Thursday, November 29, 2012

Task Usrah : 10 Sahabat Yang Dijamin Syurga :)


Alhamdulillah wa Alhamdulillah. Again and again. Praise to Allah.
Selawat dan salam cinta buat Kekasih Utama, Muhammad ya Habiballah.
Salam dakwah buat seluruh pembaca yang masih sudi singgah ke blog sy nih. :)

Apa khabar iman antum sume..? Moga dalam keadaan yang baik-baik selalu. Normal, iman manusia memang turun naik. Tapi sebagai manusia, kite kena kawal la level iman kite tu. Kalau rasa iman sedang merudum turun, cepat-cepat bangkit, lakukan kebaikan, semarakkan kecintaan kepada Allah. Kalau rasa iman dah meningkat, itu namanya riak. Hehe. Jangan sesekali kite rase iman kite dah sempurna, sbb Yang Maha Sempurna hanyalah Allah semata-mata. 

Beberapa hari yang lepas, sy dijemput untuk sama-sama menghadiri satu bulatan gembira yang sangat dinanti-nanti. Hajat dalam hati nih, nak sangat join Usrah Tautan Hati anjuran Ustazah Fatimah Syarha, tapi ada pelbagai halangan dari sudut masa dan jarak. Tapi takpe, Allah faham kehendak hati yang ingin dibasahkan dengan air siraman tarbiyah yang jernih dan menenangkan. Bulatan gembira yang sy join sekarang ni, walaupon tak terkenal macam Usrah Tautan Hati tadi, tapi dah cukup-cukup buat sy bahagia bersama ahli-ahlinya yang sangat best dan sporting. :P

Ha, and then Naqibah ade bagi task untuk minggu nih. Dan task tu la yang saya akan kongsikan dengan pembaca semua. Saya akan taip ape penemuan kajian sy. Chewaahh. Macam saintis pulak kan. Yelaah, berangan jelah nk dapat gelaran saintis tu. Sekali dah terjebak dalam bidang undang-undang, xde maknanye nak mengkaji-kaji macam ahli sains ni. Membaca jelah jawabnya. Hehe. Tapi insha Allah, forensik pon agak menarik kan. Harap-harap ade subjek tu untuk semester depan.


Ok, berbalik pada task tadi. Uiih, kalo nak cite pasal selok belok jadi seorang pelajar undang-undang nih, memang tak cukup dalam satu post. And ade jugak, Alhamdulillah, beberapa adik-adik lepasan SPM yang tak tahu mana arah mereka nak teruskan pelajaran yang mesej nset sy untuk bertanya lanjut. Boleh je, teruskan sms akak wahai adikku sayang. Akak akan bantu semampu yang boleh. Pengalaman memang banyak sangat nak dikongsikan dengan antum. Be confident with yourself.

Hmm, ok. Haha. Berbalik semula pada task yang naqibah bagi tadi.
Allah, dah due kali berbalik kan. Banyak betul bnde nak cite dengan antum sume. :)

Tajuknye : 10 sahabat Nabi yang dijanjikan syurga. Tadaaa..!
Mungkin sy je kot yang tak berapa nak ingat. Sy yakin antum mesti ada yang ingat kisah ni.
Takpe. Bagi yang dah tau, ini sebagai tazkirah. Manusia kene diperingatkan selalu kan.
Bagi yang belum tahu macam sy, ni adalah ilmu baru yang sy nak kongsi dengan antum sume.
Insha Allah.

Ini adalah antara 10 sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga oleh Allah. Info-info tentang sepuluh sahabat ni diambil daripada hadis. Tercatat dalam " Arriyadh Annadhirah Fi Manaqibil Asyarah ", dari sahabat Abu Dzar ra, bahawa Rasulullah masuk ke rumah Aisyah ra dan bersabda :

" Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar khabar gembira..?" Lalu Aisyah menjawab : " Tentu, Ya Rasulullah." Lalu Nabi bersabda : " Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga, iaitu ayahmu ( Abu Bakar ) dan kawannya, Ibrahim. Umar akan masuk syurga bersama kawannya Nuh. Uthman masuk syurga dan kawannya ialah aku. Ali masuk syurga dan kawannya adalah Yahya bin Zakariya. Thalhah masuk syurga dan kawannya adalah Daud. Azzubair masuk syurga dan kawannya adalah Ismail. Sa'ad masuk syurga dan kawannya adalah Sulaiman. Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran. Abdurrahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam. Abu Ubaidah ibnul Jarrah masuk syurga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam."





Kita mula dengan kisah Saidina Abu Bakar As Siddiq.

1. Abu Bakar bin Abi Quhafah adalah seorang yang berbangsa Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah, hanya berbeza keluarga sahaja. Isteri Nabi, Aisyah ra adalah anak perempuan Abu Bakar. Rasulullah berasal dari keluarga Hasyimi, manakala Abu Bakar dari keluarga Tamimi. Abu Bakar merupakan seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Beliau seorang yang kaya, pengaruhnya sangat besar dan memiliki akhlak mulia. Sebelum kedatangan Islam, beliau adalah sahabat Nabi yang sangat mirip perlakuannya dengan Nabi. Takde orang yang pernah nampak Abu Bakar minum arak walaupun ketika itu arak belum haram lagi. Beliau juga tak pernah sembah berhala seumur hidupnya. Dan yang paling hebat, beliau adalah As-Siddiq, yang tak pernah berdusta. Disebabkan banyak persamaan sikapnya dengan Rasulullah, tak hairanlah beliau diangkat menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Nabi. Nabi selalu mengutamakan Abu Bakar dalam kalangan sahabat lain yang menjadikan Abu Bakar sedikit menonjol dalam kalangan para sahabat. Dalam masa yang singkat sebagai khalifah, Abu Bakar banyak membantu memperharui kehidupan umat Islam, memerangi Nabi palsu dan kaum muslimin yang taknak bayar zakat pada masa itu. Pada pemerintahannya jugaklah, penulisan Al-Quran dalam lembaran-lembaran dimulakan.

"Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat, nescaya akan lebih berat timbangan iman Abu Bakar.." (HR Baihaqi)

2. Sahabat yang kedua ialah Umar Al Khattab. Berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah. Umar masuk Islam selepas bertemu dengan adiknya Fatimah dan suami adiknya, Said bin Zaid pada tahun keenam kenabian dan sebelum Umar memeluk Islam, sudah ada 39 lelaki dan 28 wanita yang terlebih awal memeluk Islam ketika itu. Selepas Umar memeluk Islam, dakwah mula dilakukan secara terang-terangan sampai ke saat Hijrah. Umar terkenal dengan kemahirannya yang hebat berdiskusi dan berdialog, memecahkan permasalahan pada zaman itu. Umar juga merupakan salah seorang yang melakukan Hijrah secara terang-terangan dengan berani. Ketika melewati kaum Quraisy saat beliau ingin berhijrah, beliau berkata :

" Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju ke Madinah. Sesiapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan anaknya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghalang perjalananku di belakang lembah ini.." (Saidina Umar)

Sebagai khalifah yang kedua, Umar sangat mementingkan kesejahteraan umat Islam. Setiap malam Umar akan mengelilingi rumah umatnya kerana beliau risau ada antara keperluan umatnya yang masih belom dipenuhi. Dan pada zamannya juga, Islam mencapai kegemilangan.

3. Sahabat yang ketiga pula ialah Uthman bin Affan. Peribadi Uthman telah digambarkan dalam sebuah hadis yang sangat popular. " Orang yang paling hebat kasih sayangnya dalam kalangan umatku adalah Abu Bakar, dan yang paling teguh menjaga ajaran Allah adalah Umar. Dan yang paling pemalu adalah Uthman. " (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim, At Tirmidzi). Uthman terkenal sebagai seorang yang kaya dan sangat pemurah. Dalam sebuah persiapan pasukan perang, Uthman pernah membiayai perbelanjaannya seorang diri sahaja. Setelah kaum Muslimin berhijrah, Uthmanlah yang membeli ladang dari seorang Yahudi untuk kegunaan umat Islam. Pada masa kepimpinannya, Uthman merintis usaha penulisan Al-Quran dalam bentuk mushaf dengan mengumpul lembaran-lembaran yang ditulis sejak zaman Abu Bakar.

4. Sahabat seterusnya adalah Ali bin Abi Talib. Khalifah Islam yang keempat selepas kewafatan Nabi. Beliau juga merupakan pemuda pertama yang memeluk Islam. Beliau juga menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya pada malam Rasulullah berhijrah ke Madinah dan ketika itu, Ali masih kanak-kanak. Beliau merupakan menantu Rasulullah, suami kepada anak perempuan kesayangan Rasulullah iaitu Fatimah. Ali adalah seorang sahabat, walaupon berstatus menantu malah sepupu Nabi sendiri, kehidupannya sangat sederhana, bahkan tiada pembantu yang dapat disediakan buat isterinya di rumah.

5. Sahabat kelima pula ialah, Thalhah bin Ubaidillah. Beliau pernah menerima lebih dari 70 tikaman atau panahan anak panah ketika berperang, dan jari tanggannya putus ketika perang Uhud berlaku. Beliau merupakan insan yang sangat tabah dan kuat, sehingga beliaulah yang melindungi Rasulullah di kebanyakan saat-saat genting cubaan membunuhan Rasulullah. Beliau pernah memapah Rasulullah yang tubuhnya cedera, menaiki Bukit Uhud yang berada di hujung medan peperangan, sehingga kaum Musyrikin beredar meninggalkan medan perang kerana menyangka Rasulullah telah wafat. Saat itu, beliau berkata :

" Aku tebus engkau, Ya Rasulullah, dengan nyawa ayah dan ibuku.." Nabi tersenyum dan berkata : " Engkau adalah Thalhah yang penuh dengan kebaikan.."

Sejak itu, beliau mendapat gelaran Burung Helang Hari Uhud. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabatnya :

" Orang ini termasuk yang gugur, dan barangsiapa yan ingin melihat seorang yang bakal syahid berjalan di muka bumi, maka lihatlah Thalhah.." (Rasulullah)




6. Sahabat yang seterusnya ialah, Azzubair bin Awwam iaitu sahabat baik kepada Thalhah. Beliau memeluk Islam ketika umurnya 15 tahun, berhadapan dengan siksaan daripada ahli keluarganya sendiri. Kepahlawanan beliau terlihat dalam perang Badar, saat beliau berhadapan dengan Ubaidah bin Said ibnul Ash. Azzubair berhasil menikam tombak pada kedua mata musuhnya itu sehingga akhirnya Ubaidah tersungkur tidak bergerak lagi. Dan hal ini membuatkan pasukan Quraisy takut dengan pasukan Islam.

Rasulullah sangat menyayangi Azzubair, beliau pernah berkata : " Setiap Nabi memiliki pendampingnya yang setia, dan pendampingku adalah Azzubair Ibnul Awwam.."

Beliau adalah suami kepada anak Abu Bakar, iaitu Asma' yang menghantarkan makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar ketika peristiwa Hijrah. Pada zaman khalifah Umar, saat panglima perang Islam menghadapi tentera Romawi di Mesir, Amr bin Ash meminta bantuan tentera daripada Umar, lalu Umar mengirimkan empat ribu tentera Islam yang dipimpin oleh empat komanden, dan Umar menyertakan bersama mereka sepucuk surat.

" Aku mengirimkan empat ribu perajurit bala tentera bantuan yang dipimpin oleh empat orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai seribu orang. Tahukah kamu siapa mereka..? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnul Aswad, Maslamah bin Mukhalid
 dan Azzubair bin Awwam.."

7. Seterusnya adalah Abdurrahman bin Auf. Merupakan seorang pedagang yang berjaya. Namun semasa peristiwa Hijrah, beliau meninggalkan seluruh harta yang telah diusahakan semenjak sekian lama. Setelah tiba di Madinah, beliau kembali menjadi seorang yang kaya. Ketika beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap yang menyertai perang Badar yang masih hidup akan mendapat 400 dinar (ketika itu seramai 100 orang masih hidup) termasuk Ali dan Uthman. Beliau juga berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada Ummahatul Mukminin, sehingga Aisyah berdoa :

" Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabila di syurga.."
( Aisyah ra )

8. Kemudian, Saad bin Abi Waqqas. Beliau merupakan orang pertama yang terkena panah di jalan Allah. Keislaman beliau sangat kuat dan utuh meskipun beliau dikecam ibunya sendiri. Cabaran ini yang paling hebat ditempuhi olehnya. Iaitu memilih antara ibu dan Allah.

9. Sahabat yang kesembilan dijamin masuk ke syurga ialah Said bin Zaid. Adik ipar kepada Umar, suami kepada Fatimah, adik Umar. Beliau merupakan seorang anak yang dididik oleh seorang ayah yang mendapat Hidayah Allah tanpa melalui kitab atau Nabi. Kisahnya sama seperti Salman Al-Farisi dan Abu Dzar Al Ghifari. Ramai para sahabat yang sering berkunjung dan berkumpul di rumah beliau untuk mendapat keamanan dan ketenteraman sementara. Beliau adalah sahabat yang dermawan dan suka membantu meskipun hidupnya bersederhana.

10. Sahabat terakhir yang dijamin syurga ialah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah. Beliau diduga dengan terpaksa membunuh ayahnya sendiri saat perang Badar, sehingga Allah menurunkan kisahnya dalam surah Al Mujadalah. Abu Ubaidah mendapat gelaran indah dari Rasulullah sebagai pemegang amanat ummat.

Sabda Nabi : " Setiap ummat ada orang pemegang amanat, dan pemegang amanat ummat ini adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah.."

Alhamdulillah, demikianlah sejarah ringkas mengenai sepuluh sahabat yang mulia sehingga diberi jaminan syurga. Bandingkanlah sejarah diri insan-insan hebat ini dengan sejarah diri kite sendiri. Adakah kita layak bergandingan dengan mereka di syurga kelak..??

Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

akak, suka cara akak menulis. keep on ! love u fillah.