Sunday, September 02, 2012

Updated : 2 Sept 2012. Bahagia dalam membahagiakan insan lain. :)


Alhamdulillah wa syukurillah. Subhanallah. Alhamdulillah berkali-kali.
:)

Selawat dan salam buat Kekasih Allah, Rasulullah yang amat sy cintai. Salam sayang buat ahli keluarga yang meluangkan masa membaca sekerat penulisan yang terbit dari hati. Salam rindu buat sahabat-sahabat yang masih sudi membuka blog nih. Insha Allah, semoga Allah sentiasa melabuhkan rahmatNya kepada kite sume. Ikhlas juge, semoga antum masih seronok dan bahagia bersama keluarga masing-masing di bulan Syawal yang meriah ni.
 
Aidilfitri dah lame berlalu. Kemeriahan yang tercetus masih terasa hingga saat ini. Bersyukur kerana dianugerahkan saudara-saudara seiman yang sangat rancak mengucap selamat buat diri ini. Bersyukur juga kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sudi menjadi tetamu dirumah saya sepanjang musim perayaan kali ni. Khususnya, tetamu semalam : 1 September 2012, **openhouse Aidilfitri 2012. Hehe.

Rasenye belom lambat lagi kot nak wish, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Salam Aidilfitri buat semua pembaca yang dihormati kerana Allah.


*senyum sorang-sorang* Heheh.

Teringat suasana semalam yang sangat-sangat meriah. Bangun pukul 6 pagi, rupa-rupanya mama dan umi dah bangun lebih awal. Kejut adik yang tak bangon-bangon walaupon die yang semangat sangat nak bangun pkul 5 pagi. Siap-siap, turun bawah dan tercium bau macam-macam makanan yang mama masak. Penuh meja kat dapur. Blom tambah makanan yang dh tempah dr cik katering lagi. Huhu. Dalam hati trtanya-tanya, mama ni jemput satu taman perumahan ke datang umah..? Huhu, serius banyak makanan.

Bile abah balik keje, around 9 a.m kot, abah pulak gi amik sate dr pembekal. Wah, macam nak wat kenduri gayenye. Sate sampai, bekas-bekas makanan pon diatur secantik-cantik yang boleh kat car porch. Ingatkan dah settle. Rupenye abah bawak lagi 3 biji tembikai susu. Oh, banyaknye. Tak cukup lagi, sy kene bawak si adik beli lemang pulak kat pekan Tasik Puteri. Amboi, banyak benor makanan. Sure tak abes nih. Membazir, membazir.. Huhu.

Tapi tak sangka, tetamu yang hadir melebihi jangkaan sy. Sampai lenguh-lenguh lutut ni berdiri tambah makanan, kemas meja, layan anak-anak kecik, layan makcik, pakcik-pakcik sume. Alhamdulillah jugak, makanan sume habis. Adelah tinggal sikit untuk kiteorang sarapan esoknye. Tapi, tuan rumah sendiri pon belom dapat makan mkanan yang ditempah sejak semalam. Tak putus-putus sedare, jiran, sahabat datang bertandang. Hehe.

Apa nak cakap..? Just Alhamdulillah, syukur. Jalinan yang dah erat, bertambah jadi semakin erat. Hubungan yang rapat, menjadi semakin rapat. Ukhwah yang indah, jadi semakin indah berseri. Indahnya ayat-ayat cinta Allah yang suruh kite ni menyambung silaturrahim. Semuanya sangat bahagia. Penat pon tak terasa. Senyum tak lekang dari wajah semua yang hadir. Tambah meriah, jiran sebelah rumah pon wat openhouse serentak. Tambah mnyelerakan, juadah kami berbeza-beza. Macam-macam bau ade. Syok btollah. Hehe. :)

Ooppss! Maaf ye, gambar takdelah. Umi dan bawak balik kamera die. Tak sempat nak transfer gambar. Tapi takpe, gambar tak penting as long as perkataan boleh menggambarkan. Chewaahh. Hehe, Subhanallah.  Ha, nape sy tibe-tibe post pasal openhouse semalam ek? Hmm, tak lain tak bukan, sebab nk update blog ni la. Kesian, dah lame sangat kene tinggal. Rase serba salah sebab ade beberapa mesej dari nombor yang tak dikenali tanye mane post terbaru. Masha Allah, aasif ye pembaca sume.

Insha Allah, masih ade post yang masih dalam minda.
Belum ada masa nak terjemahkan dalam bentuk huruf.
Sy akan pastikan sebelum 8hb Sept, akan ade bingkisan rindu buat antum.

Semoga Allah izinkan. :)
Wasalam.

2 comments:

rimbunhijau said...

teruskan menulis, moga ALLAH redha ^^,

nur_alhadi said...

terima kasih atas ziarah dn dorongan.. :)