Tuesday, April 01, 2014

Entry pertama tahun 2014


Bismillah. Dengan nama Allah saya menulis.
Semoga coretan yang sedikit ini mampu dibawa kehadapan Allah.
Untuk pahala yang berterusan di negeri Akhirat.

Setelah sekian lama tak menulis. Bukan tak sudi. Cuma masa yang terlalu menghimpit diri. Alhamdulillah, masih sehat-sehat sahaja. Melayan dunia yang tak pernah sudah. Apa-apa pun, syukur. Sebenarnya tadi dah berbelas-belas attempt nak masuk blog ni punye akaun, dah lupa apa password. Hehe. Nampak sangat *keterukan* saya. My bad.

Nak tahu apa perkembangan penulis sekarang?

Hehe. Ayat bajet-bajet gituh. Tak kesah pon sebab inikan blog saya. Susah tau dok tukar-tukar password nak masuk. Last sekali dok perah otak fikir password baru. 

Saya agak sibuk beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah, pelajaran masih diteruskan seperti biasa. Semester ke 4 Fakulti Undang-Undang. Masih ada 4 semester yang terakhir. Insha Allah, mohon didoakan sebanyak-banyaknya. Takut sangat-sangat. Law school tak semudah yang diimpikan. Segalanya bagaikan perjudian. Semoga diri ini akan terus menjadi professional seperti yang diharapkan. Insha Allah.

Selain tu, yang paling buat saya sibuk akhir-akhir ni adalah sebuah bisnes yang sangat kecil. Alhamdulillah, semakin hari semakin besar. Insha Allah, sedang merancang untuk buka satu centre kecil-kecilan. Chewahh. Dari usaha mendapatkan pakaian menutup aurat percuma dari anda semua untuk muslimah lain yang tak berkemampuan, sekarang saya sendiri menyediakan dan menjual pakaian menutup aurat buat muslimah di luar sana.

Produk apa ya?

Nothing much. Simple-simple je. Ada tukang jahit sendiri yang sangat membantu dan baik hati. Kami bekerjasama untuk menghasilkan pelbagai koleksi niqab atau purdah pelbagai jenis dan warna. Custom made ikut citarasa pelanggan. Insha Allah harga memang berpatutan dan ada pelbagai promosi menarik setiap minggu. Ada juga jual glove full, handsock pelbagai jenis dan warna, stokin pon ada dan macam-macam lagi.

Doakan. Nanti nak jahit tudung labuh, pelapik dagu, wide shawl pulak.
Hehe. Kami juga menjadi pembekal, pemborong kepada beberapa online shop yang lain.

Insha Allah, setakat ni sajelah perkongsian ye. Nanti ada kesempatan, saya akan menulis lagi. Terlalu banyak untuk dikongsi dan diceritakan.
 
Jaga diri.
Jaga iman.
Jaga amal.
Jaga Tuhan.
Dia akan jaga kamu.
 
Wassalam.
 

No comments: