Wednesday, June 20, 2012

Rahsia Nak Jadi Solehah.. :)



Bismillah dan Alhamdulillah. Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah. Tuhan semesta alam.
Allah Yang Terbaik, untuk selama-lamanya. I Love Allah. :)
Selawat cinta dan salam rindu buat Kekasih Allah, Muhammad SAW.
Semoga rindu ini membuahkan syafaat kpd kami di Akhirat nanti. Insha Allah.

Terus kepada isi perkongsian hari ni. Bagi pembaca yang dirahmati Allah sekalian, bersyukurlah sebab antum sume dapat mengarahkan tangan antum untuk buke blog sy arini, pd saat ini. Bersyukur jugaklah kerana Allah nak antum tahu macam mana nak jadi 'si solehah' dan macam mana nak bentuk insan sekeliling untuk turut sama jd 'si solehah'. Dan impian sy nanti, hanya akan ada 'si solehah' sahaja di atas muka bumi ini. Alangkah indahnya perhiasan dunia. 

Alhamdulillah.
:)

Pada prinsipnya, wanita solehah ni memang dikenali peribadinye yang sangat taat kepada Allah dan Rasul. Segala larangan Allah akan ditinggalkan tanpa syak lagi. Dan perintah Allah pulak, wanita solehah ini akan berlumba-lumba melaksanakannya. Kemuliaan 'si solehah' ni bukan terpancar melalui aksesori kecantikan yang die pakai. Tapi 'si solehah' akan menjaga dirinya, melindungi segala kecantikan yang die ade agar tak jadi fitnah untuk orang lain. Dengan kata lain, segalanya untuk suami tersayang. Hehe.

Macam mana pulak nak bentuk diri sendiri supaya jadi 'si solehah' tu..?

Nak jadi 'si solehah', antum kene banyak belajar dari lingkungan sekitar kehidupan antum dan belajar dari orang-orang yang antum temui setiap hari. Kutip ilmu dari mereka. Insha Allah. Sumenye berguna, tiada yang sia-sia. Malah, kite ade contoh tauladan terbaik, Ummahatul Mukminin. Isteri-isteri Nabi adalah contoh 'si solehah' yang terbaik. Aisyah ra sangat terkenal dengan kebijaksanaan mindanya sehingga menjadi gedung ilmu buat suami, anak-anak, malah umat Islam keseluruhannya. 


Boleh jugak jadi, 'si solehah' ni muncul daripada sifat keturunan yang baik-baik. Contohnya, bila kite tengok seorang gadis yang baik budi bahasanya, indah senyuman dan sopan santun, tutur kata lembut, aurat terjaga, dan kata-katanya pasti ada hikmah, kite mesti terbayangkan sifat ibu dan ayahnya yang telah mendidik anak gadis td dengan baik. Susah sangat kite nak jumpe, anak gadis solehah macam tadi yang lahir dari sebuah keluarga yang porak peranda. Ok, perhatikan. Hanya susah nak jumpa, tapi tak mustahil kite boleh jumpa. Kan. Hehe :)

Banyak wanita yang mampu berjaya. Tapi tak semua mampu jadi 'si solehah'.
Solehah atau tak seorang wanita tu bergantung kepada ketaatan dia pada aturan Allah.
Dan atutan Allah tu universal, tak tertakluk pada yang dah bernikah je kan.
Malah si anak dara pon boleh jadi yang terbaik dan bergelar 'si solehah'.

Ada sebuah ungkapan mengatakan, kalau kita nak nilai peribadi seseorang maka lihatlah teman-teman sekelilingnya. Tapi amik dari sudut yang positif, bukannya ungkapan ni bawak maksud yang kite tak boleh berkawan dengan orang yang jahat atau tak baik. Tapi usahakanlah agar kite mampu memberikan warna-warna yang menarik dan baik bagi teman-teman kite. Jangan kite pulak yang diwarnai dengan pengaruh buruk mereka. Insha Allah.

Muslimah, bakal-bakal 'si solehah' sekalian..

Hidup ini berjalan dan terus berjalan. Hidup ini berkembang dan terus berkembang. Hidup jugak lumrahnya akan buat kite rasa nak jadi lebih baik dari semalam. Dan Masha Allah, setiap insan pasti akan merasai mati, saat indah berjumpa dengan Tuhan. Jadi, inilah saat yang sangat tepat untuk berubah dan mengubah. Saat nilah kite kene berusaha mencapai gelaran 'si solehah'.

Ini adalah saat kite melangkah dan bangkit sebagai wanita yang mahal, disegani, dihormati dan dimuliakan sifatnya oleh Allah. Bukan lagi menjadi wanita yang selalu salah dalam beribadah. Bukan wanita yang lemah dalam muamalat dan bukan juga wanita yang selalu tumbang dalam percintaan. Syarat yang Islam berikan untuk jadi wanita solehah tak banyak dan tak ketat. Tapi balasannya amatlah tinggi iaitu menginap di syurga abadi selama-lamanya. :)


Ada dua syarat je nak jadi 'si solehah' atau mawar agama yang terbaik :
Pertama, taat kepada Allah dan Rasulullah. :)
Kedua, taat kepada suami (bagi yang dah bersuami) dan ibu bapa (jika masih single).

Maksud taat kepada Allah dan Rasulullah adalah bila hati kite mencintai Allah dan Rasulullah lebih dari segala-galanya. Allah kan ada semua sebab yang melayakkan Dia dicintai dengan sepenuh hati. Lepas tu, untuk melengkapkan lagi syarat nih, 'si solehah' mestilah menutup aurat dengan lengkap. Tak berhias macam wanita jahiliyah dan menjauhi perangai-perangai yang tak elok. 

Maksud taat kepada suami plak lagi berat, sebab suami tu manusia yang tak maksum, banyak kekurangan. Jadi satu cabaran yang sangat besar untuk menyalurkan ketaatan kepada suami. Cara yang mudah, pelihara kebajikan, maruah dan rahsia serta harta suami. Isteri yang bergelar 'si solehah' selalunya akan buat suaminya tenang bile ditinggalkan sendirian kat umah. Sebab, suami die tahu yang isteri ni akan menjaga hal rumahtangganya, isteri ni takkan biarkan orang lain masuk dalam rumah tanpa izin suaminya tadi. :)

Ha, senang je kan. Ade dua je syaratnya. Tapi maksud syarat-syarat tu sangat meluas dan mendalam. Kalau tak disertai dengan hati yang berniat betul-betul nak berubah, maka segalanya akan rasa susah. Tapi Insha Allah, benda yang susah nak dapat, kite akan hargai kehadirannya betul-betul. Jadi, antum sume boleh berjaya. Ubah diri sendiri jadi 'si solehah' dan ubah teman sekeliling supaya turut dapat jd 'si solehah'. Insha Allah. 

Rasulullah SAW bersabda :
 Sesungguhnya seorang hamba yang berakhlak baik akan mencapai darjat dan 
kedudukan yang tinggi di akhirat, walaupon ibadahnya sedikit.

1 comment:

Puteri Nur Hidayah said...

Assalammualaikum kak.. Saya nak mintak izin copy entry nie yerhh.. Bolehh??? ^_^