Sunday, November 18, 2012

Diari Kecil Sebagai Ingatan. :)


Bismillah, Dengan Nama Allah, tangan ini mula menari laju di atas papan kekunci lappy tersayang. Bersenandungkan selawat penuh cinta buat Kekasih Utama, Muhammad yang amat dikasihi. Salam kerinduan dihulur buat keluarga yang sedang berehat-rehat di rumah. Merekalah sumber-sumber yang membuatkan hati terasa bahagia dan kuat selalu.

Insha Allah.

Tuhan, jagakan mereka yang amat sy sayang ini.
Jangan biarkan sy kehilangan salah satu dari mereka.

Entah kenapa, akhir-akhir ini, tangan bagaikan tidak fasih seperti selalu. Lidah sepertinya kelu untuk meluahkan butir-butir bicara yang seni. Sudah tiada lagi angan-angan indah bermain dalam minda. Allah, rasanya macam kehilangan arah hidup.

Entah.
Mungkin sebab bebanan kerja yang menghimpit masa.
Mungkin sebab sy terlalu dhaif melabel kerja-kerja itu sebagai bebanan.
Mungkin sebab sy yang membebankan diri sy sendiri.

:'(

Bermula Khamis lepas, sy cuba mencari kegembiraan dan ketenangan melalui seorang kekasih.
Alhamdulillah, Allah hantar rasa bahagia itu melalu dirinya. Meskipun hanya seketika, sangat bermakna.
Dan kemuncaknya, semalam. Nikmat bahagia dan tenang itu sangat dirasakan.
Dan rasa itu kembali hilang. Hilang. Dan tak tahu bila akan datang semula.
Lemahnya diri ini, mengharap pada manusia lain.
Tidak cukup lagi kekuatan untuk hanya berharap pada Ilahi.



Dengan rasa rindu yang membuak-buak. Rasa cinta yang meluap-luap.
Hari-hari yang dilalui terasa sangat sunyi. Sangat hambar. Malah, memenatkan.
Mungkin diri ini sedang diuji. Tapi ujian itu tak terasa menggembirakan.
Ujian yang merupakan tanda kasih dari Pencipta.
Dianggap satu masalah yang sangat mengganggu.
Wahai sifat sabar dan redha, masuklah kalian dalam hati yang kosong ini.

Hmm.

**Saat ini, roomate takde. Ada discussion dengan kawan, katanya.

Hmm.

Di saat sendirian, memang takleh nak nafikan. Ada perasaan macam Allah sedang memerhati. Memang betul pon, Allah sentiasa perhatikan kite. Tapi masa dengan kawan-kawan, perhatian tu taklah terasa sangat. Bile duduk sorang-sorang, serius, rasa sangat dekat dengan Allah.

Terbit salah satu mutiara kata dari Ustazah Fatimah Syarha yang sy sangat minati. Katanya, kalau ada rasa rindu pada 'si dia' dalam hati, itu perkara normal bagi manusia. Tapi, awas. Jangan jadikan rindu tu sebagai panahan syaitan yang paling berbisa untuk melemahkan iman. Tuka, transformasikan rindu tu jadi sesuatu yang berpahala. Setiap kali rindu itu hadir, berzikir banyak-banyak pada Allah. Buat rindu tu macam alert untuk zikir yang berpanjangan.

Sy sejujurnya sedang mengaplikasi nasihat ini semampu yang mungkin. Moga-moga rindu ini berpahala. Moga-moga rindu ini bermanfaat. Jalan yang ditempuh sangat-sangat jauh. Dan jalan yang jauh ni, ada banyak halangan di sepanjangnya. Nak atau taknak, sy terpaksa jadi kuat meskipun hati bercelaru dengan macam-macam perasaan sebagai manusia.

Allah, bantu sy ya..! 
Tanpa keluarga disini, sy hanya bergantung pd Pencipta sy.



