Thursday, September 06, 2012

ISTIKHARAH : bukan alat ajaib penentu jodoh semata..!


Aku menulis hanya kerana Allah dan berlandaskan Asma' Allah yang mulia.

Selawat dan salam rindu khas dituturkan buat Rasulullah yang amat dicintai. Begitu juga salam penuh kasih sayang buat ahli keluarga yang sudi membaca coretan hati seorang gadis. Buat sahabat-sahabat, dan pembaca yang dikasihi sekalian, coretan ini adalah untuk antum. Mudah-mudahan menjadi panduan dan pedoman untuk antum, dan untuk diri sy sendiri.

**Insha Allah**

p/s : post kali ni sebenarnye diambil dr salah seorang blogger trkenal, dn diedit sedikit untuk mengelakkan sy dilabel sebagai 'pencetak rompak'. :)

Istikharah.
Kalimah nih sangat popular dalam alam para muslimin dan muslimah yang sedang bercinta. Tak lupe jugak kepada mereka-mereka yang sedang merancang pembinaan Baitul Muslim. Tapi, kite jugak kene ingat. Istikharah ni bukannye untuk tujuan nak kawin semata-mata. Kalo istikharah ni dibuat untuk pilih calon, nak tentukan calon antum tu betul atau tak, maka bolehla sy katakan yg istikharah ni sebenarnye 'alat pencari jodoh'.. Ha, kan.

Pandangan orang ramai ttg istikharah sekarang nih banyak yang dah salah. Asal bercinta je, tanye dh istikharah ke belom. Asal nak kawin je tanye dh istikharah ke blom. Tapi jarang-jarang kite dengar, mase nak minta kerja, mase nak beli kereta, mase nak pilih tempat sambung belajar, tak ramai yang buat istikharah untuk ni. Sedangkan, istikharah yang diajar kepada kite adalah ketika nak buat semua keputusan dalam idup.

*** Hmm, tapi penah sekali kawan-kawan sy wat istikharah nak tau soalan ramalan mane yang kluar time Final Exam. Hahaha. Mengarut, just untuk gurauan dikala tension. Huhu.


Hmm, sambung balik. Ada beberapa situasi yang membuatkan sy jadi keliru dengan kejernihan istikharah ni. Situasi yang berada di antara petunjuk dari Allah atau semua ni adalah fitnah dari syaitan. Bahaya tau situasi camni bile melibatkan hal-hal yang penting macam nikah.

Ok, contohnya camni : Seorang lelaki dah bertunang dengan seorang perempuan (mestilah kan..). And after that, lelaki nih buat istikharah lagi lepas pertunangan mereka. Dan tiba-tiba, lelaki tadi nampak 'perempuan yang lain' dalam mimpi die. Terus dikatakan ini adalah petunjuk istikharah dan terus die putuskan pertunangannya dengan pompuan pertama sebab die rase pertunangan die adalah satu kesilapan. Huhu.

Next : Seorang lelaki sedang mncari seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Untuk tujuan tu, die pon wat la istikharah. Die nampak la 'si Milah' kononnya. Jadi, lelaki ni tros nyatakan hasratnye padi 'si Milah' and family. Tapi, 'si Milah' ni pulak menolak lamaran laki tu. Laki ni dengan yakinnya berdalilkan istikharah die mengatakan bahawa ini takdir Allah. Mereka harus bersama walau ape sekalipon terjadi. Membuatkan 'si Milah' serba salah nak menolak istikharah yang dikatakan 'jodoh dr Ilahi'. Subhanallah.

Last : Seorang perempuan, beristikharah dan ternampak 'si Mail'. Tapi die belom lagi kenal dengan 'si Mail' ni. Hanya bayangan dalam mimpi jelah. Pada masa yang sama, datang pulak 'si Kamil' untuk melamarnya sekaligus masuk meminang. Perempuan ni terus hold, maknenye menangguh dulu la pertunangan yang keluarga mereka aturkan sebab still nak tunggu 'si Mail' dari mimpinya muncul. Walaupon die sedar itu hanya mimpi yang boleh jadi sebagai mainan syaitan.

Serabut, tak menenangkan dan boleh memutuskan beberapa hubungan yang mulia. Kenapa sewajarnye jadi cmni, sedangkan istikharah sepatutnye memberi jawapan yang meyakinkan dan mententeramkan hati..?


*senyap dan sunyi. Hanya bunyi kipas berputar kedengaran.*

Ok, antum pernah dengar pasal Istisyarah..? Ha, ni satu kalimah yang maybe ramai orang tak tahu atau mereka sebenarnye lupa tentang wujudnya kalimah nih. Istisyarah ni sebenarnye macam kite rujuk kepada pendapat orang len (ibu bapa contohnye, sahabat dan sebagainya). Untuk kumpul maklumat, pendapat orang lebih tua tentang situasi yang kite sedang hadapi. Dalam konteks post kali ni, tentang urusan memilih pasangan hidup.

Tapi, ramai meninggalkan perkara penting ni.

Ini la salah satu punca yang menyebabkan istikharah kite mnjadi satu perkara yang menyerabutkan jiwa dan memeningkan kepala. Sebab, jauh dalam hati kite mengatakan bahawa istikharah adalah 'alat penentu jodoh'. Kemudian tanpa dalil atau keyakinan yang kukuh, kite yakin bahawa petunjuk istikharah ni datang melalui mimpi, contohnya. Disebabkan adanya kepercayaan tanpa asas yang kukuh camnilah, syaitan menyusup dan menyuntik 'was-was' atau keraguan dalam hati kite.

Kerana itu, mimpi hakikatnya takleh jadi dalil. Petanda-petanda ajaib ni, kadang-kadang bukannya petunjuk Allah. Dan bukannya satu kemestian lepas je antum istikharah, antum mesti jumpe bnde-bnde pelik atau antum mesti akan dapat mimpi. Huhu. Kadang-kadang, kite sibuk fikir macam-macam hal, itu dan ini, maka selalu terjadi perkara yang kite fikir tu akan masuk dalam mimpi kite. Logik kan. Dalam mimpi, kite boleh kontrol sebenarnye ape yang kite nak tengok dan apa yang kite nak nampak. (Baca : sile rujuk buku psycology tentang mimpi). 

Di sini. Kite keliru, dan sewenang-wenangnya menyetakan bahawa yang datang itu adalah 'petunjuk Allah'..!

Namun, kite lupe nak berbincang dengan keluarga. Lupa nak imbangkan kebaikan dan keburukan. Kite tros amik keputusan bulat-bulat sebab keyakinan kite yang kurang ilmu. Kalau kite selalu bermesyuarat dengan keluarga, tahu mana baik dan buruk, dapat pertimbangkan sebaiknya dengan panduan orang tua dan lain-lain, maka sy boleh katakan yang istikharah sudah tak diperlukan lagi. Jika tak yakin, baru istikharah sebagai jalan akhir. Bile istikharah pertama tak yakin, buat yang kedua dan seterusnya. Lepas tu, mantapkan hati dan buatlah pilihan. ni baru betul.

Contohnya. Rasulullah pernah buat beberapa pilihan tanpa melakukan istikharah terlebih dahulu sebab Baginda yakin keputusan yang diambil tu tepat. Kisah peperangan Badar, Rasulullah nak pilih satu kawasan yang jauh dari mata air. Para sahabat pula cadangkan tempat yang dekat dengan mata air. Lepas Rasulullah dengar kebaikan dan kepentingan betapa pentingnya kubu mereka itu dekat dengan mata air, Rasulullah tersu terima pendapat para sahabat. Kerana, cadangan itu jauh lebih releven dari cadangan Baginda yang pertama tadi.

Dan ada beberapa kisah len. Antum bolehlah google sendiri yek. Hehe.

Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata : "Adapun Rasulullah saw mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana baginda mengajarkan kami satu surah daripada Al-Quran. Baginda Rasulullah berkata : Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia melakukan solat sunat 2 rakaat.." Hadis Riwayat Imam Bukhari.

Ini Hadis umum, tak ade perintah wajib melakukan istikharah.
Ha, fikir-fikirkanlah. Kalo antum dah wat keputusan sampai dah bertunang, hiduplah dengan keputusan antum tu. Dan kalau istikharah boleh menyusahkan antum, apa perlunya lagi antum istikharah. HAdapi segalanya dengan tenang. Bahagia boleh dicari. Berdoalah kepada Allah selalu.

Wassalam.