Friday, December 28, 2012

Muhasabah Diri.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selawat dan salam cinta khas diutuskan buat Rasulullah yang amat dicintai. Salam rindu penuh kasih ditujukan buat ahli keluarga dan semua sahabat-sahabat yang sudi membaca coretan di blog yang tak seberapa nih.

Hello. Hello. Hello. Hai.
Selamat kembali untuk diri sy sendiri.
Lamanya tak menulis. Kan.

Sangat-sangat berterima kasih untuk para pembaca yang tak lupa bertanya khabar dan bertanya 'khabar' post baru yang dah lama tak kunjung tiba. Hehe. Maaf ya semua, masa sangat mencemburui dan tak mengizinkan sy menulis di sini. Bermula dari Jumaat lepas, sy dah mula berada dalam mood 'study week'.
So, apa lagi yang nak dibuat selain balik rumah. Hehe. Dan sekarang, kembali ke kolej untuk bermadu kasih dengan buku-buku yang berlambak. Huhu.

Hmm, nak cerita apa ya pada antum.
Mungkin kisah seorang muslimah yang cantik.
Hehe.

Sy ada seorang kawan. Muslimah. Perempuan. Masih belum berpunya, aka belum berkahwin. Baik hati, cantik, sopan, berasal dari keluarga beragama, dan sangat pandai berkata-kata. Muslimah ni jugak berpurdah. Baru lagi buat perubahan. Mungkin kerana diri sendiri. Atau sebab ibunya juga berpurdah. Atau mungkin sebab dirinya telah dirisik orang. Allah saja yang tau. Mudah-mudahan bukan sebab nak cari perhatian dan populariti murahan.

Mula-mula kenal, sy suka dia. Admire betul la kan. Kalau boleh, sy nak ikut cara die berpakaian, cara pergaulan die. Nampak sangat terjaga. Tapi sayang. Semua tu pada sy hanya luaran sahaja. Bila sy intai-intai blognya, Alhamdulillah, takda apa yang pelik. Cuma bila sy menyusuri laman Facebook dia, sy jadi hairan. Aduhai, banyaknya gambar yang diupload. Makan bersama keluarga, adik-adik. Bercuti bersama kawan-kawan, keadaan dalam rumah, kisah perniagaan ayahnya dan macam-macam la.

Status tu boleh kata selalu sangat diupdate dengan rutin hariannya. Tak kisah la, tapi sampai ada pihak muslimin yang menegur sebab die terlalu meng'expose'kan dirinya di khalayak ramai. Sy khabarkan perkara ni pada mama sy. Minta pendapat. Mama kata, mama pon perasan. Seolah-olah muslimah tadi macam nak heboh-hebohkan yang dia ni berpurdah, keluarganya kaya, dia ada bisnes sendiri. Macam die sorang jelah yang ada semua tu.

Naudzubillah.
Coretan ni bukannya sebab nak mengutuk dia.
Tapi sy tuliskan secara yang tak mengaibkan dia juga.
Antum tak kenal kan dia?
Tapi antum tahu kisah dia.
Jadi, ambillah iktibar dari kisah ni.

Jangan jatuhkan maruah antum sendiri di laman maya. Orang boleh bertanggapan macam-macam dengan hanya melihat 'wall' Facebook antum. Di luar antum mungkin seorang yang tak dikenali, tapi di Facebook, antum macam artis la pulak. Jangan ya. Lebih-lebih lagi pada muslimah yang berniqab. Antum faham kan yang tertutup itu lebih indah. Takyah nak dedahkan semua pasal antum.

Itu sahaja pesanan sy kali ni. Sebab dah xde idea nak cakap apa lagi.
Kisah ni pon hanya terlintas dalam minda je.
Banyak iktibar yang antum boleh ambil.
Insha Allah.

p/s : Doakan sy tabah menghadapi 'study week' yang hampir 3 minggu ni yeh.
p/ss : Doakan final exam sy berjalan dengan lancar dan terbaik di pandangan Allah.

Wassalam.

3 comments:

sea_lavender said...

thanks atas cerita sbg peringatan ~
gud luck final exams .. sme la kte berperang awal tahun nie 3 jan ni kte mula~~

nur_alhadi said...

oo, Alhamdulillah.. semoga berjaya ya.. sy mula 9hb nanti.. :)

Anonymous said...

Jazakillah atas peringatan itu sayang.