Monday, July 09, 2012

Kenapa Perlu Saya Jadi Blogger.



Bismillah dan Alhamdulillah.
Sujud Syukur.. :)

Sedikit jawapan untuk soalan : Kenapa perlu menjadi blogger?

Pertama, sebagai jalan untuk sy berdakwah. Sebab sy tak selalu keluar join tazkirah, ceramah dan usrah sana-sini. Boleh kate macam tak konsisten la. Masalah utama sebab takde transport dan taknak menyusahkan orang lain. Masalah seterusnye sebab kekangan masa dan keluarga. Jadi, masa sedikit yang sy ada, sy nafkahkannya sepenuh hati untuk menulis dalam blog ni. Walaupun yang membaca tu jumlahnya sikit, tak seperti blog-blog hiburan yang lain, at least apa yang mereka dapat dari blog sy ni bermanfaat untuk mendapat keredhaan Allah.

Kedua. Kalau esok lusa sy mati. Inilah harta sy. Beberapa ilmu dan pengalaman yang baik untuk dikongsikan bersama pembaca. Mudah-mudahan ada ibrah sebalik cerita idup yang sy abadikan kat cni. Insha Allah, kekal selepas sy mati. Masih ada yang akan membaca. Dan alangkah indahnya kalau setiap mata yang membaca, mengajarkan pulak ilmu yang dia dapat kepada insan-insan lain. Insha Allah. Inilah pahala yang akan terus mengalir di alam barzakh. Inilah antara peneman dan bekal yang sy akan bawa bersama sesudah idup di dunia. 

Ketiga. Ini wasiat atau warisan harta untuk keluarga, bakal suami dan bakal anak-anak yang dicintai nanti. Sy tak publish sebarang buku (buat masa sekarang), malah gambar sy jugak jarang dimuatkan dalam album. Maka, untuk insan-insan yang tersayang ni, blog inilah sebagai hadiah sy untuk mereka baca. Segala luahan, malah cerita dari hati yang akan mereka baca untuk lebih tahu mengenai idup sy. Khas buat bakal zauj dan bakal soleh solehah yang Insha Allah wujud. Inilah tinta dari insan yang amat mengasihi kalian. Walaupon tak dapat bersama dalam masa yang lama, tp kenangan ini akan sentiasa hidup. Sebarkanlah. Insha Allah.

Mood : Zikrulmaut. 
Wassalam.

3 comments:

Cik Rongoks said...

ika paling suka yg no 2 tu ^^

Muhammad Adam bin Roslan said...

jemput2 la datang blog saya.
www.adamros.blogspot.com
saya perlukan teguran juga. sama2 kita belajar dan mengajar

nur_alhadi said...

Insha Allah.. terima kasih sudi ziarah ye.. Salam Sayang.. :)