Thursday, April 05, 2018

Ibu Tak Jadi


Sebelum mula menaip post kali ni, jenguk dulu post terakhir bila. Oh, rupanya sehari sebelum bernikah. 

Latest update, Alhamdulillah dah hampir 2 bulan pegang gelaran isteri.
How's life? Alhamdulillah, setiap hari ada cabaran berbeza.
Seronok ke penat? Alhamdulillah, dua-dua sekali.

Harini terdetik rasa nak share, tak ramai pon yang tahu hal ni. Except family terdekat dan kawan-kawan rapat je. 2/4/2018 yang lepas, sy disahkan keguguran buat kali pertama for my first pregnancy. A very new experience for me. Baru sebulan bernikah, disahkan mengandung dan disahkan keguguran dalam jangka masa yang sangat singkat.

Waktu disahkan hamil, hari Selasa, 20/3/2018. Disebabkan dah 2 weeks lewat period, hati berdebar-debar rasa nak try check UPT (baca : Urine Pregnancy Test). Subuh bangun, gosok-gosok mata kami suami isteri, duduk depan toilet untuk check UPT. Alhamdulillah dua garisan naik dalam masa tak sampai seminit. Kami check 2x guna 2x jenis UPT dan result masih positif.

Husband punyalah blur dan kami berdua senyap je pagi tu. Rasa tak percaya, seronok dan terkejut bercampur jadi satu. Belum kenal lagi hati budi suami yang baru dinikahi, dah ada satu nyawa nak menjadi dalam perut. Allahu Akbar! Tak tahu nak describe perasaan kami waktu tu. Perkataan pertama suami sebut, Alhamdulillah. :)

Malam tu juga, kami ke klinik dan doktor cakap rahim nampak besar. Tapi kalau ikut tarikh last period which is our wedding date, baby baru dalam 5 weeks, too small to be seen. Kalau 6-7 minggu pon, bertuah sangat kalau nampak waktu scan sebab saiz baby waktu ni mcm small dot je. Highly depends on kepakaran doktor yang memeriksa dan kehebatan alat scan di klinik tu.

Esoknya hari Rabu, hari feveret sy yang sy akan paksa husband bawa ke pasar malam. Peliknya malam tu takde selera nak beli apa-apa pon. Husband offer durian taknak, tengok keropok xlalu, tengok aiskrim rasa kenyang, padahal tak lunch & dinner pon lagi. Kebetulan on that whole week, sy ada kes di Mahkamah, memang tak masuk office pon. Agaknya sebab penat, selera makan hilang. Husband teringin air tebu, jadi belilah kami suami isteri 1 cawan air tebu ais untuk minum kongsi-kongsi.

Dan seterusnya Khamis, juga waktu subuh. Sy ke tandas selepas bangun tidur. Hajatnya nak buang air kecil dan amik wudhuk. Sekali, darah keluar banyak sangat waktu kencing. Darah pekat, hitam. Tanpa bau, tanpa rasa sakit apa pon. Eh, period ke? Tapi tak senggugut. Terkejut sangat sebab kalau period memang pasti wajib senggugut sampai kena makan ubat pain killer. Jerit panggil husband. Dalam hati memang dah terfikir macam-macam. Hilang mood, taknak pergi kerja, minta husband hantar ke hospital pagi tu juga.

Air mata toksah cakap, mengalir je sepanjang jalan. 

Erm, kite sambung di post seterusnya.
Insha Allah.

Ibu tak jadi,

No comments: