Saturday, May 05, 2012

Istimewanya Sedekah Sebiji Delima..



Bismillah wa Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang mengizinkan sy idup dan terus menulis di sini. Apa khabar iman antum semua..? Kaif halak..? Semoga antum semua sihat dan berbahagia selalu di bawah lembayung rahmat Ilahi yang dicintai sepenuh hati. :)

Semalam, sy buka e-mail yang dah berhabuk. Sy tertarik pada satu nama yang sy memang tak kenal siapa tuan punyanye. Tapi takpe, ini bukan pertama kali. (chewahhh, haha). Menarik sangat isi dalam e-mail tu, banyak soalan yang ditanya. (and itu buat sy rase sy ni macam ustazah pulak dah..) tapi takpe, ustazah bukan orang jahat kan. So, let me be ustazah..!

One new e-mail from "Restuilah aku wahai Tuhan" (very nice name, actually nice doa')

Salam sayang buat adinda Hidayah. Maaf kerana ganggu masa adinda belajar dan beribadah. Ana cume hendakkan sedikit pencerahan dr adinda mengenai tajuk SEDEKAH. Sebab, ana mnjadi ahli panel untuk salah satu forum di Kolej. Kalau adinda xmampu bagi yang terbaik dan lengkap krn kekangan masa, ana hanya perlukan sikit pendapat adinda mengenai tajuk ini. Syukran ala kulli hal, wa aasif jiddan. :)

Ha, ni betol-betol copy paste dr kotak e-mail sy. Ringkas je kan, tapi harapannye tinggi sekali. Baiklah, sy hanya jawab dengan jawapan yang jugak amat ringkas. Hehe.

Salam sayang kembali buat enti yang sangat dimuliakan. Ana mohon enti dapatkan penjelasan di blog ana, http://nuralhadi.blogspot.com . Syukran.

****Bukan ape, tapi mudah-mudahan ini jadi ilmu buat orang lain juga. :D
Insha Allah.


Alhamdulillah, setiap soalan pasti ada jawapannye. Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Sy agak buntu nak jawab ape untuk soalan ukti tadi. Sementara tunggu idea datang, sy pon buke television dan menonton dengan semangatnye. (Maklumlah, astro kan buke sume siarannye sebanyak 130 channel smpai 6 Mei) Haha, memang layan abes la.

Dan Allah Maha Tahu. Tiba-tiba sy buke TV9, (selama ni TV9 hanya untuk citer Upin dan Ipin jek), ade rancangan Tanyalah Ustazah dan sangat menyeronokkan bile tajuk perbincangan smalam adalah mengenai SEDEKAH TANPA HARTA. Wah, mmg melekat trosla kt depan tv. Rase macam nak call je ukti td, ajak tengok same-same tapi sayang, takde la plak nombor ensetnye. :(

Sy amat tertarik dengan satu kisah yang Ustazah Hafizah ceritakan. Kadang-kadang, pahala sedekah kite ni boleh rosak selepas 20 tahun akan datang. Maksudnye, time kite kuarkan sedekah harini pahala kite masih sempurna, tapi pahala tu akan rosak pada masa akan datang. Kisah ni dikaitkan dengan susahnya nak ikhlas dalam bersedekah.

** Contoh : Harini sy sedekahkan RM 30 ribu untuk pembinaan sebuah masjid. Dan untuk pelihara niat ikhlas sy, sy rahsiakan segalanya dr semua orang. Bahkan jemaah masjid pon tak tahu sy sedekahkan sebanyak itu untuk pembinaan masjid yang baru. Selepas 15 tahun, masjid itu telah cantik dan siap dibina. Satu hari, sy ke masjid itu untuk solat Jumaat. Dan ada jemaah baru yang tanya :

" Cantiknye masjid nih, halamannye luas, mesti mahal kos binaannya. Siapa la agaknya yang sumbangkan duit untuk buat masjid besar dan selesa nih..?"

Dan sy disebelahnye pon lupe, dan cakap : " Ehem, akulah yang sedekah dlu, RM 30 ribu je."

Wah, dan pada mase tu la pahala sedekah sy 15 tahun yang lepas dh rosak. Sebab sy dah riak dengan masjid yang cantik ni. Rugi sangat kan, sia-sia je semua tu. Jadi, dapat saya ringkaskan, niat yang ikhlas kerana Allah sangat-sangat penting dalam melaksanakan amalan sedekah. Bukan ape, sedekah ni penting sebab pahala sedekah ni adalah antara satu dari 3 pahala yang akan mengalir mase di Alam Barzakh nanti.



