Sunday, March 03, 2013

Merenung sejenak. Moga Allah kembalikan ketenangan dalam hati kita.

 
Assalamualaikum wbt.
Salam ceria. Salam rindu. Salam penuh mahabbah. Hehe.
 
Alhamdulillah. Dah lama blog ni tak update kan? Cuti semester dah berakhir hari ni, 3 Mac 2013. Maaf ya ikhwan dan akhawat, sidang pembaca sekalian. Tak sempat nak update apa-apa cerita lagi setakat ni. Kisah yang nak diceritakan, penuh dalam diari hati. Tapi untuk meluahkan, masih belum ada kesempatan yang benar-benar khas untuk menulis.
 
Apa khabar pembaca semua? Harapnya semua sekali dalam keadaan khair, sihat dan sentiasa ditambahkan iman selalu ya. Bagi pembaca yang berada di kawasan Sabah khususnya, doa kami sesama Islam selalu ada untuk antum. Jangan risau, mereka hanya ada senjata. Tapi kita ada Allah, pencipta kite dan mereka. Selagi ada Allah dalam hatimu, tiada apa di dunia ni yang boleh buat kamu gelisah dan bersedih.
 
Yakin ya. Banyakkan istighfar.
Berdoa tanpa henti. Allah rindu rintihanmu.
Tawakkal sepenuh hati. Allah Maha Baik. :)
 
Memang. Senang je mulut nak bercakap itu dan ini. Sebab kami di sini tak merasai apa yang antum rasa. Kami hanya mampu terus dan terus beri antum semangat dan keyakinan bahawa dugaan ini adalah dari Allah untuk uji sejauh mana antum bergantung harap padaNya. Bumi Sabah akan kembali tenang dan aman seperti biasa, meneguk rahmat dan kasih sayang dari Ilahi yang sangat pemurah sifatnya.
 
Hmm.
 
Dalam kesibukan nak wat persiapan semester yang bakal bermula. Ada sesuatu terdetik dalam hati dan minda sy. Sy sangat sedih, kesal dan terkilan dengan sikap sesetengah masyarakat yang mempolitikkan isu di Lahad Datu. Pada sy, sy sangat tak setuju. Bukan sebab sy orang UMNO. Tapi sebab ianya tak membantu, malah menyakitkan keluarga-keluarga yang ada di sana.
 
Bayangkan, nyawa suami mereka yang terkorban dalam menyelamatkan negara hanya sia-sia kerana ini konspirasi politik. Bayangkan, anak kecil kehilangan kasih sayang seorang ayah kandung kerana ayahnya menjadi alat korban untuk menang pilihanraya. Masha Allah, kalau sy berada di tempat keluarga yang kehilangan ahlinya kerana isu ini, sy adalah manusia yang paling sedih.
 
Jangan. Jangan sakiti perasaan mereka dengan kata-kata antum. Biarkan orang lain nak berkata macam-macam pasal politik. Antum janganlah terlibat sama. Serapkan dalam hati, tenangkan emosi mereka di sana, bahawa setiap yg terkorban adalah Mujahid pilihan Allah, untuk mati demi mempertahankan negara. Mereka insan terpilih. :)
 
Insha Allah, semuanya pasti akan kembali normal.
 
Sy takut, ketika Allah bertanya 'apa usaha sy ketika di dunia untuk saudara seIslam yang berada dalam kesusahan', sy bimbang sy tak mampu nak menunjukkan sebarang usaha yang sy dah lakukan. Kite di sini masih lalai, bergembira dengan hiburan yang berlebihan, sedangkan saidara-saudara kite di Sabah berada dlm ketakutan, adik-adik kecil di Palestin bermandi darah demi menyelamatkan maruah, agama dan mempertahankan tanah suci milik umat Islam.
 
Allah akan soal di mana usaha kita. Allah pasti akan tanya.
Dan setiap satu perlakuan kite, pasti akan menerima balasan.
Allahu robbi.
 
Wassalam.

No comments: