari dengan syariat Islam. Adat merisik, meminang ni sbenarnye indah. Kite nak tunjuk betapa mahal dan berharganya seorg wanita dalam sebuah keluarga.

Yusuf Al-Qaradhawi kate : "Pernikahan yang baik itu ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua belah pihak. Mahupun dari keluarga, undang-undang dan adat."

Ha, kesimpulannya. Sahabat-sahabat sekalian, janganlah ambil mudah je perkara yang berkaitan pertunangan dan pernikahan nih tau. Mudah-mudahan antum fahamla ape yang sy cube nak sampaikan. Jangan kite sempitkan yang halal dan meluaskan yang haram. Insha Allah, bercintalah antum sebaiknya. Jangan sampai melupakan Allah dan memperlekehkan Islam je sudahla.. :)

As Salam.

#Pakai cincin ni sbenarnye ade byk maksud.
Antaranya, mmbezakan antara wanita yang dah bertunang ataupon belom.
Jadi, hati-hati ya wahai lelaki. Jangan lupe, kaco tunang orang len tu hukumnya haram.

1 comment:

Ad-Dien said...

yang rajihnya mengikut mutaqadimun, perlu ada wali.. :)