Friday, October 25, 2013

25 Oktober 2012. Setelah 5 bulan tak menulis.

 
Bismillah. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selawat dan salam penuhrindu dan cinta untuk Muhammad Pesuruh Allah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih pada yang masih sudi membaca tulisan sy yang kini sudah sangat 'jarang-jarang' dipublishkan.
 
Allahu robbi. Masa terlalu mencemburui. Dunia kian menagih perhatian. Pelajaran berlumba-lumba berebut masa yang sekarang hanya cukup-cukup untuk rehat. Terlalu banyak yg nak dikongsikan di saat tangan punyai sedikit ruang untuk menulis. Tak tahu nak dimulakan dari mana, sungguh. Terlalu dan sangat-sangatlah banyak. Hehe.
 
Apa khabar sahabat-sahabat yang masih 'blogwalking' dijadikan sebagai hobi? Sy sendiri dah lama tak bersiar-siar di blog. Sekali sekala buka blog Angel Pakai Gucci. Artikel terakhir yang sy baca yang ada gambar Fair & Lovely tu ha. Dah berbulan kot artikel tu. Jauh di sudut hati, kagum sangat dengan usaha sang penulis yang gigih menulis selalu. Ada je artikel-artikel baru yang keluar. Idea pulak yang best-best. Hebat. Moga Allah permudahkan segalanya di jalan dakwah ini.
 
Apa yang sy buat sampai sibuk sangat?
Nak luangkan masa di blog pon dah tak boleh lama-lama.
Sekadar balas komen dari pembaca yang baru jumpa blog sy.
Hehe. Bajet hot je. Haha. ^^
 
Alhamdulillah, sekarang sy sedang meniti tahun kedua sebagai pelajar Undang-Undang di UiTM Shah Alam. (beberapa kali terserempak dengan mereka-mereka yang kenal sy 'nuralhadi'). Alhamdulillah, ukhwah itu ada di mana-mana. Dulu duduk di kolej, ada kemudahan wifi percuma. Tapi sekarang ni dah kene duduk rumah sewa sendiri (senior dah la kan). Hehe. Belom ada rezeki masa lagi nak gi cari broadband, strymyx, bla bla bla. Cuma tumpang wifi kawan je, kongsi bayar. 

Ha, selain tu jugak sy ada buat bisnes kecil-kecilan. Alhamdulillah, dah mula nak jadi besar-besaran. Takde jual pape pon. Jual koleksi niqab, purdah macam-macam warna, kain koshibo, tudung labuh, dan pelbagai kelengkapan menutup aurat dengan sempurna. Kenapa sy bisnes? Oh. Rasanya sebab sy kene penuhi masa sy dengan amalan-amalan kebajikan dan kebaikan. Taknaklah kesibukan dunia di kampus menghalang usaha dakwah sy dengan masyarakat luar pulak.

So, sekarang fokus pada dakwah dengan pakaian mengikut syariat.
Serius best. Jumpe muslimah yang baru nak belajar bertudung.
Jumpe muslimah yang baru nak cuba-cuba pakai tudung labuh.
Dan muslimah-muslimah yang mujahadah nak berniqab.

Mereka perlu bimbingan moral, sokongan dari kite. Inilah jalan sy menyebarkan dakwah insha Allah. Keuntungan tu ada, Alhamdulillah, cukup untuk dapat kesenangan dunia. Cukup juga untuk dinafkahkan kepada sahabat terdekat, keluarga dan untuk sedekah setiap hari. Alhamdulillah. Tak perlu lagi bergantung pada duit simpanan yang mak abah masukkan. (Dah boleh menabung nak kahwin, hehe. ) Kidding.

Detik ini, anugerah Allah untuk sy berkongsi sedikit cerita. Tak seberapa pon. Tak ilmiah pon. Sekadar meluahkan rasa di hati. Bercerita tentang apa yang terlintas dalam akal fikiran. Insha Allah, walaupon sikit pasti ada ibrah buat hati-hati yang mencari sesuatu. Insha Allah. Sebenarnya sekarang ni tengah tunggu nak buat Test Arab online. Lepas je buat test tu, sy akan membawa diri bergerak ke Sepang untuk satu kursus kepimpinan. Semuanya insha Allah, seboleh-bolehnya lillahi taala.

Semalam birthday seorang ibu yang mulia. Selamat hari lahir untuk Puan Sharifah Lailawati binti Syed Hussain. Hehe. Dah wish panjang lebar kat facebook dengan twitter. Tak tahulah bila anakmu sorang ni nak balik rumah bg hadiah yang dah berzaman dok atas katil tu. Hehe. Dunia kampus terasa semakin sesak dari hari ke hari.

Pilihanraya kampus dah kembali.
Debaran semakin terasa.
Hasbunallahu wa nikmal wakil.
 
:)
 
Sehingga bertemu lagi di lain lembaran.
(ayat karangan format surat time skolah rendah. weee.)
 
Wassalam.

No comments: