Sunday, February 19, 2012

Sahabat yang kusayang..

Assalamualaikum sume. :)

Alhamdulillah, pagi yang indah sgt arini. Hujan dr malam td dh mule renyai-renyai.
Suke sangat suasana camni, tenang dn nyaman. Heheh.

Semalam, ada sorang sahabiah ni minta sy berceloteh siket kat dalam blog. Dia kate, die ade masalah. Masalah cinta. Puas dah die mengadu pd sahabat lain minta pertolongan, tapi sumenye bagaikan sia-sia. Bukan sahabat lain xnak bantu, tapi dorg bg nasehat yang mungkin xbrape nak kene dengan hati muslimah solehah ni. Insha Allah.

Sy mulekan tulisan kali ni dengan menegaskan satu ayat yang Insha Allah boleh menguatkan hati antum. 
"Tak ada sesuatu pon dalam dunia ni yang boleh buat antum bersedih dan menangis selagi ada Allah di sisi antum. Dan sesungguhnya, Allah tu sentiasa bersama antum, Allah xkan pernah tinggalkan antum sndirian."

Bile antum bercinta dengan manusia, perkara pertama yang antum kene ingat ialah antum dah meletakkan diri antum dalam satu keadaan yang antum akan dilukai bila-bila mase je. Tapi tu bukan alasan agar antum tak bercinta. Cuma sy nak gtau nilah risikonya. Yelah, tak de satu manusia pon yang sempurna kan. Hati kite pulak lembut, senang sangat terasa. 


Allah dah tahu hati kite lembut, mudah terasa, mudah terluka, jadi Allah sendri dah bg kite care untuk cari kekuatan melaluiNya. Allah pesan, berdoalah banyak-banyak. Allah pasti akan tunaikan permintaan kite. Jangan meminta pd sahabat lain, jangan meminta pd teman istimewa, jangan mengadu pada alam maya, tapi sujudlah, berdoalah pada Allah. Rasulullah yang mulia pon masih sujud dan banyak meminta pd Allah. Apatah lagi kite, manusia yang lemah.

Lepas doa, nak watpe lg Hidayah..?
Patut ke sy berhenti bercinta..?

My personal opinion. Wajar sgt la kalo nak berhenti bercinta tu. Sebab, general rule, cinta adalah membahagiakan. Tapi sekali dah cinta tu melukakan kite, janganlah tunggu sampai kali kedua cinta tu melukakan kite. Cinta yang baik, adalah cinta yang membawa kite kepada Allah. Bawak kite kepada syurga. Bahagia kan.

Tapi boleh je kalo awak nak tros stay dengan kekasih awk. Tapi ingat, Allah jugak ade hak pada hati awak. Cinta awak pd Allah mcm mane..? Sekuat cinta awak pd kekasih awak jugak ke..? Ha, soal banyak-banyak kali dalam diri awak. Mane tahap cinta awak pd Allah. Kalo awak dan berjaya raih kemanisan bercinta dengan Allah, maka sebenarnye cinta manusia ni dah xperlu bg awak. Betul.



Sy pernah berkawan dengan seorang Ukhti ni. Die mmg xde perasaan nak bercinta, berkasih dengan makhluk. Yang ada dalam hatinya, hanya Allah dan ibu ayah die. Bukan nak kate die ni xnormal ke ape. Tapi tu hakikatnye. Waktu yang die ade dalam idupnye, selain digunakan untuk belajar, die serahkan segalanya pd Allah.

Segala majlis ilmu pasti akan dihadiri selagi mampu. Setiap anggota badannya digunakan untuk mendapat ganjaran pahala dan kebaikan. Setiap butir bicaranya adalah sedekah perkataan yang baik. Setiap penglihatan dan pendengarannya hanya dapat merasai kebesaran dan keagungan Allah. Sungguh indah peribadi Ukhti ni.

Bila ditanya tentang cinta. Ukhti ni sentiasa tersenyum. Katanya, pasti ada lelaki yang akan hadir dalam hatinya, tapi biarlah Allah yang menentukan siapa lelaki tu. Ukhti ni mahu jodoh drpd Allah. Semestinya yang terbaik untuknya kan. Subhanallah, baik sangat-sangat. Kadang-kadang, sy muhasabah diri, bile la sy boleh jd mcm Ukhti ni.

Yang paling sy xleh lupe, die sentuh lembut pipi sy. Die usap dengan penuh kasih. Perlahan die bisikkan kalimah-kalimah yang cukup indah.

"Hidayah, Allah cinta pada enti. Allah sangat kasihkan enti, begitu juga ibu bapa enti. Banyak harapan yang enti harus tunaikan. Enti muslimah hebat, enti kene usaha hebatkan lagi diri enti dan sahabat-sahabat lain. Cinta tu fitrah, tapi jangan lalaikan diri dengan cinta manusia. Letakkan satu tempat dalam hati enti untuk Allah. Ana doakan agar enti mendapat suami yang juga cintanya kpd enti kerana Allah. "

:D

As Salam.

No comments: