Monday, June 11, 2012

Betulkan Diri Sebelum Betulkan Dunia.. :)



Bismillah dan Alhamdulillah..

Hari ni bermula dengan amat tenang dan indah. Syukur pada Allah, sy masih ade tempat berlindung yang luas. Syukur pd Allah, sy masih diberi nyawa dan iman sebagai pinjaman. Pagi td diriuhkan dengan suara mama, Alhamdulillah Allah masih mengizinkan sy menghirup bingkisan kasih sayang seorang malaikat yang sy panggil 'mama'. Turun ke tingkat bawah, terlihat kelibat abah yg bersiap nak gi keje. Alhamdulillah, Allah masih beri sy tatap wajah seorang ayah yang baik. :)

Maka, nikmat Tuhan yang mana lagi sy nak dustakan. Segalanya dihampar indah di depan mata sendiri. Indahnya rasa syukur, hanya mereka yang bijak akan merasai. Cinta Allah sangat luas, bertaburan di bumi yang kite singgah ni. Semakin kite cari cinta Allah, semakin dekat Allah akn dtg pd kite. Saat ni, hati sy berkata, alangkah indahnya idup andai sy dpt bantu setiap hati insan merasai nikmat kesyukuran yang agung..

Seperti biasa, laptop menjadi keutamaan sejak cuti semester bermula. Laptop ni jd penghubung ukhwah dengan sahabat-sahabat yang lain. Tanpa laptop, dunia bagaikan kosong. (haha, ayat takleh blah..) Hmm, peti email penuh dengan macam-macam jenis pesanan dan surat. Tapi hari ini sedikit berbeza, ada email dr akhawat sefikrah yang kini belajar di Indonesia dalam bidang perubatan.

Wah, seronok..! Tak sabar-sabar nak bace. :D


Assalamualaikum wbt, wahai adik yang akak sayangi lillahi taala.


Akak minx maaf sgt2 kalu email ni mengganggu mse adik tengah berehat dn bergembira. Allah hntr ilham pd akak supaya mengadukan satu masalah yang besar kpd adik. Akak ade satu msalah besar yang nak dikongsikan. Xtahu nak mula mcam mana. Harap adik tak terkejut dan faham sebaiknya. Sahabat kite bersama, ***** sudah terjebak ke lembah zina. Sejujurnya, akak sendiri terkejut. Malah ***** yang kite kenali dlu adlh seorg gadis yang baik dn solehah. Ntah ape yg mengajaknye menjauhi Allah. Pernah beberapa kali die brjumpa akak utk bercerita msalahnye, tapi akak akui akak amat sibuk dengan urusan pelajaran sehingga mengabaikannye. Akak rase bersalah.


Sepatutnye, akak harus menjadi wakil terbaik yang membimbingnye ke jalan Allah. Tapi akak abaikan tanggungjawab tu dengan mementingkan urusan duniawi, urusan membantu fakir miskin dan urusan mengambil tahu hal di Syria. Dan akak lupa bahawa insan terdekat yang amat dikasihi sudah hanyut kerana kesibukan akak. Masha Allah, mohon adik dpt membantu. Di sini akak sertakan email ***** utk tindakan adik. ***** sudah tidak belajar lg, die melarikan diri dr kampus. Akak tak tahu di mana die berada. Dan akak harap adik jangan maklumkan berita nih kpd keluarganya sekarang. Maafkan akak.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Lebih kurang cmnilah email dr akhawat yang dirindui kerana Allah. Sedih, sangat sedih. Sudah lama berpisah, hampir 4 tahun. Namun berita yang hadir tiba-tiba ni, makin menghibakan hati. Sy tak fokus kepada jalan penyelesaian utk masalah kat atas ni sbb kami akan bincangkan bersama nanti. Tapi apa yang sy sangat terkilan ialah sikap kite sebagai sahabat.

Sekarang ni, macam-macam perihal dunia yang kite cakna. Contohnye, Illuminati, ajaran sesat, Syiah, isu peperangan di negara-negara Islam, isu politik yang xada kesudahan, malah isu nombor plat Raja pon kite nak sibukkan diri. Walhal, masih banyak ahli keluarga kite, teman-teman kite yang sangat perlukan perhatian kite dalam mencari jalan menuju Rabbul Izzati. Subhanallah.

Dengan kehadiran email ni, sy sedar yang ramai insan dalam masalah. Insan-insan ini sangat dekat di hati sy dan dalam perhatian Allah. Jadi sy tak boleh lalai dengan main Facebook, lalai dengan komen2 bergaduh tentang politik. Apa yang sy tahu, sy takkan mampu mengubah dunia jika diri sy sendiri tak mampu diubah. Dan tindakan sekarang, ubah diri sy dlu. Huhu


Kita tak diajar dengan akidah Qadariah, yg mnyerahkan segalanya pada takdir hingga diri sendiri tak proaktif dlm idup. Kita juga tak diajar seperti akidah Jabariah yang bergantung sepenuhnya pd usaha sendiri tanpa memikirkan betapa berkuasanya Allah dalam hidup ni. Kita diajar dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Allah takkan mengubah nasib kite, sehingga kite mengubah nasib kita sendiri. Mulia wahyu Allah, segalanya ada lengkap. Rugi sbb kite lalai.

Jauh dlm hati, sy mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan, ahli-ahli usrah yang masih setia bersama sy selama ni. Mereka banyak membimbing, bantu dan nasihat macam-macam perkara. Siapa lagi yang menghantar mereka sume sbg bantuan kepada sy kalo bukan Allah SWT. Ini mungkin tandanya Allah kasihkan kite. Dan sememangnya Allah sangat mengasihi hamba-hambaNya lebih drpd kasih si ibu kepada anaknya. :)

Bahagia bile rasa disayangi. Kan? Alhamdulillah, Allah yang abadi. 

Wahai Allah yang sangat penyayang kepada hamba-hambaMu, dengarkanlah rintihan saudara-saudaraku yang berada di seluruh dunia. Kuatkanlah hati-hati mereka menagih dan mendambakan cintaMu. Janganlah Kau menyusahkan mereka dgn ujian dan mehnah yang berat. Sesungguhnya mereka lemah, begitu juga aku. Dekatkanlah hati-hati kami. Ampunkanlah dosa-dosa besar dan kecik yang telah kami lakukan secara sedar atau tak sedar. Engkaulah sebaik-baik tempat mengadu dan kami mengharap segalanya drMu.. Wahai Allah.

Wassalam. 


No comments: