Monday, September 03, 2012

Didik Anakmu Dengan Kelembutan. Tegas Itu Harus Ada Had.


Alhamdulillah. Bertemu lagi di penulisan singkat untuk hari ini. Syukur, Allah menyediakan ruang waktu yang terluang untuk sy memanfaatkannya di jalan ibadah dakwah. Selawat dan salam rindu khusus buat Rasulullah yang amat kucintai. Mudah-mudahan dengan selawat yang selalu ini, Rasulullah akan ingat kpd kite. Syafaatnya sentiasa kuimpikan dan rahmat Allah sentiasa kudambakan. Insha Allah.

**Penuhi jiwa ini dengan satu rindu. Rindu untuk mendapat rahmatMu, Ya Allah.**
Ha, ni salah satu lirik yang sy petik dari koleksi lagu Opick. Best, best..!

Alhamdulillah wa syukurillah. Actually masih dalam mood nak beraya. Haha, lantakla orang nak cakap sy ni beraya tak padan dengan puasa. Tak kire, raya mesti sebulan. Sebab mane cukup mase sehari je nak keliling rumah insan-insan istimewa yang sangat disayangi kan. Raya bagi sy adalah untuk kite selitkan masa bersama keluarga, sahabat, jiran dan semua yang bernama manusia (sambil kutip duit raye, of course la..) Hehe, tapi tu bukan tujuan utama. Niat hanyalah perhubungan yang erat kerana Allahu Taala. Insha Allah.

Cakap pasal duit raya. Teringat satu slot mase openhouse tempoh hari. Ade seorang anak kecil, perempuan. Comel sangat, rambutnye panjang tapi kemas. Jarang la nak jumpe anak kecil macam die yang simpan rambut panjang dan sangat bersih. Die tu anak murid mama kat tadika. Sy kenal pon sebab mama hari-hari citer pasal telatah comel die mase dalam kelas. 

Citenye macam nih. Die dah berkali-kali datang rumah sy. Maklumlah, umah sy nih takde anak kecil. Jadi, bile ade anak-anak jiran yang kecil-kecil tu datang, hmmm, memang meriah la. Abes sampai mama, abah, adik sumenye melayan. Abes segala mainan yang ade dikeluarkan. Mase openhouse aritu, mama die dah ajak anak die balik rumah. Pastu anak kecik ni, dengan muka yang macam dah nak menangis jerit. Ehem, die pelat. Bile dengar betul-betul, rupanya die nak duit raya. Haha, semua tetamu yang ada kat rumah mase tu ketawa besar la. Haha, kelakar sangat. 

" Adik nak duit yaye. Adik belom dapat duit yaye lagi. Kalau nak balik, kene bagi duit yaye dulu. "

Subhanallah, moga Allah sayangkan anak ni. Lindungi dia, Ya Allah. Terangkan hatinya dan tajamkan akalnya. Moga satu hari nanti suaranya akan melaungkan dakwah ke jalanMu.


Itu salah satu kisah yang best dan tak ilang dari memori. Ade jugak jiran-jiran yang memang ramai anak. Tambah meriah bile semua sekali datang beraya. Ada satu almari kat ruang makan rumah sy yang penuh dengan kereta-kereta mainan. Oh, budak-budak lelaki memang suke la berkumpul kat almari tu. Takot tengok serangan dorang, takot almari tu pecah je. Nanti kene kaca. Huhu. Kereta mainan tu koleksi sy, adik dan abah. Kiteorang memang suke kereta. Hehe.

Sy perhatikan gelagat beberapa ibubapa melayan anak-anak bermain. Ade ibubapa yang seronok sangat nak berborak, smpai lupe mane anak-anak pergi. Kena ada orang lain yang jaga anak-anak dorang pulak. Ada jugak ibu yang tak lepaskan anak, tak bagi anak berlari-lari dalam rumah orang. Lalu si anak tu, duduk je diam-diam sebelah ibunya. Ni antara yang menyenangkan hati jugakla, sebab sy tak payah berkejar-kejar dengan anak-anak kecil yang berlari keluar pagar rumah. Huhu.

Yang menarik tapi tak seronok. Ada ibubapa, khususnya bapa la yang marah-marah anak dorang. Kadang-kadang hanya kerana satu prkara tersilap sikit je. Ade anak-anak yang taknak makan, maklumlah jumpe ramai kawan yang lain tengah main, manelah dorang ade selera lagi nak makan. Sume pakat nak main je. Lalu, si ayah tadi marah si anak. Terbantut niat si anak nak bermain dengan riang. Mata si anak berkelip-kelip tengok kawan-kawan seronok berkejaran kat halaman. 

Ada airmata yang bertakung menanti masa nak menitis ke bumi. Si ayah pulak terus-terusan merenung si anak yang hatinya melonjak-lonjak membantah. Ada suara di tekaknya, nak menyatakan betapa si anak ingin bersama kawan-kawannya. Tapi lidahnya kelu, takut nak bantah cakap si ayah. Silap-silap nanti, ada cubitan dan pukulan yang terpaksa badan kecilnya terima. Allah. 

Tangan ini ingin sekali mengusap tubuh si anak tu. Hati ini ada naluri seorang ibu yang dianugerahkan Allah untuk semua ciptaan yang bernama Hawa. Subhanallah. Ingin rasenye nak usap airmata si anak yang dah mula mengalir. Anak-anak ada hak untuk bermain. Ibubapa pula ada hak untuk mendidik dengan cara mereka. Tapi jangan sesekali sekat hak anak untuk bersuara. Jangan biarkan mereka takut untuk berkongsi rasa dengan kite sebagai ibubapa.

***** Kasihan si kecil tu. Dia ada suara hati, tapi tak siapa sudi mendengar. Si anak berpaling kepada pelukan ibunya yang rancak bersembang. Tidak terdengar lagi tangisan. Tapi air matanya berjuraian hiba. Dapat kurasa, hatinya menjeruk luka. Duhai ayah dan ibu, jangan terkejut nanti. Suatu masa, bile die besar, die tak sudi lagi nak berkongsi...

:) Wassalam.

No comments: