Friday, November 09, 2012

Renungkan : Berudu hilang ekor untuk dapatkan kaki.


Bismillah. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
Langit Shah Alam yang kini selalu mendung dan mencurahkan hujan.
Menandakan akhir tahun semakin menjelma. Dan itu tandanya kerja semakin banyak..!
Haha.

Selawat penuh cinta buat Kekasih Agung, Muhamad SAW. Salam penuh cinta buat semua akhawat, sahabiah, dan seluruh ahli keluarga yang sudi membaca. Salam kembali buat mereka yang tertunggu-tunggu post kali ini. Asiif jiddan sebab lama tak update.

Hari ini, 9 November 2012. Satu-satunya hari yang ada satu kelas je. Alhamdulillah, kelas tu pulak dibatalkan. Baru la ada kelapangan nak menulis. Insha Allah, coretan kali ni sebagai perkongsian sempena hampirnya Awal Muharram dengan umat Islam. :)
Oopps. Takut tak sempat nak wish lepas ni.
Salam Awal Muharram ye kawan-kawan.
Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas.


Macam biasa, sy nak menceritakan majlis ilmu di UiTM yang sy sempat pergi. Aritu, talk dr Akh Hilal Asyraf. Dan yang ni pulak, forum dari dua insan yang boleh dikatakan semua orang kenal kot. Forum Permata Yang Dicari. Panelnya terdiri daripada penceramah bebas atau seorang motivator dan kaunselor, Dr Robiah K Hamzah. Sorang lagi pulak penyanyi popular yang dah berhijrah kearah yang lebih baik, Kak Nora. Kenal tak? Yang nyanyi lagu tema Ustazah Pilihan aritu. Hehe.

Kak Nora mase die datang ni, die tengah pregnant. Comel sangat. :P

Dr Robiah K Hamzah ni antara penceramah yang sy minat sangat-sangat. Sebab penyampaiannye sangat bersemangat. Bukan macam bace teks, rase macam spontan je kuar dari mulut die. Kadang-kadang tegas dan kadang-kadang lawak. Mase forum ni, Dr Robiah bahasakan diri die sebagai Ummi. 

Ummi kate, perempuan ni sangat istimewa. Permata yang dicari tu sebenarnya adalah wanita muslimah yang solehah. Yang kuat pegangan agamanya, yang tak mudah tunduk pada lelaki. Jadi pada ummi, permata itu adalah gadis yang baik akhlaknya, dekat dengan Tuhannya dan menjadi permata buat ibu ayah, buat sahabat-sahabat, apatah lagi buat suami tercinta. 

Permata atau bidadari ni banyak disebut dalam Surah Al-Waqiah. Pelbagai perihal, ciri-ciri permata diceritakan dalam surah ni. Antum cubalah baca dan hayati. Adakah kita mampu jadi salah satu dari permata yang indahnya dicemburui bidadari-bidadari dari syurga. Ummi jugak pernah jadi pensyarah di UiTM selama hampir 8 semester. Macam-macam ragam pelajar yang ummi jumpa. Ummi faham sangat, sampai ummi kate, zaman kampus ni adalah masa mencari jodoh. Huhu.


Tambah ummi lagi, permata yang menjadi idaman orang sekeliling, tentulah permata yang mahal. Yang dijual dalam kotak kaca, yang dipamerkan dalam cermin berkunci, yang dikawal rapi oleh penjaganya. Tapi mahal dan murah permata itu sendiri akan ditentukan oleh jenisnya. Setiap wanita, dilahirkan secara fitrahnya, memang cantik. Dan cantik tu subjektif. Mulianya wanita ini, Allah angkat sehinggakan anak perempuan yang solehah, isteri yang solehah, akhirnya menjadi ibu yang solehah, Allah melayakkan syurga untuk berada di bawah tapak kaki mereka. Bukti Allah muliakan wanita lagi ialah apabila Allah turunkan surah An-Nisa yang bermaksud wanita. Ade surah khas dinamakan untuk lelaki...?? 

:)

Kak Nora pulak cakap, mase zaman Jahiliyah dulu wanita akan dibunuh. Setiap anak perempuan yang lahir akan ditanam sebab mereka fikir anak perempuan ni menyusahkan. Wanita dijadikan hamba untuk layan nafsu lelaki je, xde harga diri, maruah mereka diinjak-injak. Tapi Nabi Muhammad dilahirkan selepas tu, dan Nabi Muhammad adalah insan yang paling memahami wanita. Nabi angkat martabat wanita semula. NAbi bersusah-payah menjaga keperibadian wanita dan Nabi sangat menghormati wanita. 

Tapi pada hari ini, kite sebagai wanita itu sendiri dah lupe segala pengorbanan Nabi. Kite jatuhkan kembali maruah kite. Segala pesan Allah dan Nabi kite lupakan. Kite abaikan segala syariat yang Allah turunkan untuk jaga diri kite. Walaupun ada orang cakap, tak tutup aurat tapi hatinya baik, itu tak bermakna wanita tak payah tutup aurat. Sedangkan penampilan tu penting. Cara kite berpakaian sedikit sebanyak akan mencerminkan iman dalam hati kite.

Contohnya, bile kite pakai jubah dan bertudung labuh, kite mesti akan jaga tingkah laku kite. Automatik, tak perlu nak paksa-paksa. Seorang wanita yang berpurdah contohnya, takkan sewenang-wenangnya bercakap dengan lelaki tanpa urusan. Malahan, orang akan lebih hormat wanita yang berpakaian sopan menutup aurat. Jarang ada lelaki yang akan ganggu kite. Wanita yang menutup aurat dengan baik jugak tak kekok apabila diajak ke majlis-majlis ilmu. Mereka boleh masuk masjid bila-bila mase je.

" Dulu masa akak tak pakai tudung, akak rasa segan nak masuk masjid. 
Akak rasa malu nak pergi majlis-majlis ilmu sebab akak tahu pakaian akak tak sesuai.
Jadi sekarang ni, orang yang tak tutup aurat tu sebenarnya yang kolot pemikirannya, 
bukannya orang yang menutup aurat dengan sempurna..."



Giliran ummi pulak untuk merungkaikan permasalahan tudung zaman sekarang. Ummi cakap, xsalah kalau nak pakai berfesyen macam mana sekalipun. Selagi tudung tu labuh ke bawah dada, tutup apa yang wajib ditutup, maka pakailah sesuka hati kite. 

" Tudung bukan hanya sekadar tudung. Bila sudah bertudung, tanya diri..
Tudung pemikiran, tudung pandangan mata, tudung perasaan kite..."

Zaman sekarang ni, ummi cakap sume orang berebut-rebut nak pakai seluar dan baju yang sama saiz dengan badan. Kalau pakaiannya saiz M - muat-muat aje. Kalau pakaiannya saiz S - sendat sikit. Hehe. Bila disebut istilah manusia, manusia sebenarnya terbahagi kepada 2 elemen. Jasad dan juga jiwa. Jiwa tu boleh pulak dibahagikan menjadi jiwa yang positif atau jiwa yang negatif. Jadi, jiwa itu perlu dijaga dan diberi perhatian yang lebih daripada jasad. Kalau baik jiwa, maka jasadnya akan baik jugak.

" Jangan jadi mawar diatas meja sebagai hiasan, jadilah mawar ditaman istana.
Tak semua orang dapat lihat mawar ditaman istana, apatah lagi nak sentuh.."

Ramai manusia khususnya wanita, nak cantik di mata manusia walaupon hodoh di mata Allah. Kalau ditanya, semua taknak mengaku diri mereka cantik. Rendah diri, malu, tak yakin dengan apa yang Allah bagi. Orang yang cakap dirinya tak cantik, maka dia kurang bersyukur pada Allah. Bila tak bersyukur, Allah akan tarik balik nikmat-nikmat yang kite dapat. Contohnya, ummi sendiri tak secantik Kak Nora, tapi Alhamdulillah, ummi duduk sebaris, sepentas dengan Kak Nora. Jadi kenapa nak merendahkan diri sangat-sangat. Syukur, apa Allah bagi, itulah yang terbaik buat hambaNya.

" Anak-anak pelajar pada hari ini, sibuk sangat mencari ijazah sampai lupa
nak jaga perasaan, hubungan dengan Allah, tak jaga batas pergaulan 
antara lelaki dan perempuan. Akhirnya, kamu akan dapat segulung ijazah,
tapi kamu akan hilang segulung sijil nikah. 
Universiti sekarang adalah pasaran jodoh yang hebat.."

- Ulasan ummi tentang ramainya anak luar nikah yang dilahirkan -


Jadi buat pembaca sekalian, ada satu perkara yang ummi suruh tanam dalam hati. Sentiasa ingat bahawa Allah sedang menatap kite. Setiap perbuatan kite, Allah akan rekod satu-persatu. Kalau kite seorang muslimah, maka jagalah diri kite elok-elok. Supaya di tapak kaki kite nanti, layak jadi tempat letaknya syurga. Ummi jugak pesan, teruskan usaha untuk berdakwah. Jangan fikir apa orang kata, tapi fikir apa kite nak kata kat Allah bila disoal nanti. :)

Insha Allah, ummi. 

Ummi jugak tegaskan bahawa berlian atau permata tiruan, kilatnya tak tahan lama, kalau dijual kat kedai emas, orang tak mahu beli. Boleh pakai sekejap, lepas tu kena beli yang lain. Penjual jual berlian tiruan ni secara lelong je, murah-murah semuanya. Semua orang, tak kira miskin kaya boleh beli. Tapi berbeza pulak dengan permata dan berlian yang asli, yang tulen. Kalau tak mampu, nak tanya harga pon segan kan. Apatah lagi nak cuba pakai atau beli.

" Solat tak jaga, dalam periksa meniru, bila dapat kerja nanti, rezekinya jadi bala.."

" Tertengok untukmu, menengok atasmu.." 
- Imam Ghazali -


Pesan ummi yang terakhir, cuba renungkan kisah seekor berudu. Berudu hilang ekor untuk dapatkan kakinya. Mana mungkin kite tak payah berkorban untuk jadi insan yang lebih baik. Hidup dan pengorbanan itu kembar, takleh dipisahkan sebagaimana kembar hidup adalah ujian. Nak baik atau buruk, bergantung pada diri kita sendiri. Tak ada orang boleh paksa, orang lain hanya mampu ajak je. :)

Setakat ni je penulisan sy hari ni. Maaf andai bahasa tak indah seperti selalu.
Kesempatan yang sebentar ni digunakan sesempat yang mungkin untuk isi tanggungjawab dakwah yang dah lama tergendala. Moga Allah catatkan yang baik-baik je untuk kita. Moga Allah redha atas segalanya.
Insha Allah.

Wassalam.

No comments: