Tuesday, July 17, 2012

Jadilah Insan Yang Bersyukur Selalu. :)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah mempunyai segala macam sebab untuk mendapat tempat yang perdana dalam hati ini. Selawat dan salam rindu buat Rasulullah yang amat diri ini cintai. Semoga syafaat Rasulullah bersama di hari Pembalasan nanti. Salam kasih dan sayang buat semua ahli keluarga yang disayangi sepenuh hati. :)

Alhamdulillah, akhirnya kad jemputan dah boleh diupload dalam blog. Dengan bangga dan penuh pengharapan, sy ingin menjemput semua umat Islam menghadirkan diri di hari yang penuh kemuliaan ini bagi memeriahkan lagi sambutan kali ni. Insha Allah, pahala akan mencurah-curah buat antum yang ikhlas menghadirkan diri. Jemput datang ye para akhawat, ikhwan, sahabat handai dan tak lupa jugak kepada sanak saudara yang dihormati.
"Lihat sekelilingmu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang usahamu jangan pernah berputus asa, senyuman dan air matamu.. simpan, jangan dilepaskan begitu sahaja.. Jadikan pedoman.. Segala yang kau pandang dan dengar, jadikan panduan hidupmu.."


Sahabatku, para pembaca yang dikasihi Allah sekalian. 

Bile sy buke Facebook, macam-macam berita ade. Dan yang paling popular sekarang ni, keputusan Ijazah Sarjana Muda dah keluar. Macam-macam update ade, Alhamdulillah. Seronok sangat tengok sahabat-sahabat sy bahagia dalam kegembiraan. Tak kurang jugak yang marah-marah, maki tak tentu hala sebab tak dapat tawaran atau tawaran yang datang tak seperti yang dijangka. Sahabatku sayang, hilangkan perasaan tak puas hati tu dengan mengingati segala nikmat Allah untukmu. Jangan marah-marah, istighfarlah banyak-banyak. Allah tahu yang terbaik untuk dirimu dan agamamu.

Bila ada kawan-kawan yang tanya kenapa sy boleh tenang dengan sume masalah yang datang dari dalam dan luar. Mereka tanya, hidup sy ni tak pernah ditimpa kekecewaan ke. Subhanallah, Maha Suci Allah yang memberikan ketenangan luar biasa kepada sy. Sy jarang rase tertekan, jarang rase tak puas hati, jarang sangat mengungkit apa yang ditakdirkan tak jadi milik sy. Alhamdulillah. Baiklah, kali ni, dalam post nih, sy akan kongsikan satu rahsia dengan antum. Ini prinsip sy.

"Ingatlah wahai sahabatku, yang menulis segala musibah dan dugaan untukmu itu adalah yang menulis segala nikmat dan kebahagiaan untukmu sejak kamu dialam rahim lagi..."

"Janganlah kamu mengeluh jika tiba masa kamu berada dalam kesusahan, kerana kamu sudah mengecapi kebahagiaan dalam suatu tempoh masa yang sangat lama.."

Ha, inilah kata-kata yang menenangkan jiwa, mendamaikan hati sy dalam setiap perkara. Betul bila orang kata, bile kite banyak membaca kata-kata hikmah, kite akan lebih kuat dan tabah dalam melalui segala rintangan dan cabaran kehidupan yang tak pernah akan tamat. Inilah jalan yang kite kena lalui, tak boleh nak patah balik. Hanya teruskan melangkah dan melangkah lagi. perjalanan ini menuju Ilahi. Teruskanlah mencipta kebahagiaan dalam idup sendiri dan manfaatkanlah diri kite untuk kebahagiaan insan sekeliling. Insha Allah.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah juga atas segala nikmatnya. Mungkin kerana kegembiraan sy dalam menanti ketibaan Ramadhan yang mulia, Allah melipat gandakan nikmatnya kepada sy. Bukan nak riak, tapi ingin berkongsi cerita. Alhamdulillah, segala kesyukuran ini hadiah buat Allah. Sy telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya di UiTM yang menjadi taman tarbiyyah di hati ini. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (kepujian). Alhamdulillah, sy dapat gembirakan mama dan abah, seluruh keluarga yang selalu bagi sokongan yang tak henti-henti.

Sesungguhnya tawaran ini adalah satu titik permulaan. Semoga ini menjadi tauladan dan contoh buat adik-adik yang masih mencari-cari langkah untuk belajar sehingga berjaya mencapai cita-cita antum. Semoga kejayaan ini menginsafkan diri bahawa Allah tak pernah melupakan sy walaupon sy selalu melupakan Allah. Huhu. Semoga kejayaan ini menjadi iktibar kepada keluarga, membuat mereka yakin dan percaya bahawa sokongan mereka dalam didikan anak-anak adalah sangat penting. :)

Dan akhir kalam. Lupakanlah cerita-cerita dunia ini. Jom sama-sama kite persiapkan diri : mental dan rohani. Ramadhan sudah kian menghampiri. Tawaran ke syurga ini hanya sekali dalam setahun. Tingkatkanlah ibadah kite dengan berkualiti. Ini bulan pahala. Ini bulan keberkatan. Ini bulan Rahmat. Rugi sape-sape yang tak amik peluang ni. Berdoalah agar kematian kite di bulan Ramadhan, pintu syurga adalah jalan yang kite akan lalui. Insha Allah.

Wassalam.


6 comments:

sea_lavender said...

Alhamdulillah.. tahniah atas rezeki dan peluang menyambung pelajaran yg lebih tinggi :) moga berjaya dunia akhrat.. salam Ramadhan yg bakal menjelang tiba ...

nur_alhadi said...

alhamdulillah, terima kasih sbb sudi bace dn komen.. :) semoga ukhti juga diberi rezeki yg tak putus2 dr Allah..

SITOT said...

same uitm ! shah alam ke?

nur_alhadi said...

haah.. shah alam.. hehe.. :)

Manan Qayyim said...

Tahniah... Semuga berjaya disana...

My recent post : (PERCUMA) e-Book Ramadhan : Rujukan & Panduan Ibadah Sepanjang Ramadhan

nur_alhadi said...

terima kasih Manan.. enta add ana di FB jugak kn.. terima kasih..