Friday, January 25, 2013

Niqab. Satu kontroversi muslimah yang 'BAJET ALIM'.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sehari selepas hari agung, kelahiran baginda Rasulullah yang sangat dirindui. Selawat dan salam penuh cinta buat kekasih agung, kekasih Allah. Antum sedar tak yang kite berkongsi cinta dan rindu seorang lelaki yang sama..? Alhamdulillah, semoga rasa cinta ini kekal ada dalam hati kite. Insha Allah.

Syukur, syukur dan syukur berbanyak kali. Akhirnya, sy dah berjaya mencium bau rumah. Hehe. Ibarat bahagia berada dalam syurga dunia. Seronok sangat dapat berborak, meluangkan masa dengan mama, abah dan adik. Pandainya Allah. Allah kasihkan kite, lalu diberikan keluarga yang sangat penyayang dan membahagiakan. Ini salah satu bentuk kasih sayang Allah. 

Alhamdulillah jugak. Final exam semester pertama sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dah habis. Alhamdulillah, mampu senyum lebar saat keluar dari medan exam. Sebab paper last, paper Contract. Sy takdelah suke sangat subjek ni, sebab sangat pening untuk paham. Macam-macam msalah duit yang complicated. Tapi Allah bantu, soalan yang keluar exam tu tak susah sangat. 

Terima kasih Allah.

Syukur lagi dan lagi. 13 Januari yang lepas, umur sy telah dipanjangkan menjangkaui angka 20 tahun. Subhanallah, Allah masih beri pinjaman nyawa dan nafas. Pasti ada agenda yang tersirat, tanggungjawab yang besar tetapi rahsia. Allah nak kite berusaha merungkai apa rahsia-rahsiaNya. Moga pertambahan usia ni seiring dengan pertambahan amalan. Insha Allah. Hadiah yang diterima, sangat banyak. Alhamdulillah. SMS, email, Tweet, PM, DM, semuanya sy dah baca. Terima kasih kepada semua yang sudi mengingati tarikh istimewa dalam kehidupan sy. Kite berkongsi rasa bahagia bersama-sama. :)


Insha Allah, hari ni sy menulis berkenaan dengan Niqab. Niqab atau purdah, sama je maksudnya kawa-kawan. Dalam bahasa Arab, purdah disebut sebagai Niqab. Kalau antum rujuk Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, niqab ni bermaksud sehelai kain penutup muka perempuan. Ha, antum sume mesti dah tahu pasal ni kan. Tapi seelok-eloknya kite mulekan sesuatu dengan amik tahu mengenai definisi sebenar sesuatu perkataan yang kite nak bincangkan. Bak kata cikgu Bahasa Melayu masa kat sekolah dulu. Hehe.

Nak pakai niqab, taknak pakai niqab. Wajib pakai ke, sunat pakai. Dosa tak kalau nak pakai, tapi tak berterusan. Macam mana nak pakai kalau mak ayah tak izinkan. Universiti pon tak benarkan. Semuanya ada alasan yang tertentu. Pihak universiti mungkin ada alasan kukuh untuk memastikan identiti pelajar, mak ayah mungkin taknak anaknya kelihatan pelik dari orang lain. Itu semua boleh diterima dengan hati yang terbuka. Jangan kalut-kalut ya..!

Niqab termasuk dalam salah satu perkara yang ada khilaf dalam kalangan ulamak. Khilaf ni maksudnya percanggahan pendapat. Jadi, bile masuk dalam perkara khilaf, kite janganlah risau sebab ni cume perkara cabang. Yang utama ialah wajib menutup aurat dengan sempurna. Perkara khilaf ni Allah wujudkan sebab nak tengok kemampuan kite guna akal yang Allah kurniakan. Kalau betul ijtihad para ulamak yang kata niqab ni wajib atau tak wajib, maka ada 2 pahala. Tapi kalau salah ijtihad mereka, maka ada 1 pahala. Dua-dua, pakai atau tidak, ikut kefahaman dan pegangan masing-masing, berada dalam daerah pahala. Insha Allah.

Kalau nak telusuri satu persatu pandangan ulamak, imam-imam besar tentang masalah ni akan mengambil masa yang lama. Jadi, sy cube permudahkan untuk kefahaman antum. Insha Allah. Kalau ada pape soalan, boleh terus bertanya pada sy. Sy akan jawab secara personal. Kite mule dengan pendapat 4 mazhab yang popular dulu.

Jumhur ulamak : Tak wajib memakai purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua tapak tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi : Tak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua tapak tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki : Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan sekiranya tidak mendatangkan syahwat.

Mazhab Syafi'e : Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan bahawa seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan tapak tangan.

Mazhab Hanbali : Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.


Kaedah Fiqhiyyah :

'Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha'.
Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati ulamak 
di atas pengharamannya.'

Ha, dah selesai. Itu pendapat jumhur ulamak dan satu-persatu pendapat dari 4 mazhab yang tersohor. Sy tekankan perkataan 'sekiranya tidak menimbulkan syahwat atau fitnah' dengan warna yang lain. Ni pon ada percanggahan pendapat antara sesama kite. Ada hadis Nabi yang mengatakan 'wanita itu adalah fitnah akhir zaman'. Kalau kite tengok keadaan dunia zaman sekarang, ada lagi ke ruang untuk kite mengelak pandangan nafsu lelaki-lelaki yang agamanya sakit di luar sana.

Sedangkan cucu boleh rogol nenek. Budak boleh rogol orang dewasa. Gambar-gambar lucah yang diambil secara curi-curi. Dengan kejadian zina yang berlaku di mana-mana sahaja. Ayah wat sumbang mahram dengan anak sendiri. Anak lelaki rogol ibu kandung. Subhanallah, benarlah kata Nabi yang wanita ni fitnah pada umat akhir zaman. Rasanya kalau kite berniqab selalu pon masih ada lelaki yang akan tertarik dan imaginasi fantasinya akan ada bayangan wanita berniqab. Selamatkan kami, wahai Allah.

Bagi wanita yang berniqab dan masyarakat sekeliling, ada pulak satu soklan yang sangat serius bermain-main dalam fikiran antum. Bolehke kalau nak berniqab masa kat khalayak ramai je. Pergi kuliah takleh pakai niqab. Balik rumah nanti mak ayah marah. Sy rasa macam nak berniqab masa pergi majlis-majlis kat masjid, masa jalan-jalan dengan sahabat, masa sy bersendiri tanpa keluarga dan mahram menemani. Ha, sy sendiri pon ada persoalan-persoalan macam ni.

Jom, kite jernihkan pemikiran kite. Insha Allah. :)

Bukan munafiq kalau kite tak pakai purdah secara istiqamah. Tapi memang istiqamah itu lebih baik. Antara mampu dengan tak mampu je. Allah kan tak bebankan hambaNya. Buat ikut kemampuan. Soalan pertama, 'tanya diri kenapa nak berpurdah?'. Kalau muslimah berniqab sebab pegang dan yakin dengan Mazhab Syafi'e, maka berniqab tu jatuhnya hukum wajib dan antunna kene selalu pakailah. Macam hukum wajib solat, bile tinggal dapat dosa. Ha, camtu la.

Tapi kalau antum yakin dengan pendapat mazhab-mazhab lain, ada percanggahan. Maka takde masalah antum nak pakai atau tidak. Ikut keadaan antum, ikut keselesaan antum nak pakai waktu bile. Tapi tetap wajib berpurdah kalau antum ni selalu menimbulkan fitnah. Misalnya antum cantik atau hodoh yang menimbulkan cakap-cakap orang kat belakang. Konklusinya, kalau pegang pendapat tak wajib, antum bebas wat pilihan antum tentang bila masa dan keadaan yang antum nak pakai. 

Analoginya, kite kate sunat qobliah ba'diah tu sunat kan. Jadi bile ade masa lapang kite akan wat, dan bile takde masa lapang, kite tak berdosa tinggal solat tu. Sama je, istiqomah tu lebih baik. Allah suka amalan yang sikit, tapi istiqomah selalu. Istiqomah tu kene faham betul2 ya. Bukan sama je amalannya, tapi jadi semakin baik dan semakin baik. Tu maksud istiqomah. :)

Sy suka nak kongsi satu kata-kata Yusuf Al-Qaradhawi :

" Sungguh menghairankan! Mengapa wanita-wanita yang berpakaian tetapi
telanjang yang berlenggok-lenggok dan bergaya untuk memikat orang
lain kepada kemaksiatan dibebaskan sahaja tanpa ada seorang pun 
yang menegurnya? Kemudian mereka menumpahkan seluruh kebencian
dan celaan serta caci maki terhadap wanita-wanita berpurdah yang berkeyakinan
bahawa hal itu termasuk dalam ajaran agama yang tak boleh 
disia-siakan atau dibuat sembarangan.... "

Tak ada istilah muslimah berniqab ni lebih rasa diri sempurna dengan agama, perasan baik, bajet alim ke ape ke. Mereka muslimah biasa-biasa yang cuba nak jadi luar biasa pada pandangan Allah. Kite semua sama je, bezanya hanya pada taqwa. Tapi macam mana sukatan nak ukur ketaqwaan tu. Kalau tak solat, tak jaga aurat, macam mana nak kata hubungan antum dengan Allah dah cukup baik. Huhu.

Wassalam.

7 comments:

Anonymous said...

Syukron ukht atas penjelasan yg ringkas tp sgt bermakna. Ana dh jumpa jawapan yg ana cri selama ini.

Moga ukht akan terus menulis demi mnjernihkan pemikiran umt kini.

Anonymous said...

Ukhtiku, tulis la pasal cara2 nk berjinak dengan niqob. Ana nk cuba la ukhti. :D

Anonymous said...

yep.satu usaha yang murni=)
jgn kita lupa pula,jika muka sudah cantik berpurdah jangan dilupa suara kita yang menjadi aurat itu untuk dijaga.jangan kerana sudah berpurdah,kita terlupa untuk menjaga adab suara,dan adab2 lain.ya,tanggungjawab menjaga kesemuanya menjadi bertambah berat kerana jika tidak dijaga,fitnah juga boleh terjadi=)..hablummminallah sentiasa dijaga,hablummminannas jgn dilupa.. =)

Anonymous said...

Alhamdulillah. Insha Allah. :)

Sanisah Salamun said...

Alhamdulillah. Aman berniqab kan?

Anonymous said...

Ana ada soalan. Soalan ni bukan utk menghalang berpurdah atau mendiskriminasi golongan berpurdah.cuma soalan ni sering menjadi bermain di fikiran. Mohon pendapat dan penjelasan kalian..
Ramai yg kata nk berpurdah atas alasan
.. Nk jauhi fitnah
.. Tak nk diganggu lelaki
.. Nk menutup kecantikan

Tp realitinya bila berpurdah, semakin menjadi perhatian.
Bkn shj dikalangan ajnabi. Tp perempuan biasa pun boleh terpesona dgn perempuan berpurdah. Inikan pula lelaki ajnabi.

Mereka akan melihat muslimah berpurdah dgn lama shingga hilang dari pandangan mereka.

Dan bila berpurdah, hati lelaki semakin membuak buak ingin melihat wajah disebalik kain itu. Berkali2 mereka memandang muslimah tersebut.

Tujuan muslimah memakai purdah tdk ingin diganggu. Tp bila dah dipandang berkali2 selesakah?

Pasti ramai yg akn menjawab
"xpe. Abaikan mereka. Janji niat kita ikhlas kerana Allah. Kita pakai ni pun sbb nak berhijrah"

Tp persoalan yg saya ingin timbulkan, muslimah berpurdah menjadi perhatian ajnabi. Jadi, bagaimana?

filzah azizan said...

jawapan untuk anon di atas. muslimah berpurdah memang menjadi perhatian.kalau menjadi tarikan disebabkan keindahan beragama yg ditonjolkan, maksudnya, tertarik dgn agama, itu baguslah, bolehlah ambil sebagai isteri. tetapi kalau tertarik sebab nafsu syahwat dan sebagainya, salahnya pada yang melihat bukan pada yang memakai. lelaki berpendidikan agama patutnya lebih menjaga mata.