Sahabat Nabi yang paling banyak bersedekah ialah Saidina Uthman bin Affan. Sebagaimana yang kite semua tahu, Saidina Uthman ni pada zaman Nabi dulu adalah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Tapi kekayaan itu semuanya disedekahkan ke jalan Allah. Ini semua dilakukannye dengan ikhlas sebab Saidina Uthman pernah mendengar sabda Nabi yang disampaikan oleh salah seorang dari isteri Nabi yang mengatakan bahawa, orang yang paling banyak sedekahnya di jalan Allah, akan masuk syurga dalam keadaan berlari. Masha Allah.

Subhanallah, takkanlah kite nak tolak peluang ni. Rezeki yang Allah bg pd kite tersangatlah banyak, takkan luak rezeki kite tu kalo kite sedekahkan sikit kepada insan yang memerlukan. Ini janji Rasulullah kepada kite, dan Rasulullah pernah bersumpah untuk hal ini. Saat orang lain merangkak masuk ke syurga nanti, kite dapat masuk syurga dengan berlari. Alangkah indahnya, Insha Allah.

Isteri Nabi yang paling banyak bersedekah selain Saidatina Aisyah pula ialah Saidatina Zainab. Buktinya, Nabi sendiri menggelarkan Saidatina Zainab dengan gelaran 'si tangan panjang'. Bukan bermakna suke mencuri, tapi suke bersedekah. Tangannya la yang paling awal memberi pertolongan kepada insan yang memerlukan. Saidatina Zainab selalu mengambil upah menenun, samak kulit binatang, dan wang itulah yang digunakannya semata-mata untuk beri sedekah kepada orang lain.

Dan ada satu kisah lain yang menceritakan bahawa Saidina Uthman bin Affan juga pernah dipanggil bertemu dengan Rasulullah. Tapi ketika itu, Saidina Uthman lewat sampai untuk bertemu dengan Rasulullah. Lalu, Nabi bertanya kepadanya, mengapa dia lewat hadir. Saidina Uthman menjawab, dia sibuk mengira harta-hartnya. Tapi bukan untuk dirinya, dia mengira harta-hartanya untuk disedekahkan kepada seluruh janda di Madinah Al-Munawwarah. Mulianya akhlak sahabat Nabi ini..!



Ha, itulah sedikit daripada perkongsian yang dapat saya catatkan dalam blog kali ni. Alhamdulillah, sy akan menceritakan satu kisah terakhir sebagai semangat untuk sy dan antum supaya lepas ni kite akan terus meringankan tangan untuk memberi sedekah. Ingat. Tangan yang diatas lebih baik dr yang dibawah. Memberi itu lebih bahagia daripada menerima.

Saidina Ali adalah suami kepada puteri kesayangan Nabi, Fatimah. Pada suatu hari, Fatimah sakit.  Fatimah dengan niat ingin bermanja-manja dengan suaminya, meminta Ali membelikan buah delima untuk dirinya. Ali pon kuar mencari buah delima yang mahal. Disebabkan tak ada duit, maka Ali meminjam 1 dirham dari rakannya dan akhirnya Ali dapat membeli sebiji delima untuk isteri yang sangat dicintainya, Fatimah.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Ali terjumpa dengan seorang miskin yang meminta sedikit delima untuk mengalas perutnya yang sudah beberapa hari tak makan. Ali tanpa berfikir panjang, terus membelah delima yang khas buat isterinya tadi untuk diberikan sebahagiannya kepada si miskin yang meminta. Ali ingat pesan Nabi, jangan menghina orang yang meminta-minta. Dengan kuasa Allah, tanpa pengetahuan Ali, Fatimah telah sembuh sementara menanti kepulangan Ali. Subhanallah.

Apabila Ali sampai di rumah, Fatimah langsung tidak merajuk dan marah kepada suaminya krn bersedekah buah delima yang dia benar-benar inginkan. Malah ketika itu juga, datang seseorang dengan membawa sebuah dulang yang bertutup. Di dalamnya ada 9 biji buah delima. Ali teringat janji Allah bahawa setiap satu kebajikan akan dibalas dengan 10 yang serupa. Maka Ali bertanya, mana satu lagi buah delima kepada pemuda tadi. Lalu pemuda itu tersenyum dan mengeluarkan sebiji lagi delima yang telah disembunyikannya. 

Nampak kan, Allah terus balas kebaikannya dengan 10 kali ganda. Masha Allah.
Apa lagi, jomlah kite bersedekah kawan-kawan..!
Kite masuk syurga berlari tau..!

Wassalam.

2 comments:

husaini rafi said...

perkongsian yang sangat menarik...semoga ALLAH Redha kita semua...n_n

nur_alhadi said...

syukran sbb sudi mmbace.. :)