Monday, June 25, 2012

Malu Itu Sebenarnya Normal + *Indah*



Bismillah wa Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, wa Alhamdulillah again and again. :)
Hampir seminggu tak menulis, rasa sayu je bile bace message dari adik-adik usrah yang menanti post baru.
Chewahh, sekarang sy dah ada panggilan terbaru. Anak-anak disayangi dah panggil sy 'UMMI'.
Terharu sangat, terima kasih ye anak-anak usrah yang sangat sangat sangat sy sayang.

Semalam, pukul 3 pagi hati terdetik macam nak buka email. Bangun je pagi ni, sy terus buka email, ape la yang menolak-nolak hati sy untuk buke email hari ni. Dan Allah adalah sebaik-baik pengatur dan Yang Maha Mengetahui, ada kiriman gambar dan coretan dari anak ummi yang paling kecil skali di Jordan. Hehe, umurnya 17 tahun, sedang bercuti di Jordan. Memandangkan usrah sy sumenye dah 18 dan 19 tahun, inilah anak ummi yang paling bongsu. Hehe.

Coretan anak yang ummi sayang kali ni macam agak sedih. Atau mungkin ummi yang rasa sendiri kesedihan tu. Huhu, jadi ummi nukilkan post ni khas untuk anak ummi yang sedang perlukan bimbingan dan bantuan ummi. :)

"Salam sayang buat ummi yang dicintai kerana Allah. Ummi, Husna tak boleh nak tulis panjang-panjang di sini. Tapi Husna amat memerlukan bantuan ummi, kata-kata ummi yang selalu hembuskan semangat untuk Husna dan sisters yang lain. Ummi, macam mana nak buang rasa malu dalam diri. Maksud Husna, malu yang berlebihan dengan lelaki, ataupon dengan orang ramai. Terima kasih Ummi sayang.. "

Oh, Allah. Cukup dengan hanya baca sedikit kata-kata dari Husna, Ummi dah mula merindui Husna sebanyak-banyaknya. Allahurabbi, temukan kami satu hari nanti. Ummi rindu Husna.


Anak-anakku sayang. 

Malu itu adalah sebenarnye sebuah kemuliaan yang besar kepada sesiapa sahaja yang memilikinya. Sebab apa ummi cakap macam tu, sebab malu ini sendiri ada martabat dan kedudukannya dalam agama kite sume. Malu ni jugak sebahagian sifat orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Malu bukan satu sifat yang tak de apa-apa makna dalam agama. Sebaliknya, malu ni merupakan satu sifat yang menjadi refleksi kepada keimanan seseorang. Nak tengok sejauh mana berimannya seseorang tu, tengoklah sebesar mana sifat malu pada diri orang tu.

Ustazah-ustazah selalu pesan, kite kene ada rasa malu untuk buat maksiat. Sebab, ramai dalam kalangan kite dah ilang sifat malu dalam dirinya. Cium-cium depan orang ramai, bunuh orang lain atas nama harta, mencela manusia lain yang ada kekurangan dan merampas kehormatan insan lain. Desakan untuk memenuhi kehendak sendiri mengikut nafsu dah meminggirkan, dah buang perasaan malu ni sebagai pakaian idup seorang manusia.

Anakku, sebagai seorang muslimah yang disayangi Allah, kuatkan keyakinan dan kekuatan bahawa menjaga perasaan malu itu adalah satu kemuliaan. Salah satu ciri muslimah terbaik yang pernah kite bincangkan sebelum ni, ummi pernah sebut adalah kemampuannya menjaga perasaan malu. Dengan perasaan malu, tutur kata dan segala tindakan kite akan terpelihara. Kita akan malu nak buat dosa dengan sengaja. Kita akan malu nak buat maksiat sebab kita tahu Allah sedang melihat kite.

Abu Hurairah ra mengatakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda :
"Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman."
(Sahih Bukhari)

Hadis riwayat Imran bin Husaini, menyebutkan bahawa  Nabi SAW pernah bersabda :
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan."
(Sahih Muslim)


Ummi bawakan satu kisah tentang penyaksian ibunda kaum Muslimin ketika berbicara mengenai wanita-wanita Ansar yang mulia. Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, yang rasa malu mereka tak menghalang mereka untuk menuntut ilmu. :)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah ra, dia berkata :
"Seorang wanita bertanya kepada Nabi tentang cara wanita mandi wajib dan haid. 
Perawi hadis berkata : Kemudian Aisyah menjelaskan bahawa beliau mengajarkannya
cara mandi. (Di antara sabda Baginda) : Engkau ambil kapas yang diberi,
lalu bersihkan dengan kapas itu. Wanita itu berkata, bagaimana cara membersihkannya?
Baginda bersabda : Maha Suci Allah ! Bersihkan saja dengan kapas itu.
Dan baginda bersembunyi. (Sufyan bin Uyainah memberi isyarat tangan kepada kami
pada wajahnya). Perawi hadis melanjutkan : Aisyah berkata : Aku tarik wanita itu
mendekati aku. Aku tahu apa yang diinginkan Nabi SAW, lalu aku berkata kepadanya :
Bersihkan bekas darah haidmu dengan kapas itu.
(Sahih Muslim)

Hadis riwayat Ummu Salamah, dia berkata :
Ummu Sulaim datang kepada Nabi SAW lalu berkata : Wahai Rasulullah SAW,
sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Apakah seorang wanita wajib mandi
jika bermimpi? Rasulullah SAW bersabda : Ya, apabila ia melihat air (mani).
Ummi Sulaim berkata lagi : Wahai Rasulullah, apakah wanita juga bermimpi?
Baginda bersabda : Beruntunglah dikau. (Kalau tidak demikian),  
dari mana anaknya mirip dengannya.
(Sahih Muslim)

Saidina Ali pon mempunyai rasa malu yang tinggi. Tapi rasa malu para cendikiawan ni tak menghalang mereka untuk mencari penjelasan dan kebenaran dalam agama. Jadi anakku, ummi nak pesan. Simpan baik-baik ye. Milikilah rasa malu, sesungguhnya inilah yang terbaik. Tapi, tempatkan rasa malu tu pada tempat yang sewajarnya. Contohnye, mse berurusan dengan lelaki ajnabi. Ha, masa ni malu amat diperlukan. Sampai nak menyorok belakang tabir pon takpe. Nabi SAW jugak sangat pemalu. Lebih daripada malu anak gadis lagi kan.

Setakat ni dlu la coretan ikhlas ummi untuk Husna ye. Insha Allah, ummi akan cuba rungkaikan segala persoalan yang antum ada. Sebab melalui soalan-soalan antum la, ummi akan belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan ummi sendiri. :)

Wassalam.

2 comments:

sea_lavender said...

nice :) syukran atas perkongsian tentang malu.. apa2 pun kita harus malu bertempat..moga malu juga menjadi perisai dlm m'gukuhkn iman krn Allah.. Insya-Allah.. =)

Izyan Yussuf said...

Allahu rabbi .. terima kasih atas perkongsian itu . Sangat2 membantu saya . Kadang2 rasa malu itu ada baiknya . Lebih2 lagi terhadap ajnabi .. jika kita malu , ertinya kita boleh membataskan segala macam hal . Dan dalam diam Allah hadirkan rasa malu itu untuk memelihara kita dari perbuatan yang kurang baik , mungkin saja kita sering meminta kepada-Nya .. dalam diam Allah telah memakbulkan permintaan itu . Dalam tak sedar Allah telah mengabulkan permintaan kita itu . MashAllah Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar , Maha Memakbulkan dan Maha Pemurah