Tuesday, June 12, 2012

Tips Mencari Pasangan dan Menawarkan Diri.. :)





Bismillah dan Alhamdulillah. Subhanallah, matahari sgt terik hari ni. Rasa macam nak sambung tidur je. Heheh, tak tahu kenapa. Tapi sy suke tidur bile suasana panas terik. Lebih suke tidur kalau suasana sejuk dn nyaman. Agaknya bile panas, sekurang-kurangnya mulut tak mengomel komen macam-macam bile sy tidur. And of course, kalau buat pape keje time panas, sumenye macam serba tak kena. Huhu

Alhamdulillah juga, td baru je dapat SMS daripada kakak tersayang (aka majikan sy sbenarnye). Dia tanya nak keluar ke x arini, rasenye nak gi beli meja tusyen dengan akak-akak yg lain. Wah, memangla nak sangat-sangat. Tambah lagi bile ade orang nak jemput kat rumah. Malangnya, hari ni sy kne hantar dan jemput mama sy di tadika tempat mama kerja. So, utk mengelakkan masalah terlewat, sy batalkan hasrat utk berjalan bersama akak-akak lain. :(

Tapi takpe. Walaupon hanya dok umah, sy ade laptop. Sy boleh teroka macam-macam yang sy nak tahu. Sy boleh amik tahu segala yang sy nak tahu. Dan sy boleh melancong ke mana saje yang sy nak. Senang je bile dibantu oleh Encik Google dan Puan Facebook. Haha



Semalam, ada seorang muslimah yang sy sangat sayangi SMS sy. Muslimah ni sedang hangat bercinta dengan pemuda kesayangannye. Katenye, mereka berhubung jarak jauh. Jauh di mata, dekat di hati. Terdetik dalam fikiran sy, bagus jugak mcm tu. Sekurang-kurangnya, takdelah mereka selalu berjumpa. Setakat bercinta, itu masih boleh diterima sebagai fitrah. Sy takleh halang mereka, apa yg sy mampu hanyalah menyalurkan pelbagai nasihat dan tips yang berguna supaya mereka tak lalai. Insha Allah.

SMS kali ni agak berbeza. Dia meminta sy nasihat mengenai pernikahan. Wah, dah maju kawan sy nih. Hehe, baguslah kalau dah merancang nk berkahwin dalam masa terdekat. Sy membalas SMSnya dengan bertanya kepastian. Namun jawapannye tidak. Oh, pulak dah. Rupa-rupanya, mereka dalam usaha nak memenangi hati ibu bapa kedua-dua belah pihak. Maklumlah, bukan senang nak kahwin di usia belasan tahun. Ibu bapa perlu diberi keyakinan yang mantap. :)

Permintaannya sy raikan dengan hati yang lapang. Laju tangan mencari pelbagai buku untuk menambah idea. Sebenarnye macam nilah cara sy belajar dan faham. Soalan-soalan dr sahabat amat membantu sy untuk lebih mengkaji. Lebih-lebih lg soal cinta dan kawin. Biarlah segelintir orang sudah jemu dan bosan dengan topik ni, bg sy inilah kehidupan kite sebenarnya. Kite dikelilingi oleh cinta. Dan matlamat cinta hanyalah perkahwinan yang menjadi alat paling mudah untuk gapai cinta Allah. Betul.

Jadi sahabatku sayang, mulakan pencarianmu dengan Istikharah pada Allah..!
Dahulukan Allah dalam semua perkara..!
Minta fatwa dr hatimu sebagaimana Rasulullah pesan dulu...!

Pertama sekali, usaha sungguh-sungguh dalam mempersiapkan diri antum sendiri. Biar jadi si soleh dengan si solehah. Baru betul cinta tu kerana Allah. Firman Allah : " Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (An-Nur 24:26)

Ini paling sukar...! Usaha betul-betul..! :)


Yang kedua pulak, pastikan antum dan bakal pasangan antum duduk dan biasa bersama orang-orang yang baik dan imannya kukuh. Nabi SAW meminang Aisyah daripada bapanya, teman baik Baginda sendiri. Abu Bakar meluahkan bahawa Rasulullah sudah pon dianggap bagaikan darah dagingnya sendiri. Sabda Nabi SAW maksudnya, " Memang engkau adalah saudaraku dalam agama Allah, dan dia (Aisyah) adalah halal bagiku (menikahinya). " Sahih Al-Bukhari 11, halaman 25, no 4691.

Yang ketiga. Meminang terus kepada si wanita dengan perantaraan orang tengah. 
Tidak meminang melalui keluarganya. Biasanya dilakukan kepada janda. Ummu Salamah ra berkata, " Nabi SAW mengutus Hathib bin Abu Balta'ah kepadaku untuk melamarku buat Baginda.." (Muslim, Juz 3/halaman 37, no 1525).

Yang keempat. Wali menawarkan anak perempuannya kepada orang-orang baik.
Imam Bukhari (al-Sahih, Juz 11, halaman 80) meriwayatkan perihal Umar al-Khattab ra. Apabila Hafsah bt Umar kematian suaminya Khunais. Selepas iddah, Umar menawarkan anaknya, Hafsah kepada Uthman al-Affan dan apabila Uthman tak bersedia, Umar menawarkan pula kepada Abu Bakar.

Yang kelima, lelaki meminang perempuan melalui orang yang berpengaruh atau pemimpin dalam masyarakat.
Imam Bukhari Muslim meriwayatkan dari Sahl bin Sa'ad, bahawa ada seorang perempuan datang menyerahkan dirinya kepada Rasulullah (untuk menjadi isteri Baginda). Tiba-tiba datang seorang sahabat meminta jasa baik Rasulullah supaya memberi perempuan itu kepadanya. Nabi SAW kemudian mengizinkan dan menikahkan perempuan itu kepada lelaki tadi. (Bukhari, Juz 10, halaman 454, kitab Fadhail Quran; Muslim, Kitab Nikah (4/143)).

Yang keenam, paling jarang dilakukan. Wanita menawarkan dirinya kepada lelaki soleh.
Imam Bukhari (al-Sahih, no 4726) meriwayatkan dari Tsabit al-Bunnani bahawa ketika dia sedang bersama Rasulullah SAW yang ditemani oleh Anas dan anak perempuannya. Tiba-tiba muncul seorang perempuan dan dia menawarkan dirinya kepada Rasulullah. Puteri Anas mencela perempuan itu sebagai tak ada sifat malu lantas ditegur oleh Anas bahawa perempuan itu lebih baik dari dirinya (anak Anas) kerana sifat telusnya ingin menawarkan diri kepada Rasulullah.

Berkata al-Hafiz dalam al-Fath (11/79) maka dari hadis ni, dibolehkan perempuan menawarkan dirinya kepada lelaki kerana menyukai kesolehannya.


Setakat ini, itu sahaja yang sy mampu kongsikan kpd ukhti dan antum lain yang sudi membaca. Mudah-mudahan menjadi pedoman kepada sesiapa yang memerlukan. Besar pahalanya kalo kite membantu seseorang yang nak membina masjid atau Baitul Muslim. Semoga Allah meredhai kalian dan perjalanan hidup kalian. Insha Allah. :)

Wassalam.



3 comments:

Emil Fahmi said...

adik sudah maju! =)

Muhammad Adam bin Roslan said...

terima kasih :)

nur_alhadi said...

terima kasih ats kesudian menjengah blog si lemah ini.. :) smoga kebaikan berbalas kebaikan yang jauh lebih baik.. Insha Allah..