Friday, September 14, 2012

Ting Tong..! Saya Dah Kat Fakulti Law.. :)


Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah. Syukur setinggi-tingginya buat Allah yang kusayang..!
Salam rindu khas untuk kekasihNya, Muhammad Rasulullah. Salam sayang buat sume pembaca.
Semoga kite selalu dalam rahmat Allah dan dalam kasih sayang Allah. Selalu dan selamanya.
Insha Allah.

Dah seminggu tak menulis kan. Bagi antum yang selalu buka blog ni, maaf sebab takde cerita menarik untuk sementara waktu. Yes, maybe hanya sementara waktu. Sebab sy masih terkial-kial menyusun masa, menyesuaikan diri dan membina keyakinan yang mantap untuk terus bergelar pelajar Undang-Undang.

:)

Masih tak percaya sebenarnya. I am officially a Law Student. Subhanllah.

** pernah terfikir, kenapa la aku tercampak kat bidang yang profesional nih.
*** sungguh. Rasa diri ni macam kerdil sangat nak dibandingkan dengan insan senasib.
**** but, of course. Law is actually an enjoyable subject to be learn. Insha Allah.
(semoga pemikiran positif ni sentiasa kekal, melekat dan tertanam di dasar akal yang satu..)


Satu moment yang mengagumkan. Bile jumpe penulis salah satu buku Law yang memang terkenal. (mungkin buku ni terkenal untuk pelajar foundation). Dr Nuraisha Chua, klu xsilap la. Not so sure about the spelling.

Insha Allah, gambar akan diupload nanti ye. Sebab USB wire untuk fon tak jumpa cari. Gambar yang nak dikongsikan sume ade dalam fon lagi buat masa ni. Gambar Fakulti Undang-Undang yang cantik. Huhu, bukan cantik di semua tempat, tapi rasenye cukupla untuk membuat seorang pelajar Undang-Undang rasa banggaaa. Huhu. Tak kesah la kan.

Paling excited, time masuk dalam kolej. Mula-mula, kolej yang ditawarkan untuk students law adalah kolej Mawar. Tapi, last minute UiTM hantar sms cakap students law, business study dengan denstistry akan ditempatkan kat kolej Delima pulak. At first, sy google la jugak pasal kolej Mawar. Dapatlah info, kolej Mawar adlh yang paling besar dan memuatkan ramai pelajar. Kolej Mawar ni special sbb ade lif. Wah, mmg kagum la mase dapat tau tu. Ingat kan boleh la lupakan tangga. Haha.

Tapi menyedihkan bile pindah kolej Delima. Alhamdulillah, betullah Allah tahu ape yang terbaik untuk hambaNya. Rupanya kolej Delima ni dekat dengan Fakulti Undang-Undang. syukur sangat. Actually dekat, tapi disebabkan berbukit-bukau, jadilah tersangat penat dan stress. Takpe, nanti biasalah kot. :)

Buat kawan-kawan seangkatan, harap kite semua dianugerahkan kekuatan yang luar biasa.

p/s : bilik sy hanya berdua dengan kakak degree business management. And, di tingkat enam. Hehe. Maybe lepas ni, kemahiran bisnes sy akan jadi lebih baik. Atau maybe sy akan belajar untuk belanja dengan lebih berhemah dan bijaksana. Insha Allah.

and Insha Allah..! sy akan mempunyai otot-otot kaki yang kuat selepas lapan semester kat sini. Jangan jealous yeh.. ;P


Alhamdulillah jugak, banyak senior-senior yang sudi meminjamkan, dan ade yang memberi buku dan nota-nota mereka kepada sy. Allah ni baik sangat, dan Allah hantar orang yang baik-baik kepada sy. Sayang mereka sume kerana Allah. Sekarang masih belom trlalu busy dengan kuliah, so masa banyak dihabiskan dengan meng'online'kan diri. Hehe.

Hmm, rasenye tu jelah kot yang nak dicoretkan setakat ni. Sy mohon semua pembaca untuk mndoakan sy selamat dan berbahagia di samping kawan-kawan kat sni. Dan doakan supaya kaki nih terus kuat menapak di sepanjang jalan yang amatlah menyesakkan dada. Huhu.

Cik Blackberry yang tersayang, awak akan jadi kamera sy sepanjang masa. Hehe.
Mane la USB wire awak ni cik Blackberry. Huhu.

Esok ada taklimat Koko, ingatkan kat sekolah je ade bnde-bnde ni. kat universiti pon ade jugak~
Lusa, kene pakai comel-comel sebab nak tangkap gambar kad matrik~ :)

Jumpa lagi lain kali.
Wassalam.

No comments: