Tuesday, June 19, 2012

Andai Rasulullah Melihat Kita BerFacebook..



Bismillah dan Alhamdulillah.
Berbanyak puji-pujian dihadiahkan kepada Allah, Kekasih Utama.
Berbanyak selawat dan salam rindu dihadiahkan kepada Rasulullah, Kekasih Kedua.

:)

Sedang membaca catatan lama sewaktu rancak berusrah satu ketika dahulu. Wah, banyak sangat ilmu yang sebenarnye sy dah dapat. Tapi kenapa rasa macam tak tahu pon lagi. Hmm, mungkin sebab terlupa. Atau ingat, tapi tak amalkan ilmu tu. Huh, bahaya ni. 

Ada satu nota yang menarik hati. Usrah tahun 2010. Bersama Ukhti Aisyah yang disayangi kerana Allah. Usrah ni diadakan dalam sekolah, jadi faham-faham ajelah mood students mse tu. Bile sebut usrah, macam-macam godaan syaitan datang. Rasa malas nak pegi, rasa mengantuk, kadang-kadang, tetibe je rase demam. Hahaha, zaman sekolah. :)

Tajuk usrah yang sy rase macam nak sangat kongsi dengan antum arini ialah : Andai Rasulullah Melihat Kita BerFacebook. Betul dan sy percaya. Facebook ada banyak kebaikan dan tak kurang jugak keburukannya. Sume benda pon macam tu. Ada pelbagai pro and cons. Terpulang pada diri kite nak pilih berada dalam kumpulan yang mana satu.

Contohnye. Letak diri antum dalam situasi ni. Andai Rasulullah masih ada di muka bumi ni. Dan bayangkan Baginda pon ada Facebook. Apa perasaan Baginda melihat gambar-gambar Muslimah dalam Facebook. Sedangkan Baginda adalah insan yang sangat berjasa mengangkat martabat wanita yang dulunya dipijak-pijak. Tapi wanita zaman sekarang, senang-senang je menjatuhkan sendiri maruah mereka yang sangat berharga.

Ada yang faham, tahniah sy ucapkan. Menjadi wanita yang berniqab (berpurdah), bertudung labuh, berpakaian lengkap menutup aurat. Macam mana sy tahu? Ok, sebab die upload gambar dalam Facebook die. Kalau sy boleh tahu, lelaki jugak boleh tahu. Hmm. Bab pakaian dah ok. Tapi bile stalk profile die, wall die, nampak komen-komen si die dengan ramai lelaki ajnabi. Hancusss.

Tilik pulak diri kite sendiri. Andai kite seorang Muslimah. Ade ke gambar kite yang terlalu banyak dan keterlaluan kat Facebook? Kalau takde, Alhamdulillah. Tapi ade tak komen-komen kite dengan lelaki yang ntah siapa? Tak salah nak berkenalan dan beramah-mesra, tapi tak manis la kalau bakal suami antunna 'si soleh' itu memandang hubungan terbuka antunna di laman maya. Kan?



Sama jugak kalau antum seorang Muslim. Gambar-gambar yang antum upload memang tak menyebabkan fitnah macam wanita. Tapi berhati-hatilah, janganlah sampai nak tayang body (walaupon bukan aurat). Cube bayangkan kalau ade 'si solehah' yang merisik antum melalui Facebook, suke ke 'si solehah' tu tengok gambar antum macam tu. Hmm, masing-masing tahu fikir kan. Jage hubungan walaupon sekadar nak berbalas komen. Pastikan benar-benar penting dan perlu. Chatting pon, biarlah perkara yang mustahak je. Jangan berlebih-lebihan. :)

***Ini juga ingatan buat diri sy sendiri***

Ada jugak yang buat Facebook ni macam diari. Ish, malunya sy bile sume orang tahu pasal kehidupan seharian kite. Macam takde privasi langsung. Tak best la kalau sume bende nak bagi tahu orang lain kan. Lagipon ade bermacam-macam ragam manusia kat dalam Facebook ni. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang gatal, ada yang sopan. Nauzubillah, mintak jauh la perkara-perkara buruk.

"Facebook aku, ikut suke aku la nak update status ape pon. Nak upload gambar dengan pakwe aku ke, lantak akulah. Yang kau sibuk nak bagi nasihat ni kenapa? Aku bukan anak kau pon."

Amboi, sedapnye bahasa dia. Ini yang sy baca dari status seorang teman bila dinasihati oleh teman-teman yang lain. Tersentak. Makan dalam kot. Hehe. Tapi dia lupe, bahawa setiap mata yang melihat gambar dia dengan pakwe die berpegangan tangan, berpeluk-pelukan dan macam-macam adegan selayaknya suami isteri lakukan, mata-mata yang melihat nilah yang akan jadi saksi pendakwaan dosa die di mahkamah Allah nanti. Masa tu, alasan 'merah' die tu dah tak sah, tak valid lagi.

Bila syaitan dah mula hias segala maksiat, maka yang buruk pon akan jadi baik di mata kita. Betul kan. Jadi, berjaga-jagalah dengan syaitan laknatullah ni. Sy sayang antum, dan kite kene saling mengingatkan antara satu sama lain. Jangan berhenti, jangan bina macam-macam alasan. Allah sayang kite, Allah tak nak kite masuk neraka. Tapi Allah Maha Pembalas.


Hmm, yang ni agak mendalam sikit. Antum ada kawan yang berniqab? Kawan-kawan solehah antum tu ade Facebook tak? Banyak tak gambar mereka dalam Facebook? Ok, pesan sy untuk Muslimah. Jangan jadikan alasan antunna dah lengkap menutup aurat sebagai lesen untuk antunna letak gambar sebanyak-banyaknye kat dalam Facebook tu. Lagi-lagi bagi antunna yang berniqab. Antunna jadi model agama yang indah.

Janganlah close up sangat sampai nampak anak mata tu. Huhu, mata tu kan salah satu anggota yang indah, boleh timbulkan fitnah. Tak payah nak berbangga sangat dengan mata antunna yang cantik tu. Bila rasa nak upload gambar banyak-banyak dalam Facebook, cube bayangkan andai Rasulullah tengok Facebook kite. Agak-agak, Baginda seronok ke tengok wajah kite terpampang dengan murahnye. 

Jadi, tutup tab blog sy ni. Buke tab Facebook antum. Log in dan terus pegi ke profile antum. Hmm, buanglah mana-mana yang antum rasa tak patut. Delete la segala yang menyebabkan fitnah terbit. Hiasi wall antum dengan hadis-hadis sahih sebagai panduan, isu-isu semasa yang membantu, dan macam-macam jenis ilmu lagi antum boleh kongsikan. :)

Wassalam.

4 comments:

shafiqah said...

assalam.. minta izin untuk share ye..

shikin termizi said...

Assalamulaikum , ya ukhti , saya seronok baca blog ukhti , saya banyak dapat pengjaran , semoga ukhti teruskan niat untuk berkongsi ilmu , semoga Allah permudahkan , InshaAllah Aminn

SHIDA PINKQUEEN said...

Assalammualaikum ukhti, sya minta izin utk berkongsi pengisian usrah ya. Syukran ya ukhti. Aasif

Cikk Ieyka said...

Assalamualakum ukhti, saya nak mnta izin untuk share dgn ahli group usrah saya. Terima kasih