Friday, June 15, 2012

Resah Hati Guru. :)




Bismillah wa Alhamdulillah. Terima kasih, berbanyak-banyak terima kasih kepada insan-insan yang masih sudi bertandang di blog sy dan insan-insan yang sentiasa mengharapkan cerita-cerita terbaru dari sy. Alhamdulillah, walaupon kite tak saling mengenali, tapi ukhwah kite bertaut melalui tulisan yang bermanfaat. Kan. 

Tapi.
Sy nak minta maaf kalau post-post sy sekarang ni tak menepati citarasa antum. Sebab. Sy tak ada banyak idea sekarang nih. Maklumlah mood sedang bercuti panjang. Tak keluar ke mana-mana. Tak berhubung sangat dengan orang luar. Hanya bertapa dalam rumah dan sesekali keluar mengajar anak-anak yang amat dikasihi Allah. :)

Hari ini, sy nak berkongsi sesuatu tentang semalam. Hahaha, tonggang terbalik ayat. Takpelah, antum still faham kan. Hihi. Ha, sekarang kan dah masuk pertengahan bulan enam. Cuti pertengahan penggal persekolahan pon baru je tamat. Maknanya anak-anak dah mula bersekolah. Tapi satu yang mendebarkan hati seorang cikgu, tamat cuti sekolah bermakna anak-anak cikgu akan mendapat keputusan peperiksaan pertengahan tahun.

Dan yang paling cikgu risau sangat-sangat, markah subjek English anak-anak. Huh, nilah yang sy rase bile sy sendiri dah ada dalam kasut seorang guru. Agaknya macam nilah cikgu-cikgu sy rasa dulu. Mesti rasa berdebar-debar tengok keputusan anak murid. Kepada cikgu Addmath, Chemistry, Physics dan Biology, sy dengan ikhlasnye memohon maaf sangat-sangat sebab sy tak penah membanggakan cikgu. Huhu



Betul la orang kata, kite takkan pernah dapat memahami perasaan seseorang itu sebelom kite sendiri berada kat tempat die. Kite memang boleh kata kite faham perasaan si dia, dan si dia. Tapi hakikatnye, itu hanya untuk menyedapkan hati. Sebenarnya, tak mungkin. :(

Bile waktu kelas bermula, seperti biasa sy akan menunggu anak-anak murid di dalam kelas. Memang jadi kebiasaan sy masa sekolah, anak murid sepatutnye datang lebih awal dari cikgu. Anak murid sepatutnye beri salam dan menunggu cikgu. Tapi dunia sy terbalik. Cikgu yang kene tunggu kehadiran anak murid, cikgu yang kene beri salam, gembirakan anak murid. Huhu, nak wat camne. Inilah antara beza ilmu berkat dengan ilmu sia-sia.

Maaf ye anak-anak yang cikgu sayang, cikgu tak bermaksud nak marah anak-anak. Tapi adab masih kekal sebagai adab. Jangan kite tinggalkan, lebih-lebih lagi adab menuntut ilmu. Hmm, kelas bermula macam biasa. Setiap anak murid yang masuk atau lalu di depan kelas sy, sy akan tanya markah mereka dengan senyuman penuh harap. Alhamdulillah.

Hati sy sebagai cikgu rasa sangat terharu dan berbangga bila kebanyakan anak murid sy mendapat markah yang agak baik meskipun tak cemerlang. Cikgu tahu English mungkin susah bg kamu. Cikgu cuba tunjukkan agar kamu rasa senang. Ada yang markahnya naik satu je dr peperiksaan yang lepas. Ada yang meningkat dua markah. Ada yang meningkat lima markah. Ada jugak yang turun sepuluh markah.

Apa pon markah kamu, cikgu terima dengan gembira. Ini bukan pengakhiran. Ini masih permulaan. Kamu sedang mencuba dan cikgu sedang membantu. Allah kan ada, Dia yang menentukan. Walaupon meningkat satu markah, cikgu masih bangga sebab kamu meningkat. Jangan lemah ya..! Cikgu kuat, anak cikgu pon kene kuat. :)



Ada anak pelajar yang tanya. Macam mana cikgu boleh tahu banyak perkataan Bahasa Inggeris. Cikgu jawab, melalui baca, dengar dan sebut. Ini tiga kunci kejayaan yang kamu semua kena rebut. Sapa dapat kumpul ketiga-tiga ni dengan jumlah yang paling banyak, maka dia akan berjaya. Cikgu janji.

Apa yang sy dapat faham, anak-anak hari ni sangat malas membaca. Mungkin sebab tak minat. Mungkin sebab minat tu tak dipupuk. Mungkin sebab tiada budaya membaca. Mungkin sebab tak ada bahan bacaan yang mereka suka. Mungkin sebab itulah mereka rasa membaca ni satu pekerjaan yang bosan dan bosan. Ruginya anak-anak yang ada sikap malas membaca.

Baca. Kamu akan dapat banyak ilmu pengetahuan yang berharga mahal dari seisi dunia.
Baca. Kamu akan dapat faham apa yang kamu tak faham sebelum ini.
Baca. Kamu akan kenal ramai tokoh berjaya yang hebat sebelum kamu lahir.
Baca. Kamu akan dapat melancong tanpa mengeluarkan duit yang banyak.
Baca. Kamu akan dapat segala yang kamu mahu dalam idup.
Baca. Kamu akan tahu perkara silam, perkara sekarang dan perkara akan datang.
Baca. Ini perintah Allah yang pertama..!

Anak-anak, rajinlah sayang dalam menuntut ilmu. Jangan pernah rasa bosan sebab ilmu tak pernah bosan dalam buat kite bahagia. Kerana ilmu, kamu akan berjaya lebih daripada cikgu. Kerana ilmu, martabat kamu akan jadi lebih tinggi. Allah pon angkat darjat orang yang berilmu. Jadilah orang yang berbeza. Dengan ilmu, kamu akan berbeza. Lain daripada yang lain. :)

Wassalam.


2 comments:

Muhammad Adam bin Roslan said...

terima kasih atas perkongsian cikgu. Suka dengan ayat-Jangan bersedih jika tidak berkasut, kerana masih ada yang tidak berkaki. patut diambil iktibar

nur_alhadi said...

eh3, jgnla panggil cikgu.. hehe, seganla pulak.. terima kasih sbb sudi baca dn komen.. :)