Friday, June 01, 2012

Bertudung Labuh, nak tips tak..?




Salam sayang buat semua pembaca. Ha, idea dah datang ni tros sy buke lappy. :)
Hari ni, hari Jumaat yang mulia. Tambahan lagi, Jumaat dalam bulan Rejab yang mulia.
Ada satu perkongsian (tak tahu lah menarik atau tak buat antum), tapi terimalah seadanya.
Kalau tak berguna buat antum, mungkin berguna buat orang-orang yang dahagakan sedikit nasihat.
Insha Allah.

Disebabkan sy tengok profile picture sahabat-sahabat kat Facebook ramai dah berubah, dan sy jugak ade membazirkan sedikit masa untuk men'stalk' Facebook sahabat yang dikasihi, dan Alhamdulillah, Allah campakkan rasa bahagia dan sangat gembira ke dalam hati sy bile sy tgok ramai sahabiah yang dah berhijrah untuk menutup aurat dengan sempurna.


Ok, hari ni sy diminta oleh seorang akhawat yang baru je dikenali dalam Facebook untuk menyampaikan sedikit tips untuk antum yang berminat nak tahu. Tips ni sangat berguna untuk muslimah yang sedang berganjak menjadi muslimah terbaik dan untuk para muslimin yang ingin mnjadi pembimbing kepada muslimah-muslimah antum ** maksud sy ibu antum, adik perempuan antum and of course la wife antum perempuan kan. :P

Tips yang sy nak kongsi arini adalah tips awal sebelum bertudung labuh. Ha, cubelah antum bace dlu. Ok.

1. Bagi muslimah yang baru nak mula berjinak-jinak dengan tudung labuh, sy sarankan agar antunna semua mulakan dengan membiasakan diri memakai stokin atau sarung kaki terlebih dlu. Sbb, kaki ni antara aurat yang selalu kite abaikan. Tak wajib pon pakai stokin tu kalau antunna boleh sentiasa lindung kaki antunna dari dilihat lelaki ajnabi.

2. Untuk menguatkan iman antunna, supaya antunna lebih bersemangat dan tabah dengan personaliti anggun muslimah yang lengkap menutup aurat, elok sangat kalau antunna cari usrah atau sahabat-sahabat yang turut sama sefikrah dengan antunna. Bukan apa, mase nilah syaitan nak ganggu minda antunna dengan fesyen-fesyen terbaru yang tak cukup syarat.

3. Kesinambungan dari tips kedua tu, antunna boleh jugak merajinkan kaki antunna yang bakal melangkah ke syurga tu (Insha Allah, bersama-sama) untuk pergi ke majlis-majlis ilmu. Tak perlu hari-hari, seminggu sekali pon orait dah. Tak pon, antunna boleh tonton dr Youtube, Facebook pon ade yang wat usrah kecil-kecil, dan ceramah ustazah, ustaz kat televisyen. Ni sume untuk antum menambah ilmu dalam dada antum. Ilmu kan jambatan iman. :)

4. Ha, antunna dah mula bertudung labuh, hmm, personaliti sebagai 'ustazah' ni berat sikit tanggungjawabnye. Antunna akan jadi role model pada kawan-kawan antunna. Bahasa lainnye, antunna akan jd model dakwah dengan tak sengaja. Orang akan hormat antunna, seperti janji Allah. Maka, antunna bersungguh-sungguhlah dalam beribadah. Baiki mana yang silap, betulkan mana yang tak betul. Rujuk ustazah, buku, kitab agama. Insha Allah.

5. Banyakkan baca Al-Quran supaya antunna tenang dalam menghadapi apa-apa dugaan yang bakal melanda. Kalau boleh, antunna bawaklah senaskah tafsir Al-Quran mini bersama antunna ke mana-mana je.

6. Bila antunna dah mula kuat untuk teruskan niat berhijrah menutup aurat dengan lebih sempurna, maka niatkan segalanya kerana Allah, bukan sebab-sebab yang lain. Mulakan dengan baju muslimah yang sekarang ni senang dibeli, pastikan peha antunna terlindung dengan seluar yang longgar. Sy yakin antunna pandai memilih yang mana mengikut syariat dan yang tak layak antunna pakai.

7. Kemudian, antunna mula sikit-sikit dengan memakai tudung bidang 50. Bagi yang bertubuh kecil, tudung ni dah labuh buat antunna. Bagi yang tinggi dan bertubuh agak tembam, maka bidang 60 sesuai sangat dengan antunna. Pilih mengikut kesesuaian. Kalau antunna rasa boleh dipinkan silang, teruskanlah. Kalau antunna rasa pin silang tak boleh tutup bahagian dada, janganlah pin silang. Pin secara lurus, atau rocket style..

8. Antunna perlu bersedia, mungkin antunna akan rase sedikit panas sebab antunna belom biasa lagi. Nanti dan biasa, antunna akan rase selesa dan selamat. Insha Allah. Tudung Turki dan Mesir lebih sejuk rasanya buat sy. Terpulang pd antunna. Tudung ni kene gune pin la kan. Kalau nak cube yang lebih senang, tudung labuh yang bulat tu. Ha, sarung je kan. Tapi ingat, jangan terlalu drastik. Perlahan-lahan sje. :)

9. Antunna sekarang berpakaian sebagai bakal ahli-ahli syurga. Insha Allah, jadi akhlaknye mastilah baik seiring dengan penampilan antunna yang anggun berseri. Bila antunna dah biasa, bolehlah tukarkan pemakaian seluar kepada kain. Tak salah baju muslimah digayakan dengan kain. Lebih manis dan sopan tau. Insha Allah.



Mudah-mudahan tips nih dapat membantu antunna sekalian (dan antum, jika ada). Niat antunna yang baik dan mulia ni pasti akan disertai dengan pelbagai bantuan dan ganjaran yang hebat dari Allah. Jangan risau, panas di dunia ni hanya sementara dibandingkan dengan panas akhirat yang selama-lamanya. Semoga Allah menyertai antunna dalam penghijrahan yang dilakukan demi Allah. :)

Wassalam.

6 comments:

HIDAYAH SAIT. said...

assalamualaikum, ya ukhti :) trima kasih atas perkongsia, doakan kami y masih blajar ni dapat mencuba tanpa henti menjadi lebih baik :) insha-ALLAH :)

nur_alhadi said...

Wasalam wbt.. Alhamdulillah, sgalanya dr Allah.. Semoga berjiran denganmu di taman syurga.. Insha Allah..

Anonymous said...

terima ksih atas tip2s yg dikongsikan..Alhamdllah..smkin mnebal semngat di dada ni untuk berubah kearah yg lebih baik..sikit demi sikit..insya'Allah..trima ksih..:)

Anonymous said...

Assalamualaikum ya ukhti...mohon share ya...artikel yg sgt brmanfaat inshaallah...:)

WS Zuriati said...

Assalamualaikum....bagus sekali tulisan ini...tq kerana tips ini memg bagus sgt2...tp yg paling sedihnya..dulu pkai tudung labuh, baju longgar2 tp sekarang sudah singkat spai nmpak dada..bju plk dh makin ketat...nk tegur tak berani...camne nk buat ye....mujahadah dlm hati ble jd ke...?

Anonymous said...

assalamualaikum... trima ksh sbb berkongsi ilmu yg sgt bmanfaat ini..tlh menunjukkn jln utk kte brubah ke arah lbh baik. doakan sy dan rakan2 berubah krn Allah.. Insya Allah.. :)