Thursday, May 02, 2013

Masa kini kian mencemburui. Berebut perhatian untuk dimiliki.


Assalamualaikum :)

Selawat dan salam rindu kuterbangkan buat Muhammad SAW, idola kesayangan sepanjang masa. Salam penuh kasih sayang sesama Muslim buat semua pembaca yang singgah di blog sy yang dah lama sangat tak di'update' nih. Allahu robbi.

Cuti berlalu silih berganti.
Kuliah berakhir saban waktu.
Siang dan malam berselang-seli.
Dan.
Sy tetap tak dapat nak update blog.
Maaf, jutaan kemaafan buat yang menanti.

Sekarang sy masih berada di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, masih lagi bergelar mahasiswa Fakulti Undang-Undang semester kedua (dan sangat-sangat berharap nak sampai ke semester 8). Insha Allah, mohon didoakan ya. Masa sangat pantas berlalu sampai tak sedar dah nak abes tahun pertama di sini. Dan masa juga sangat tak mengizinkan untuk sy duduk dan menulis di blog usang ini.

Sy selalu online. Tapo sekadar di Facebook dan Twitter sahaja. Melayan karenah remaja seusia yang sedang lalai diusap bayu cinta yang asyik. Melayan karenah anak-anak muda yang hatinya sedang panas menyebarkan pelbagai cerita mengenai PRU 13 yang bakal menjelma. Dan sy hanya mampu membaca dan mendengar sepintas lalu. Nanti sebelum tidur, minda akan menapis segala yang baik untuk dihadam sebagai pengetahuan terbaru tentang isu-isu semasa. 

Berjalan-jalan di blog, sudah menjadi hobi yang kian dilupakan. Majority blogger tengah rancak menulis tentang fitnah PRU 13. Macam-macam cerita ada. Ada yang betul sekerat, ada yang betul suku, dan ada yang takde betul langsung. Allahu. Hebat betul anak muda zaman sekarang. Sudah pandai menuduh ulamak, sudah pandai mengeluarkan fatwa sendiri, sudah pandai mencaci-maki sesama sendiri. Harus diingat, parti bukanlah agama. Allahu a'lam.

Alhamdulillah, kesempatan yang sebentar ini hanya mahu digunakan sebaik mungkin untuk mengkhabarkan bahawa penulis blog ini masih bernyawa. Kesepiannya membawa seribu satu cerita yang tak mampu diluah dengan pena. Insha Allah, jika Allah izinkan, sy ingin kongsikan segalanya dengan antum. Dah lama benar tak berinteraksi dengan pembaca di laman blog nih. :)

Insha Allah, mudah-mudahan semua menjaga iman, menjaga hati, menjaga amal dan menjaga segala nikmat pemberian Allah kepada kita. Selamat mengundi bagi yang boleh mengundi. Tunaikanlah tanggungjawab untuk memilih barisan kepimpinan negara dengan telus dan adil. Baca, kaji dan fikir. Allah turunkan "IQRA" sebagai ayat pertama dalam Al-Quran, bukannya "QUL". Allahu a'lam.

Wassalam.