Taaruf Bersama Admin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt...


Nama Penuh     : Wan Nurul Hidayah binti Wan Anuaruddin.
Tarikh Lahir      : 13 Januari 1993.
Tempat Lahir    : Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Alamat Terkini  : Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Mula-mula, bersekolah tadika di Tadika Putra-Putri, Taman Setiawangsa. Kemudian saya mengikut ibu kesayangan untuk belajar di Tadika Ar-Rahmah yang juga terletak di Taman Setiawangsa. Ibu saya mengajar di tadika tu jugak. Sehinggalah sy berumur 7 tahun dan bersedia nak menjejakkan kaki ke sekolah rendah.

Alhamdulillah, saya menghabiskan masa selama 6 tahun yang berkualiti bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa. Kemudian, bersekolah agama di SRA Masjid Muadz Bin Jabal juga di Taman Setiawangsa. Setelah 6 tahun berlalu, maka berakhirlah zaman muda-mudi saya. :)

Kemudian Alhamdulillah sekali lg, saya ditawarkan masuk ke sekolah berasrama (yang penuh, tp tak berapa nak penuh, huhu) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah pada tahun 2008. Dan saya meneruskan lagi alam menengah atas di sekolah yang juga berjasa dalam mendidik saya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah di Kajang, Selangor. Kat sekolah nilah saya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (keputusan tu cukup-cukup makan jelah) dan melayakkan saya bergelar Mahasiswi Universiti.


Pernah berpeluang untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara, di Kem Nilam Ehsan, Bidor, Perak selama 3 bulan. Kemudian melangkah pula ke alam Universiti pada tahun 2010. Alhamdulillah, mendapat pelbagai peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang. Allah memberi saya peluang untuk ke Maktab Perguruan di Sabah, pengajian Bahasa Arab. Kemudian Allah juga bagi peluang untuk ke Al-Azhar, Mesir, (universiti yang menjadi idaman ramai) dalam Kuliyyah Ulum Islamiah. Tapi kehendak keluarga diutamakan apabila mama dan abah nak anak perempuan tunggalnya tetap berada disamping mereka. Alhamdulillah, Allah menempatkan saya di salah sebuah universiti terbesar di Malaysia iaitu, Universiti Teknologi Mara cawangan Kuantan, Pahang. Menuntut selama satu tahun atau dua semester dalam Pra-Degree Undang-Undang.

Dan sekarang, tahun 2012. Baru saje menamatkan pengajian Pra-Degree Undang-Undang dan sedang menunggu result final exam yang akan menentukan kelayakan saya untuk melangkah ke Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam pada September ini. Insha Allah. 



Sambil menunggu result Degree, saya mengisi masa lapang dalam usaha beribadah kepada Allah dengan menjadi salah seorang tutor di Home Tuition BTP. Alhamdulillah sekali lagi, (walaupon kurang percaya), saya menjadi tutor subjek English untuk students Darjah 3 hinggalah ke students SPM. Mungkin ni berkat kejayaan (yang memuaskan) dalam MUET yang baru diambil tahun lepas. Alhamdulillah atas segala-galanya.

Dan kini, tahun 2012/2013. Sy menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), LLb (Hons) di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Insha Allah, akan bergelar mahasiswa selama 4 tahun. Semoga Allah permudahkan segalanya. :)

Prinsip saya, tetap yakin dan percaya bahawa setiap ketentuan Allah tu pasti ada hikmah yang tersembunyi utk kite. Kadang-kadang, ketentuan tu kite tak suke. Tapi sebenarnya, itu yang terbaik utk kite. Dan Allah, Cinta Utama, Maha Mengetahui segala-gala yang tersurat dan tersirat.

Insha Allah.

Boleh hubungi saya untuk apa-apa pertanyaan :
014-2616483 (pastikan antum memperkenalkan diri dahulu)...
email : wannurul_hidayah@yahoo.com

Sebarang pertanyaan tanpa diketahui siapa yang bertanya, maka
pertanyaan itu tak akan dijawab dan akan dibiarkan sahaja...

Wassalam..

No comments: