Friday, July 06, 2012

Bantu Insan Istimewa Yang Ingin Berhijrah. :)




Bismillah, dan Alhamdulillah selalu.. :)

Tuhan Maha Kaya, juga Maha Pemurah. Dia sentiasa beri kite, walaupon xsemua yang kite hajatkan termakbul, tapi at least Dia beri sekadar apa yang kite perlu untuk teruskan idup saat demi saat. Sy yakin antum sume yang sedang bace post sy kali nih mesti ada laptop atau komputer sendri kan..? Takpon, antum mungkin ada duit untuk pegi cybercafe dan meluangkan masa melayari internet. Dan yang paling penting, antum ada masa untuk menuntut ilmu. 

Itu kisah antum. Tapi cuba bayangkan macam mana pulak kisah-kisah saudara kita yang merempat di tepi jalan. Cuba bayangkan tangan-tangan kecil yang sedang menangis meminta sedekah di pasar malam. Bayangkan pula ada insan-insan yang kehilangan punca pendapatan. Mereka makan apa yang ada. Mereka tak mampu nak makan enak-enak macam kita. Malah, mereka mungkin tak pernah impikan idup senang kerana minda mereka dah tertutup dengan musibah demi musibah.

****

Baru-baru ini, sy disedarkan oleh seorang teman tentang halangan nikmat. Dalam fikiran sy, mungkin nikmat rezeki yang dimaksudkan teman sy ni. Tapi rupa-rupanya, ada juga halangan untuk insan-insan yang sedang menerima nikmat terbesar, iaitu nikmat HIDAYAH dari Allah. Subhanallah. Jauh dalam hati, sy bersyukur kerana masih ada insan-insan istimewa yang sedar bahawa mereka disapa petunjuk dari Ilahi. Ya Robbi.

Insan-insan istimewa ni, ada yang meluahkan sendri kat sy. Mereka Muslimah. Alhamdulillah. Dan mereka ingin jadi lebih baik. Contoh utamanya dan contoh ni adalah masalah yang paling popular antara mereka. Mereka ingin sangat menutup aurat. Tapi ada macam-macam halangan datang. Dan halangan-halangan ini tak lain tak bukan, merupakan ujian dari Allah untuk mereka. Tapi sedih, niat mereka untuk menutup aurat tenggelam macam tu je bile mereka tahu yang mereka keseorangan, tak ada yang sudi membantu, malah ramai pulak yang mencemuh dan menghina.



Setelah puas meyakinkan mereka yang ini semua adalah ujian dari Allah, perlahan-lahan ada antara mereka yang merungkaikan satu persatu halangan yang mereka terpaksa hadapi. Sy akan tuliskan dua daripada halangan yang insan-insan istimewa ni hadapi. Dan, sila ambil perhatian tau. Yang pertama tu sangatlah famous. Bahkan, hampir 90% daripada mereka hadapi masalah yang sama.

Pertama : Pakaian yang menutup aurat ni mahal-mahal la. Tak mampu la nak beli guna duit sendiri. Bile tengok dalam internet, sume baju yang menutup aurat harganya mesti RM30 keatas. Mane nak korek duit. Nak beli bukannya satu, tapi banyak. Baju kurung tu murah la sikit, tapi takkan nak pakai bju kurung je setiap hari. Macam menyusahkan je. Tudung, tak usah cakap la. Bikin pening je, sehelai sampai RM30. Baik beli tudung bese, sepuluh ringgit dapat dua. Ish3.

Kedua : Tak ada orang yang nak bantu kami berubah. Mak ayah selalu halang. Kadang-kadang tu, adalah jugak kami pakai stokin bile nak kuar rumah. Tapi, mak perli. Mak tanye sekarang ni musim sejuk ke. Huhu. Itu jelah hari-hari. Pakai baju labuh sikit, kawan-kawan perli. Tanye kami ni baru balik haji ke. Ni yang kami malas nak berubah. Bosan. Naudzubillah.

Konklusi yang sy dapat buat. Memang sy sendiri akui, pakaian yang mengikut syariat memang agak mahal berbanding pakaian biasa. Sy jugak memang selalu jalan-jalan di blogshop dan Facebook yang jadi Butik Online dan sebagainya. Subhanallah. Memang banyak jenis pakaian yang mereka jual, cantik-cantik sumenye. Jubah beraneka jenis, baju kurung macam-macam warna, tudung-tudung labuh yang sumenye cantik. Tapi harganya, Masha Allah. Hanya yang betul-betul mampu je dapat beli. Bukan sume orang boleh beli. :(


Setelah semalaman, Tuhan bagi sy satu ilham. Antum penah dengar atau bace tak, Blog Dr Cinta. Facebook die pon ade. Ha, tuan punye blog ni ada buat Projek Tudung Labuh. Dia kumpul tudung-tudung daripada blogshop-blogshop yang nak join projek ni dan dia akan sedekahkan kepada mana-mana Muslimah yang hantar emel yang menceritakan penghijrahan ke arah mnjadi Muslimah yang menutup aurat.

Tapi Projek ni bagi sy agak formal. Kene hantar email segala bagai. Tapi takpe, nampak macam sambutannya agak bagus. So, sy menghantar mesej melalui Facebook kepada beberapa Butik Online, penjual tudung kecil-kecilan, baju muslimah dan macam-macam lagi la. Sy sendiri meminta bantuan dari mereka kalo-kalo ade yang bermurah hati nak menyumbangkan segala jenis pakaian yang menepati syariat. Armsock, stokin, purdah, tudung labuh, baju muslimah, baju kurung, jubah pon takpe. :)

Setakat nih Alhamdulillah, ramai jugak yang nak membantu. Dan ade yang offer nak masukkan duit dalam akaun. Subhanallah, ramai rupanya nak bersedekah. Dan pakaian-pakaian yang sy terima nih sy akan waqafkan kepada mana-mana sahabat Muslimah sy yang sy kenal dari dlu lagi cuba-cuba nak menutup aurat dengan sempurna. Lebihan pakaian atau yang kurang sesuai, sy akan waqafkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim ataupon kepada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan pakaian. Insha Allah.

Jadi, harapan sy lepas nih. Kita janganlah terlepas pandang kat insan-insan istimewa yang nak sangat berubah ni tapi mereka takde modal yang banyak. Kalo kite tak mampu nak bantu dengan wang ringgit, cukuplah dengan pemberian yang sedikit macam ni. Supaya mereka gembira dan tahu yang penghijrahan mereka mendapat sokongan. Insha Allah. Pada sy, masalah yang pertama tu dh selesai. Cuma yang masalah kedua tu, sy belom dapat idea lagi nak bantu cmne.. Hehe

p/s : kepada pembaca-pembaca yang nak sumbangkan jugak sebahagian daripada koleksi pakaian atau tudung-tudung antum, antum hantar kat emel sy ye. Email sy boleh antum dapat daripada blog ni jugak, skroll nek atas, amik menu nombor dua. Semoga Allah bantu perniagaan kite menuju Akhirat. :)

Doa dan harapan sy yang terakhir. Semoga Ramadhan kali nih membawa sinar kebahagiaan buat tangan-tangan yang sudi memberi, dan Insha Allah, sinar kegembiraan menjadi sebahagian Muslimah Solehah yang lengkap menutup aurat buat tangan-tangan yang menerima bantuan ikhlas dari hati.

Wassalam.


2 comments:

Nazrin Asyraf Safia said...

Semoga Allah berkahi apa yg enti lakukan...wafaqakillah... ^_^

nur_alhadi said...

syukran atas doa.. :)