Tuesday, June 19, 2012

Jom Tambah Ilmu.. English is really fun..!




Bismillah. Dan Alhamdulillah.

Beberapa hari lalu, ada seorang pelajar sy (Tingkatan 5) tanye tentang Bahasa Inggeris. Apa yang menarik dengan subjek nih. Hmm, lumrah pelajar dan anak muda. Mereka akan lebih rasa nak tahu kalau bende tu menarik perhatian mereka. :)

Jadi sy berfikir banyak kali, apa yang boleh sy buat untuk jadikan English menarik untuk anak-anak sy. Semalam, rasa macam nak memperbanyakkan koleksi karangan yang mudah dan menarik. Tapi tak guna jugak koleksi tu kalau ada antara anak murid yang tak faham.

Sebagai langkah pertama, sy cube la cari info-info menarik dalam internet nih. Macam-macam ada. Segalanya terbentang luas depan mata. Internet la kawan baik + teman akrab + sahabat paling sy sayang sekarang. :) Sedang mencari-cari, sy terjumpe satu info.

Tapi tak tahu sama ada fakta atau auta saje. Tp best la jugak. 

*senyum*
"Senyum kan sedekah" 



Yang pertama. Stewardesses adalah perkataan English yang paling panjang, antum boleh taip di komputer dengan hanya guna tangan kiri (tanpa langsung mengangkat tangan). Dan untuk tangan kanan pulak, lolipop adalah yang terpanjang.

Yang kedua. Dreamt. (kalau tak silap, ni past tense untuk dream kan?). Ha, ni adalah satu-satunya perkataan English yang berakhir dengan huruf 'mt'.

Yang ketiga. Cuba perhatikan ayat nih. The quick brown fox jumps over the lazy dog. Perasan tak yang sume abjad digunakan dalam ayat ni. Hehe. Terbaik!

Yang keempat. Perkataan 'racecar', 'kayak' dan 'level' boleh dibaca berulang kali dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan dan, membawa maksud yang masih sama. Hebat.

Yang kelima. Hanya ada empat perkataan English yang berakhir dengan sukukata 'dous' iaitu : tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Oke, yang sy tahu maksud hanya perkataan pertama dan terakhir. :)

Yang keenam. Ada dua perkataan istimewa yang menggunakan huruf vokal (a,e,i,o,u) dengan betul-betul secara urutan. Abstemious, dan facetious. Maksud : (tak tahu) Hehe.

Yang ketujuh. Typewriter adalah satu perkataan terpanjang yang dapat ditaip dengan hanya menggunakan satu baris huruf di papan kekunci. Tak caye, silakan menaip perkataan 'typewriter'.

Ha, ni jelah yang sy boleh kongsikan dengan antum. Insha Allah, kalau ade rezeki anak-anak sy yang datang belajar malam ni akan dapat tahu info menarik kat atas ni. Hehe, tak sabar la pulak nak berkongsi. Mesti dorg pon pelik. :)

# Salam Bercuti buat kawan-kawan lepasan Foundation.

Wassalam.