Monday, February 13, 2012

Bicara Singkat. Pengubat rindu Sang Pencari Ilmu.

Assalamualaikum sume :)

Lamenye kite tak jumpa kan..?
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.
Alhamdulillah ala kulli hal. Wa Astaghfirullah Ya Rabb.

Apa khabar antum semua?
Insha Allah, mudah-mudahan semuanya dalam keredhaan dan rahmat Allah.
Tuhanku dan Tuhanmu jua.

First of all. Maafkan sy sebab dh lame sangat tak update blog tersayang nih. Bukan lupa. Bukan juga tak mahu. Tapi masa amat membataskan. Terkesima dengan kata-kata seorang sahabat, masa itu sentiasa ada Hidayah, cume keputusan itu di hati, sama ada awak nak atau tak nak! Aduhh..!

Mungkin benar jugak kata-kata sahabat tu. Allah beri 24 jam sehari, Allah tahu masa tu cukup untuk kite lakukan semua yang perlu. Tapi kecuaian saya dlm membahagikan masa sebaiknye, telah membuatkan usaha dakwah ni tergendala sementara. 

Insha Allah. Saya akan cube jugak cari masa utk menulis dn terus menulis. Untuk antum, kerana Allah.

:)

Hari ni, 13 Februari 2012. Esok 14 Februari.
Antum tahu ada ape dengan esok. Jadi sy mengumumkan esok adalah hari Selasa.
Tiada yang istimewa pd 14 Februari, harap-harap begitu jugalah dengan antum.

*** Hanya 2 minggu lagi sebelum sy melangkah ke study week for my final examination.
Allah, permudahkanlah segalanya, hanya Engkau yang Maha Mengetahui kemampuan hamba.
Mohon doa dari antum yang sudi membaca blog ni yeh. Insha Allah, kebaikan akan sentiasa bersama antum.


Mesti antum tertanya-tanya, kenapa pulak sy letak gambar nih. Ha, setiap gambar ni pasti ada kisahnya. Knowledge is never a waste. Means that, ilmu ni xkan pernah sesekali jadi pembaziran. Apa-apa ilmu sekalipun, hatta ilmu hitam. Tapi bergantung jugak kepada pengamalannya. Ilmu hitam tu kite boleh belajar mengenainya, tapi jangan pulak kite amalkan. Sebab, ilmu hitam jugak ilmu yang datang daripada Allah.

Sabtu dan Ahad lepas, sy menghadiri kursus kahwin kat UiTM ni. Tak ramai yang datang, lebih kurang 61 orang je. Sy ade dengar desas-desus yang kate cmni : "Watpelah nak gi kursus kahwin ni awal-awal, korang bukannye nak kawin lagi. Membazir duit, membazir mase jer.."

Huh, Subhanallah sedapnye mulut berkata-kata. Sume tu ilmu, xde satu pon yang sy kire sebagai membazir. Bukannya yang pergi kursus kahwin ni dah nak kahwin. Tapi atas niat untuk menimba ilmu. Lagipon apa yang kami belajar time kursus kahwin ni, sumenye dah belajar mase form 5 dlu dalam subjek Pengajian Syariah Islamiah. Jadi, ni sebagai revision jelah.

Cume tambahannya, dapat sijil pra-perkahwinan yang boleh digunakan masa nak kahwin nnt. Ha, kan senang tu. Xyah nak pk2 lagi dah. Esok luse kalo Allah dan smpaikan jodoh kami, kami dah boleh kahwin dan dah ada serba sikit ilmu tentang alam rumahtangga. Tak yah nak amik cuti kerja, xyah nak sibuk-sibuk gi kursus ni time sambung belajar nanti. Huhu.

Banyak ilmu yang sy dapat dr kursus ni. Segalanya berguna. Dapat tahu macam-macam sunnah Rasulullah sebagai suami terbaik. Kisah poligami, sesuatu yang diharuskan dalam Islam tapi tak digalakkan. Kisah cemburu Saidatina Aisyah, kisah kanak-kanak permaisuri di hati Nabi nih. Indahnya hidup mereka berdua, terasa nak sangat jumpa dengan Si Humaira' nih.

Best sangat, kesimpulannya.

:D



Maaf dan berbayak-banyak maaf ye. Banyak lagi yang sy nak kongsikan dengan antum. Tapi masa tak mengizinkan. Sy janji, Insha Allah. Lepas abes final exam, bulan April nnt setiap hari sy akan tulis kisah menarik dalam blog ni. 

Kesian bile ramai akhawat tanye, kenapa blog sy dah lame xupdate. Bukan tak nak, tapi kewajipan menuntut ilmu, harapan mama dan abah, lebih utama dan perlu sy utamakan dahulu. Jangan amik hati yeh. Sy tak pernah lupe nak update blog ni. Mungkin Allah tak izinkan untuk sy membuang masa yang diperlukan untuk ibadah yang lebih utama.

Antum jaga diri ye.
Jaga iman dan jaga peribadi.
Tetapkan Rasulullah sebagai pujaan.
Letakkan Allah sebagai matlamat abadi.
Insha Allah, kejayaan dan kebahagiaan bersama antum.

As Salam.

No comments: