Thursday, January 05, 2012

Updated, with lots of LOVE..

Assalamualaikum sume..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Alhamdulillah again and again..
Subhanallah, dalam kesibukan ni tbe-tbe je tahun 2012 dah bermula..
Dan dalam kelekaan urusan duniawi, tahun 2011 dah tinggalkan sy dn antum..

2011. Ade macam-macam kenangan. Insha Allah.
Seronok, sedih, gembira, duka, bahagia, kecewa, bangga dan sebagainya.
Banyak pengajaran yg sy dapat, dan banyak jugak yg dh dikongsikan dengan antum.
Ramai kenalan yang hebat dan sy mengenali usrah yang terbaru.
Alhamdulillah sekali lagi.

Tahun lepas, 2011 jugak dah mnjadikan sy seorang student universiti. Alhamdulillah. Dn secara tak langsung jugak sy dah belajar untuk idup dalam suasana universiti. Yang utama, berdikari jauh dari keluarga. Dan menahan nafsu untuk terus bersama kawan-kawan yang sukakan hiburan. Hati, dekatlah dengan kebenaran dan kebaikan. Bertahan ya..!


Perkara yang wat sy nangis, mestilah banyak. Dari urusan hati, smpailah kepada urusan persahabatan. Macam-macam dh sy lalui. Indahkan care Allah ajar kite. Sy dan antum, same-same belajar dengan aturan dan ketetapan Allah. Bersyukurlah antum andai ade iktibar yang antum dapat ambil dr segala yang terjadi dalam 2011.

And the most valuable thing, PLKN. Huh, rindu sangat-sangat. Nilam Ehsan, Bidor, Perak. Tempat sy mengenal idup dengan bangsa yang berlainan, dengan ragam pelajar yang tiada latar belakang agama yang asas. Segalanya indah belaka. Hebatnya Allah. Terima kasih dengan pengalaman yang cukup hebat dan sangat berharga ni. Jurulatih yang sampai sekarang masih berhubung dengan sy. Kawan-kawan yg smpai skrg masih dalam hati sy. Semestinya, kenangan bersama yang xkan dapat dilupakan.

Insha Allah.

Secondly, dapat masuk UiTM. Xdelah hebat mane, tapi cukupla untuk melegakan hati. At least xdelah sy terpakse ke matrik atau Form 6. Dapat laptop baru, henset baru, baju baru. Wah3, banyaknye. Mama dan abah, thank you sebab banyak laburkan duit antum untuk anak antum yg ntah pape ni. Insha Allah, akan ade kebahagiaan buat antum nanti. Result first semester yang agak memuaskan, Alhamdulillah.

Dan untuk Undang-Undang yang dikasihi, sy dah mula mencintai awak selalu.
Jadi jangan hampakan sy eh, sy nak jejak kaki kat Fakulti Undang-Undang akhir tahun 2012 nanti.
Dan cik MUET, sy harap awk baik-baik selalu. Insha Allah.



Ok, ni kpd blog yang tersayang. Jangan wat banyak hal eh, stakat nih blog dh banyak bg sy kenalan-kenalan dr seluruh dunia. Alhamdulillah, yang sefikrah dengan sy. Syukran utk sea_lavender, kenalan terbaru. Dan yang lain-lain, sy sygkan antunna kerana Allah. Insha Allah.

Kepada sume yang membaca, sy nak mohon satu bnde kt antum. Lepas antum habes bace smpai cni, antum doakan kesejahteraan dan kejayaan sy ea, dunia dan akhirat. Begitu jugak ketenangan kepada hati ibu bapa sy. Dan akhir skali kpd seluruh umat Islam yang masih idup atau dah meninggal dunia. Atas doa-doa antum, terima kasih banyak-banyak ya..

:)

Maaf agak messy.. Sebab kelam-kabot jugak ni.
Masa dah takde mase nak tunggu kite..

As Salam.

1 comment:

Ad-Dien said...

Salam ziarah dari WADi,blog anda kemas..jemput WADi untuk menambah ilmu, mengambil dan menyebarkannya kepada semua, insyaAllah :)

mendoakan kesejahteraan dan rahmat Allah buatmu, amin