Friday, July 13, 2012

Salahkah bercakap soal CINTA..



Bismillah. Dan Alhamdulillah, Alhamdulillah selalu. Selawat penuh cinta dan salam khas untuk Rasulullah SAW, kekasih Allah yang kian lama dirindui. Buat Ahlulbait dan para sahabat yang dihormati. Juga salam kepada semua yang telah beriman dengan iman yang sebenar-benarnya. Insha Allah.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan sy ramai sahabat, kawan-kawan yang tak penah melupakan sy saat mereka susah dan senang. Sahabat-sahabat yang saling berSMS, berCHATTING, untuk tanya khabar sy. Alhamdulillah, sy tak pernah jumpa sahabat-sahabat semacam ini semasa zaman persekolahan. Inilah kali pertama dalam hidup sy, ada sahabat yang selalu mengambil berat dan menjaga kebajikan sy. Alhamdulillah, serius best..!

Manusia memang lumrah hidupnya begitu : ada masa bahagia dan ada masa sedih. Sahabat-sahabat sy, malah sy sendiri jugak termasuk dalam situasi macam ni. Sebab, kami juga manusia. Kami bukannya malaikat. Huhu. Hati sy sangat tersentuh bila ada SMS atau email dari insan-insan istimewa ni yang mengadukan masalah masing-masing. Ada yang remeh, ada yang berat. Dan of course, kalo mengadu kat sy, mestilah banyak yang berkaitan masalah hati. :)

Terima kasih kerana Allah selalu mengurniakan sy sebuah ketenangan yang tak pernah ilang. Ketenangan dalam melalui kehidupan yang penuh cubaan dan dugaan. Terima kasih Allah, krn memberikan sy suatu rasa yang sungguh kuat, mengatakan bahawa setiap dugaan dan masalah ni adalah Tarbiyah kasih sayang daripada Mu. Dan ini buat sy rasa macam Allah selalu dekat dengan sy. Sememangnya, Allah itu dekat dengan hamba-hambaNya.

Insha Allah.


Ada beberapa kawan Facebook yang cakap kat sy macam ni : "Asik-asik cakap pasal cinta, asik-asik cakap pasal masalah hati antara muslimin dan muslimat. Cube la buka minda awak untuk menulis pasal masalah umat Islam yang lain. Masalah perbezaan mazhab, masalah politik dengan agama."

Sungguh, sy hormati pandangan yang sebegini. Prinsip sy, dalam memberi pendapat dan pandangan, tiada istilah betul atau salah. Itu semua perlu dihormati kerana mungkin ada kebenarannya. Terima kasih kerana antum mengingatkan sy betapa kita sebenarya ada banyak masalah. Kepada semua yang sudi membaca, sy ingin jelaskan sejelas-jelasnya, supaya antum jelas dengan pendirian sy. Sebagaimana antum ada hak untuk bercakap, maka hak itu juga ada pada sy.

**Jawapan ini dinyatakan dengan penuh kasih dan sayang : bernada lembut dan sopan. Tiada kemarahan atau hasad yang bertandang. Hehe. Senyum dulu. :)

" Maafkan sy kalau bicara sy seringkali berkisar tentang Muslimah, akhawat, cinta, perasaan antara dua hati, munakahat, poligami, bakal suami dan isteri, bakal ibu dan ayah, dan banyak lagi yang membuatkan antum bosan. Harus diingat, yang membuka blog sy ni terdiri daripada pelbagai jenis manusia. Dan setiap manusia, masalahnya berbeza. Kalau hari ini, masalah yang sy kupas dalam blog ni membosankan antum, mungkin ada hati insan lain yang memerlukan pencerahan, sokongan dan penjelasan tentang masalah yang antum anggap remeh-temeh ni. Dan, sy menulis berdasarkan apa yang sy tahu, sy menulis berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sy ada selama hampir 20 tahun. Kalau antum hebat dalam bidang politik, banyak ilmu tentangnya, maka dipersilakan antum buka blog sendiri dan kupas la sehabisnya. Kalau antum hebat dalam bidang perbezaan mazhab, maka antum bebas untuk menulis. Itu je. Akhir kalam, hidup kita bermula dengan sebuah cinta, kita hidup dengan rasa cinta, kita jugak menagih cinta dari Allah, semoga dengan cinta kita akan meraih Jannah yang penuh dengan cinta dan kasih sayang Allah. Ibadah memerlukan rasa cinta sebagai semangat. Terserah kepada antum, apa tafsiran antum tentang cinta. Kalau jernih hati antum, maka cinta itu tafsirannya akan baik. Kalau keruh pemikiran antum, maka negatiflah tafsiran cinta untuk antum. :)"

Secara logik, bila baca surat khabar, dengar berita, baca Facebook, sumenye berkisar tentang masalah hati atau lebih tepat lagi cinta. Sebelum kita lihat berapa ramai umat Islam yang terlibat dalam masalah Syiah vs Ahli Sunnah, cuba kita lihat insan sekeliling kita yang telah terjebak dalam masalah cinta manusia. Sebelum kita mendalami masalah agama yang sedang dipolitikkan, jom kita selami apa yang terbuku dalam hati anak-anak kite, hati sahabat-sahabat kita. Jadilah seorang yang bermanfaat dalam kehidupan insan lain. Sebarkan ketenangan kepada insan yang dekat dengan kita. Insha Allah.



2 comments:

HanaNabihah said...

Tak salah. Definisi cinta itu kan luas. Terpulang bagaimana seseorang nk mentafsirkannya =)

nur_alhadi said...

betul2.. kalo kite tafsirkan cinta hanya sbg perasaan yg melalaikan, maka itulah natijah cinta kite.. tp kalo kita tafsirkan cinta sbg alat menuju redha Allah, catalyst utk mantapkan ibadah, maka beruntunglah mereka yg ber'cinta' dgn cinta yg sebenar..