Thursday, July 19, 2012

Daruratkah Doktor Muslimah Membuka Auratnya..?




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selawat dan salam rindu buat Kekasih Allah yang amat dirindui, Rasulullah SAW, Nabi penghulu segala Nabi. Salam kasih dan sayang buat keluarga dan para pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Insha Allah.

Ha, best tak tajuk kali nih. Sy sangat yakin ramai antara kita yang masih keliru perihal aurat antara pesakit dan doktor atau antara doktor dan pesakit. Secara umumnya, sume mesti tahu kan antara pesakit dengan doktor memang tiada batasan aurat. Itu pon semata-mata atas tujuan perubatan je. Bukan sebab lain. Tapi macam mana pulak aurat doktor..? Adakah doktor wanita boleh membuka auratnya apabila masuk ke dewan bedah, dengan memakai sarung kepala yang telah dikhaskan. Ha, rumit kan. Jom kite rungkai. :)

Ok, kite mula secara jelas dan ringkas. Insha Allah. Aurat seorang Muslimah seperti yang disepakati ulama ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, dan ada sebahagian yg mengatakan kaki juga aurat. Aurat ni merujuk kepada semua Muslimah, tak kiralah Muslimah tu seorang jurutera, doktor, pemimpin, guru atau apa-apa sajelah.

Doktor pulak. Mesti ramai antara antum yang bace post kali nih ni bakal menjadi doktor, atau bercita-cita nak jadi doktor, atau ada yang sudah jadi doktor, atau mungkin jugak bekas seorang doktor. Post nih khas ditujukan sebagai pencerahan buat antum.



Mengikut etika pemakaian dan kebersihan dalam Operation Theater (OT), doktor diwajibkan membasuh tangan dengan air bersih atau air panas, memakai sut khas untuk OT dan semua pakaian luar selain dari sut tu mesti ditanggalkan. Bagi doktor Muslimah dalam OT pulak, didakwa tudung merupakan salah satu medium penyebaran kuman atau bakteria. Dan good hygiene amat dititikberatkan di dalam OT. 

Jadi, benarlah dikatakan darurat bagi seorang doktor Muslimah membuka auratnya dalam OT dengan memakai sut uniform yang mendedahkan lengan, bertopi seperti shower cap yang menampakkan bentuk leher dengan alasan tudung sebagai penyebar bakteria..?

Pertama sekali yang sy ingin bicarakan ialah mengenai maksud darurat dalam Islam. Darurat ditakrifkan sebagai takut kemusnahan atau kerosakan yang parah kepada keperluan (ad-daruriyyat) diri atau orang lain, sama ada secara yakin ataupon tidak yakin sekiranya melakukan perkara yang boleh menolak kemusnahan atau kerosakan yang teruk. (Jamil Muhammad Mubarak, Nazariyah al-Darurah al-Syar'iyyah : Hududuha wa Dawabittuha)

Sebelum darurat dijadikan alasan membuka aurat, ketahuilah batasan darurat itu dikemaskan untuk menjaga salah satu daripada lima maqasid syariah ialah hifz al-din (memelihara agama). Perintah menutup aurat dalam apa-apa bahkan ia menduduki hak yang paling utama untuk dilindungi. Satu kaedah dalam usul fiqh menyatakan : "Apabila bertembung dengan dua kemudaratan, kemudaratan yang lebih besar diraikan dengan melakukan kemudaratan yang lebih kecil."

Untuk memudahkan kefahaman antum, apabila bertembung dua kemudaratan atau keburukan yang akan berlaku. Contohnya, keburukan yang pertama iaitu aurat akan tergadai. Keburukan kedua pula dibuang profesion sebagai doktor akibat melanggar prosedur hospital. Sudah pastilah keburukan pertama tu lebih besar daripada keburukan kedua. Sebab, memelihara aurat ni sama darjat dengan memelihara imej agama seorang Muslimah. Kalau kene buang kerja, carilah kerja lain yang meraikan perintah Allah. Kan..?

Hmm, jelas. :)


Sekiranya alasan dijangkiti bakteria dijadikan alasan, hujah ni senang sangat nak dipatahkan. Kita boleh cari jalan keluar yang lebih kreatif, kita kan ada akal. Ada beberapa orang doktor Muslimah yang sangat tabah, tekad menjulang maruahnya dimana sahaja mereka berada. Jadi, disini sy senaraikan beberapa idea kreatif yang telah diaplikasikan oleh Muslimah-Muslimah yang hebat menjunjung agama.

1. Memakai handsock panjang dan kain tudung yang diperbuat daripada material steril.
2. Memakai tudung baru yang dibasuh dan disimpan secara khusus di dalam bilik OT. Jadi, tiada alasan jangkitan bakteria akan terjadi.

Aurat adalah maruah diri seorang Muslimah. Aurat ibarat mahkota yang perlu dijaga, wajib dipelihara dengan cemerlang. Para doktor Muslimah, kalian akan kuat sekiranya kalian berada dalam satu barisan yang menyuarakan hak dan suara hati anda sebagai Muslimah yang diraikan haknya dalam menjaga aurat, berhijab dengan sempurna, ditambah pula dengan keselesaan anugerah Allah untuk melakukan tugas dengan tenang dan kemas.

Insha Allah. Semoga Islam dijulang walau dimana sekalipon kite berada. Bangkitlah, suarakan perintah Allah yang wajib kite patuhi dengan mengkaji sebaiknya segala sebab musabab dan hikmahnya yang tersendiri. Insha Allah.

Wassalam.

p/s : sebahagian besar daripada teks ini diambil daripada Majalah Solusi yang memikat hati. :)



5 comments:

HanaNabihah said...

Huhu. Hana tak pernah tgk doc mase dlm OT. tgk pun dlm tv je. tu pn bkn doc yg tutup aurat. so, tak tau pulak time dlm tu kena bukak semua tdung.

nur_alhadi said...

hana boleh cari video lasik surgery ustazah pilihan.. Dr *** mmbuka tudungnya dn memakai shower cap.. itulah yg sy maksudkan..

fatin adawiah said...

Countdown to Ramadhan...
:)

Salam sayang,
Al- Quran Digital Edisi 2012

..................................................................
Quran Digital ini mempunyai keistimewaan tersendiri apabila dibekalkan dengan sebatang pen yang boleh membaca ayat per ayat dan surah per surah. Sentuh saja mata pen pada mana-mana Ayat atau Surah, pen ini akan mengeluarkan bacaan mengikut Qari mana yang kita pilih. Tidak tahu atau kurang faham membaca Al-Quran bukanlah lagi boleh dijadikan alasan untuk kita malas membaca dan mempelajarinya, kerana kita boleh mempelajarinya dari bacaan yang dibaca oleh Qari-qari yang dipilih. Al-Quran ini lengkap 114 surah/30 juz dan telah mempunyai kelulusan KDN dan Hologram dari Kementerian Dalam Negeri.

Hubungi saya Fatin 013 3347923 untuk mendapatkan harga istimewa. Jaminan setahun dan penghantaran percuma.

nur_alhadi said...

terima kasih Fatin Adawiah..

AZNIAL RAHMAT said...

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary

Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833