Tuesday, August 07, 2012

Kisah Menarik : Katak, Kala Jengking dan Ular. :)


Bismillah wa Alhamdulillah. Selawat penuh cinta dan salam rindu khas buatmu Kekasih Allah, Muhammad SAW. Salam kasih dan sayang buat seluruh ahli keluarga yang sudi membaca, sahabat-sahabat, ikhwan dan akhawat yang dirahmati Allah sekalian. Semoga ada kebaikan dan pengajaran yang membawa pahala kepada kita semua dalam perkongsian kali nih.

Saya. Sangat suke blogwalking teman-teman sefikrah. :)
Yang menyeronokkan dan mententeramkan, blog Ukhti Fatimah Syarha.
Yang dirindui dan dikasihi selalu, blog Ukhti Khalilah Rasyidah.
Yang baru mula dijejaki, blog Dr Cinta.
Macam-macam lagi la. Kalo nak sebut sume, memang tak cukupla satu post. Heh.

Dan ada juga, terselit beberapa blog yang suke mengabadikan kisah-kisah kehidupan sendiri atau peribadi. Hmm, lain orang lain caranya. Mereka ni menjadikan blog sebagai diari online. Bezanya diari tu boleh diakses oleh semua orang. Tak privasi gituh. Kisah hidup kita, sangat mahal. Mane boleh kongsi sesuka hati je. Melainkan jika dikongsi, akan menjadi iktibar dan pengajaran buat insan-insan yang membaca. Itu okeh.

So, janganlah bazirkan masa menaip kisah yang sia-sia. ( I tak suke die, I benci la orang tu, I nak story sket pasal pakwe I ). Oh nooo..! Jangan, membazir sangat citer-citer tu untuk ditulis berjela-jela. Kalau tak kisah tentang pembaziran yang awak lakukan, tolonglah amik kesah tentang pembaziran masa yang dialami oleh orang-orang yang membuka blog awak tu. Kesian dorang. Sume tak berpahala. Sedih.

Bulan Ramadan kan ni. Bulan untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Ready..?

*bunyi kipas berputar. Alhamdulillah, sejuk dan nyaman*
:)


Sebagaimana tajuk kat atas, sy ade kisah terbaru untuk antum semua. Mungkin antum dah tau, dan sy je yang baru tahu. Huhu. tapi takpe. Untuk yang dah tahu kisah nih, anggap sebagai tazkirah (peringatan) sebab manusia lumrahnya selalu lupa. Untuk yang belum tahu kisah nih, ini ilmu baru buat antum..! Boleh buat sebagai tazkirah untuk anak-anak, adik-adik usrah, ahli keluarga dan maybe isteri-isteri yang tercinta. Hehe.

Sebelom tu, sy nak sangat memetik kata-kata dari seorang Ustazah yang pernah mengajar sy dlu. Ustazah ni cume mengajar subjek Additional Mathematics, tapi perwatakannya yang sangat baik, sangat beragama, menjadikan dirinya sangat dihormati dan sangat suka didampingi para pelajar. Best kan. :)

"Setiap saat Tuhan membelai kita, menjaga kita dan menolong kita. Tapi kita sering tidak menyedarinya. Malah mungkin ada yang menafikannya terus.."

*kisah menarik bakal bermula*

Ibnu Qadamah dalam salah satu karyanya yang bertajuk Tawwabin, pernah menceritakan sebuah kisah menarik tentang kasih sayang dan pertolongan Tuhan. Ibnu Qudamah merujuk kepada kesaksian seseorang yang telah mengalami sebuah kejadian nyata yang amat menakjubkan. Orang itu adalah Yusuf bin Husain.

Yusuf menceritakan kisahnya begini. Pernah satu ketika, aku bersama Dzun Nun Al Mishri berada di sebuah tepian anak sungai. Aku melihat ada seekor kala jengking besar di tempat itu. Tiba-tiba, ada seekor katak muncul ke permukaan sungai dan kala jengking itu kemudiaannya naik ke atas belakang katak tadi. Kemudian, sang katak itu berenang menyeberangi sungai ke tepian yang satu lagi. 