Betullah orang kata, wanita adalah ciptaan yang unik daripada Ilahi. Hadiah kepada kaum manusia yang ada di bumi ini. Wanita. Sifatnya lembut. Hatinya sangat rapuh. Imannya sangat nipis. Wanita ni, dia tak pandai kenal erti pertengahan. Kalau dia sayang, maka sayang itu sepenuh hatinya. Dan kalau dia benci, maka bencinya itu sangat mendalam. Tak boleh sikit-sikit. Sy sendiri rasa diri sy pon macam tu jugak. Sebab. Sy wanita..!

Tapi sekalipun sy wanita, sy takleh tunduk lemah pada sifat kewanitaan sy. Sy nak jadi seperti Nabi Muhammad. Jiwanya adalah jiwa sang murobbi. Jiwa yang Allah berikan untuk mendidik. Sy sayangkan akhawat sekeliling sy. Sy sayangkan usrah-usrah sy. Sy sayangkan sahabiah-sahabiah sy. Sy takleh lemah. Biarpun senyum yang terukir boleh dilihat saban hari, sy takkan khabarkan pada mereka yang hati sy merintih sepanjang malam. 

To all my readers, please pray for me.

"Ya Allah, jadikanlah aku antara mereka yang hatinya sangat dekat denganMu. Jadikan aku antara mereka yang jiwanya berpaut pada kalamMu. Jadikanlah aku orang-orang yang tenang menghadapi ujian duniawi. Ya Rabbi, kuatkanlah hatiku ini dengan rahmatMu. Lembutkanlah tutur kataku, fasihkanlah bicaraku. Andai tangan ini berbakat, maka fasihkannya juga. Allah, makbulkanlah permintaanku....."

p/s : Jangan lupa saudara Islam kite di Gaza ye. Nanti Insha Allah sy akan kongsikan pengisian Malam Mencari Hijrah di DATC, UiTM Shah Alam. Rangkanya dah siap, tapi belom ada masa yang cukup untuk menulis dalam blog. Doakan sy ye. :)

p/s : Saat kite terlalu gembira dengan nikmat sekarang, fikir-fikirkan sahabat di Gaza yang menderita mempertahankan iman. Kite tak mampu nak terbang ke sana. Kalau mampu pon, kite takleh nak tolong mereka. Hanya da sebagai tautan pada mereka supaya kekuatan mereka jd semakin hebat. Merekalah ahli-ahli syurga..!

p/s : I'm improving my driving skills. Hehe. (tetibe je...) Tak kesahla, this is my blog. Hahah. Cuma nak memperingatkan, kalau tak suke cara sy menulis, takyahlah gatal buka blog sy. Pastu mulalah nak komen macam-macam. Awak tau tak, orang macam awak ni selalu wat sy rase 'down'. Sy tak perlukan orang macam awak. Sekian.

Wassalam. 

6 comments:

Hidayah said...

nak menyampuk kat part last sekali

dimana kak dayah amat la bersetuju..

blog kita,ikut kita la nak cerita pasal apa...kan?

kalau tak suka jgn baca...

dan tak perlu tinggal komen negatif..

mmg buat kita rasa "down" je..

:)

nur_alhadi said...

syukran.. mmg kite ade kebebasan nak meluahkan apa shj dlm blog ni.. as long as bnde tu xmenyebut nama sesiapa dn tak menunjukkan gambar yg org yg dimaksudkan.. takyah nak perasan sgt yg 'awk' adlh org yg sy maksudkan dalam blog tu.. huhu

masalahnye, ramai sgt yg perasan 'dialah' org yg dimaksudkn.. haha

amirul hakim said...

jazakillah for this nice entry.keep writing sis.support+followed your blog ;)

Anonymous said...

jazakallah aidhan.. terima kasih sbb sudi membaca..

takde bakat pon sebenarnye, hanya mngisi masa terluang.. :)

Anonymous said...

salam sis.. nice post..
pray for Gaza yaa..!

Anonymous said...

salam kakak.
adik suka cara kakak menulis.
btw, adik rasa kakak ni sama sekolah dengan adik. nice to meet you here.