Dzun Nun Al-Mishri berkata, ada sesuatu yang aneh dengan kala jengking itu, lalu mereka berdua mengikuti kala jengking dengan katak itu. Mereka menyeberangi sungai dengan mengikuti kala jengking yang didukung katak itu. Mereka terperanjat apabila menjumpai seseorang yang sedang mabuk, tertidur di tepian sungai. Dan di sebelahnya ada seekor ular yang sudah mula menjalar dari pusat kemudian ke dadanya. Kelihatan seperti ular itu ingin menggigit telinga manusia tadi.

Lalu kemudian, mereka menyaksikan satu kejadian yang luar biasa. Kala jengking itu melompat ke atas tubuh ular itu dan terus menyengat ular itu sekuat-kuatnya. Sang ular menggeliat-geliat kesakitan. Dzun Nun pon membangunkan manusia yang terbaring mabuk itu. Dzun Nun berkata :

"Hai anak muda, lihatlah kasih betapa besarnya kasih sayang Allah yang telah menyelamatkanmu. Lihatlah kala jengking yang telah diutuskanNya untuk membinasakan ular yang hendak membunuhmu." dan Dzun Nun melanjutkan lagi nasihatnya : " Hai orang yang terlena, padahal Tuhan menjaganya dari mara bahaya yang merayap di kala gelita. Sungguh aneh mata manusia mampu terlelap meninggalkan Tuhan Yang Kuasa, yang melimpahkannya dengan pelbagai nikmat."


Selepas tu, orang yang mabuk tu pon cakap : "Duhai Tuhanku, betapa agung kasih sayangMu sekalipon terhadap diriku yang derhaka kepadaMu ini. Jika demikian, bagaimana pula dengan kasih sayangMu terhadap orang yang selalu taat kepadaMu..?"

Akhirnya pemuda mabuk ni terus bertaubat dan selalu sangat menangis bila terkenang kisah-kisah hidupnya yang dah berlalu sia-sia. Kisah kala jengking ni sbenarnya banyak pengajaran yang tersembunyi. Tanpa kita sedar, kisah macam ni selalu jadi dalam hidup kita. Betul tak..? :P

Ha, cuba kite renungkan masa silam kita. Mungkin masa yang baru je berlalu. Kita pernah berada dalam kesusahan yang kita sendiri tak dapat bayangkan. Lalu Allah kirimkan kala jengking yang berbentuk bantuanNya tanpa kita sedar. Hmm, cuba antum letakkan diri dalam situasi yang antum ada bebanan hutang yang sangat banyak. Tanpa antum sedar, mungkin antum akan dibunuh atau ditangkap jika antum tak bayar hutang tu. Jadi, antum pasrah dan memikirkan cara terbaik. Allah kirimkan bantuanNya, misalnya ada sahabat antum yang mendengar cerita antum ini, lalu die bermurah hati nak membebaskan antum dari bebanan hutang yang boleh membawa maut.

Yang sy paling tertarik dengan kisah ni, Allah memberikan nikmat dan bantuan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Orang derhaka, orang berbuat maksiat, orang yang zalim, malah orang kafir pon mndapat nikmat daripada Allah. Jika nikmat yang mereka terima itu besar, maka besar lagilah nikmat yang orang-orang Mukmin terima. Cuma kite xsedar macam mana bentuk nikmat itu sebenarnya.

Jadi, sy menyeru kepada semua yang sedang membaca. Berhenti sejenak.
Sebutkan Alhamdulillah sebanyak-banyaknya. Syukurlah pada Allah. :)
Allah sangat sayangkan kita melebihi kasih sayang seorang ibu kpd anaknya yang kecil.
Allah tak rela kita masuk neraka, Allah taknak kite sesat dalam dunia.
Tapi akhirnya, Allah itu Maha Pembalas.
Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, kejahatan juga dibalas dengan kejahatan.

Wassalam.


1 comment:

Anonymous said...

mantap..! :)